Skip to main content

merempit ke syurga

erkkk... merempit?

baiklah. mungkin agak pelik apabila membaca tajuk artikel pada kali ini bukan?
memang sengaja aku mencari tajuk ataupun lebih tepat lagi nama blog serta page aku sebegitu rupa. baru lah unik dan tersendiri. hehe.

hurm... kenapa aku pilih perkataan 'merempit' itu sendiri untuk ke syurga?
seringkali kita memikirkan sesuatu yang sangat negatif terhadap istilah 'merempit' ini. oleh itu, aku terfikir untuk meng'positif'kan frasa tersebut agar mampu membawa kita kearah yang lebih baik dan seterusnya ke syurga. insha Allah.

merempit itu aku meng'analogi'kannya sebagai bergegas atau berlumba-lumba. berlumba-lumba mengerjakan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah. sungguh, sifat bergegas ini perlu bagi setiap mukmin kerana kita mesti ingat bahawa kematian itu bila-bila masa sahaja. mungkin selepas baca artikel ini atau mungkin esok atau lusa. entah bila, hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. sedangkan kelapa pula juga ada yang gugur, apatah lagi manusia yang muda ini. jangan fikir kita mampu hidup sampai tua.. ^^

Dan tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan) sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (alBaqarah : 148)

tapi untuk penulisan aku ini. suka aku ungkapkan kembali bahawa diri aku ini sungguh tidak sempurna.
mungkin ramai pembaca diluar sana lebih alim dan berilmu dari diri aku ini. sungguh tujuan utama penulisan aku ini adalah sebagai nasihat untuk diri aku sendiri sebenarnya. menjadi peringatan buat diri ini dan mungkin juga kepada sahabat pembaca di luar sana. insha Allah.

"sampaikanlah dari ku walaupun sepotong ayat"-riwayat Bukhari

natijahnya, marilah sama-sama kita "merempit ke syurga". insha Allah. semoga kita terus mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah. aminn..




Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...