Skip to main content

Travelog Musafir, Turki : Indahnya Lukisan Allah di Cappadocia, Turki

assalamualaikum wrh.
maaf2... lama dah tak update blog. sebenarnya banyak lagi perkara yang tak diupdate mengenai jaulah aku baru-baru ini, dek kerana dah mula kelas. insha Allah, akan cuba curi-curi masa ya untuk kongsikan sebanyak mungkin kepada semua.


ok, untuk kali ini, nak cuci mata dengan keindahan lukisan Allah yang sangat-sangat mengagumkan. pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika berada di Cappadocia, Turkey. kepada sesiapa yang ingin ke bumi Turki ni, aku amat sarankan kepada korang untuk ke Cappadocia. lihatlah bagaimana Allah membuktikan KekuasaanNya. MasyaAllah. indah sangat. tak caya? jom terjah gambar-gambar di bawah.

# Goreme Town
Goreme ni salah satu bandar yang ada dalam daerah Cappadocia. biasanya tourist datang dan stay kat sini la. hehe.








# Goreme Panorama
dari atas ni, kita dapat lihat kawasan bandar Goreme dan kawasan penempatan tinggalan masyarakat dahulu. mereka menebuk batuan untuk dijadikan penempatan. batuan ini terhasil daripada letusan gunung berapi di sekitarnya.










# Derinkuyu Underground City
Amazing. hebat orang dulu-dulu membuat penempatan di bawah tanah. siap ada cerowong udara, bilik air, bilik tidur, bilik air, dapur, peti sejuk, telaga daln lain-lain lagi. kawasan ini juga telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai World Heritage.












# Inlara Valley, The biggest Canyon in Turkey
kat sini, terdapat gereja kristian yang digunakan pada dahulu kala. gereja tersebut terletak agak tinggi dan berderetan dengan kawasan penempatan orang-orang dahulu. apa yang menarik, kat sini mengalir satu anak sungai yang sangat bersih dan tenang. MasyaAllah, sangat cantik.










#Belisirma Restaurant
kat sini kiteorang lunch. hehe. aku makan ikan bakar fresh dari sungai tapi tak sempat nak ambil gambar. sorry. apa yang menarik mengenai restaurant ni adalah di bawahnya mengalir sungai yang sangat nyaman. berselera makan. huhu.




# Selime Monastry (castle)
istana bagi kaum wanita. dikhabarkan bahawa kaum wanita dan lelaki memiliki istana yang berbeza dan kawasannya bertentangan antara satu sama lain. dan tempat ni juga ada dalam filem Start Wars tau. huhu. oppss... maaf, tempat ni tak dapat nak ambil gambar banyak-banyak sebab masa tu battery kamera dah habis. hehe. ni je yang sempat.





haha.. banyaknye gambar.. ^_^
ok la. cukup setakat tu. insha Allah, next entry kita akan menjelajah bumi Istanbul, Turki pula. sabar ye. hehe

p/s: pengajaran yang dapat - ni baru keindahan yang Allah ciptakan di dunia, macam mana pula di akhirat kelak? mesti lagi awesome. so, insha Allah jom kita tingkatkan diri untuk berada di jannah, amin. ^_^

wassalam.

Comments

  1. salam ashrul..macam mane korg g cappadocia eh? gune travel guide ke? brpe spend kt sane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... naik bus.. kat sane mesti gune travel guide. tp utk ke sana naik bus sendiri je. kat sana spend dlm rm300 lebih gak kot. skali ngan hotel.. :)

      Delete
  2. cool~ keep on sharing...
    best sangat dapat baca...
    sebab kalau nak pergi ntah bila la dapat... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insha Allah, jika berkesempatan... smoga bermanfaat.. :)

      Delete

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...