Skip to main content

hari kedua di bumi bekas jajahan komunis...

assalamualaikum dan salam rindu dari bumi moscow....
apa khabar malaysia? apa khabar russia? hehehe...


hari-hari di bumi soviet ini aku lalui dengan begitu baik. alhamdulillah...
pelbagai pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui.

pada hari kedua aku di bumi bekas jajahan komunis ini, aku dikehendaki ke pejabat agen yang menguruskan pelajar tajaan yayasan terengganu. perjalanan nya dari asrama aku agak jauh juga la.. dalam 30 minit perjalanan menaiki bas dan juga Metro ( pengangkutan kereta api). seharian aku berada di sana. agak membosankan juga lar... menunggu visa aku siap dan menyelesaikan segala urusan hostel. huhh... penat2.

dalam perjalanan pulang dari pejabat tersebut, kumpulan kami telah 'dikacau' oleh seorang pemuda russia yang mabuk. alhamdulillah, ada senior yang membantu. pada hari ni juga aku dapat merasakan nasi di russia. agak mahal.... huhu. ( kalau skali skala tu ok je nak mkn). sebelum pulang, aku ke shopping mall, 'Ashan' untuk membeli barang-barang keperluan. huhu... harga, boleh tahan lar mahal sikit dari malaysia. semasa di sini, senior banyak membantu untuk memilih barang halal.... pada mulanya, aku beranggapan apabila berada di negara bukan islam, susah untuk mencari makanan halal, tapi alhamdulillah, segalanya ada di sini.... tapi.. mahal sikit....

yang paling bes kat sini adalah susu segar! haha.. sangat sedap dan agak murah.... lepas ni balik malaysia, putih lar saya... huhu.. jangan jelous ye...


susu segar.
ayam halal...

pisang jenis ni je yang ada. ( setakat yang aku jumpa lar)

halal food in my room...

cuaca kat sini agak sejuk. ye lar, masih lagi nak sesuaikan diri dengan cuaca dan suhu di sini... dalam 12 darjah celcius sejuknya... huhu.. senior cakap, itu baru middle of autumn. tak masuk lagi winter... adesss.. terfikir aku, mesti sangat-sangat sejuk kot... emm.. sabar je lar... habis bibir dan muka jadi kering dan gatal-gatal... tapi tak pe, kene pakain lotion dan pelembap bibir... ( skin care lar saya kat sini... huhu).


permandangan dari bilik aku, tingkat 13.-waktu pagi

-waktu senja-

di taman berhadapan dengan asrama aku.

rasanya itu sahaja untuk post kali ini. smoga dipertemukan dalam post yang akan datang.

salam sayang dari bumi moscow...!

assalamualaikum wrb...







Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...