Skip to main content

berehatlah di sana...

dunia ini masih lagi menagih, ketagih
bak kehausan di padang pasir
mencari aosis meneruskan musafir
kerna diri masih lagi jahil dan fakir
ingin sekali ku timba tinta fikir
sehingga jannah menjadi pengakhir

oh, kami dahaga dan kelaparan
dengan suntikan roh dakwah mu
dengan nyalaan obor jiwa mu
dengan air basahan ilmu mu
dengan pentas kesantunan adab mu
dengan layar qudwah hasanah mu

duhai insan permata agama
berehatlah kalian di taman firdausi
bergembiralah kalian bersama penghuninya
sungguh kalian lebih disayangi Tuhan
dijemput menghadap bertemu Ar-Rahim
sungguh, dirimu pergi dengan seribu ketenangan
membangkitkan jutaan jiwa yang lena
untuk berpeluh di medan tempur ini.


perginya kalian membakar nurani
mengetuk jiwa pejuang agama Illahi
sedang rijal-Mu siaga bersatu hati
bingkas bangun dari lenaan mimpi
menyantuni ummah mendidik hati
mengukir corak indahnya islami
agar sinar dakwah terus tersemi
di setiap ceruk dunia ini

hari ini kalian mendahului kami
mungkin esok kami menyusuli
semoga kalian menunggu kami
menunggu di syurga Firdausi.
  insha Allah...

Hostel Pushkin, Moscow.
23:44 (25.3.2013)

"Daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda : Sesungguhnya perumpamaan ulama' di bumi ini adalah seperti bintang-bintang yang dijadikan petunjuk di dalam kegelapan-kegelapan darat dan lautan, apabila bintang-bintang ini sirna (hilang) di antara kegelapan-kegelapan tadi, maka sudah tentu para penunjuk jalan akan berhadapan dengan kesesatan jalan."

[Hadith riwayat Imam Ahmad]

Al-fatihah buat..
Muhammad Nur Iman Shafiq bin Abdul Rahman 1989-16/3/13
Sheikh Muhammad Said Ramadan al-Buthi 1929-21/3/13
Tuan Guru Haji Ali Kedah 25/3/13
Tuan Guru Haji Muhammad Abdullah 25/3/13
Dr Uthman El Muhammady 1943-25/3/13


wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...