Skip to main content

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Bila tiba masanya

Ehhhhh, bila tiba masanya? Huhu... nak berubah pun kene tunggu masa yang sesuai kah? Allahu robbi. Sayang la macam tu bro.

Semakin lama kita menangguhkan harapan dan nawaitu kita untuk berubah, semakin jatuh semangat untuk kita berubah. Kadang kala mungkin kita berasa malas atau kecewa untuk melakukan transformasi diri itu. Mana tak nya. Hari demi hari kita akan menempuh pelbagai episod hidup yang kadang kala mematikan segala harapan murni kita. Ohhhh...  nauzubillah...



Hidayah perlu dicari

Bak kata orang, hidayah itu perlu dicari, digali dan diterokai. Ayuh, kita lihat contoh mereka di negara barat yang sudah memeluk islam (baca = kembali kepada fitrah). Contohnya Yusof Islam, Muhammad Ali dan ramai lagi. Kebanyakkan mereka sangat rajin mengkaji dan mencari kebenaran. Mereka sanggup meng'infak'kan masa mereka demi mencari sebuah sinar kebenaran, iaitu islam. Dan alhamdulillah. Akhirnya Allah memberi hidayah kepada mereka.

Ingatlah, hidayah itu tidak datang bergolek kepada kita. Sampai bila kita hendak berada dalam suasana jahiliyah yang sangat jijik. Tidak mahukah kita masuk kedalam suasana yang pernuh suci, aman, dan insha Allah akan menjanjikan pengakhiran yang sangat ummmpphhh di syurga kelak?


"Dialah yang menurunkan kepada hambaNya (Nabi Muhammad) keterangan-keterangan Al-Quran yang terang nyata, kerana Dia hendak mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kekufuran) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu."(Surah Al-Hadid 57: Ayat ke 9)



Maka beruntunglah bagi sesiapa yang terpilih untuk mendapatkan anugerah daripada Allah itu.


Mati tidak menunggu kita

Ayuh, jom la sahabat-sahabat sekalian. Mati itu tidak menunggu kita untuk berubah. Mati itu bila-bila sahaja.
(Ayat quran pasal Allah tak akan melambatkan mati)
mahukah kita mati dalam keadaan yang penuh maksiat? Atau kita inginkan pengakhiran hidup kita ini dengan diri kita bersih dan baik (husnul khatimah)? Tepuk dada, tanyalah iman...

Sekarang la bro!
Merempit ke Syurga!

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...