Skip to main content

Allah tahu

assalamualaikum wrh...


Alhamdulillah, Allah masih menguatkan jari jemari aku serta minda ini untuk berkongsi sesuatu kepada semua walau diri ini sedang diuji oleh-Nya. namun, aku merasakan ianya perlu disharekan kepada semua agar manfaatnya boleh kita sampaikan kepada manusia yang lain. insha Allah.

ketika ini, diri aku sedang diuji oleh Allah dengan kegagalan. kegagalan disamping semua orang sedang bahagia mengecapi kejayaan. ya, kadang kala diri ini terasa lemah dan down. namun, apabila diingatkan doa yang dibaca setiap kali solat, "ya Allah, tingkatkanlah iman aku, berikanlah aku kekuatan...". aku pasrah dan redha.... "tidak dikatakan seseorang itu beriman selagi mereka tidakk diuji".

"Puncak keakraban seseorang hamba dengan Tuhannya ialah apabila dia diuji, dia merasa bahagia.

Kerana dia tahu, semakin kuat Allah mengujinya, itulah tanda Allah mengambil berat dan cinta kepadanya. Tanpa ujian, hidupnya terasa hambar, tawar tanpa cinta.
Allahu, Allahu. Ajarlah kami untuk mencintaiMu!"


alhamdulillah x3. rupanya Allah sayangkan aku. Allah telah makbulkan doa aku. aku bersyukur. teringat akan niat aku untuk belajar di luar negara, 'untuk mencari ilmu dan ingin mendekatkan diri kepada Allah'. tu je niat aku. ya, jika disebut utk mendekatkan diri kepada Allah, aku amat berharap agar ditempatkan di negara2 timur tengah. namun Allah mengetahui segalanya. Allah letakkan aku di bumi asing bagi Islam ini. bumi yang penuh jahiliyyah disekelilingnya. kini, baru aku sedar bahawa itulah kehendak Allah.dan itulah niat aku. di bumi asing inilah aku mengenal cinta yang hakiki...

alhamdulillah x3. dibumi ini aku merasakan diri ini dekat dengan Allah. setiap ujian yang mendatang itu, adalah tanda cinta-Nya kepada aku. ya Allah, terasa kerdilnya diri ini. insan yang selama ini bergelumang dalam dosa telah dipilih oleh Allah untuk mendapat cahaya dari-Nya. ya Allah, aku berharap agar cahaya itu tidak malap dan terpadam dalam hidupku. sinarilah hatiku ini ya Allah. sinarilah ia dengan iman...



sesungguhnya sabar kerana Allah sangatlah indah!kerana di penghujungnya pasti ada kemanisan.

bila diri diuji,ingatlah waktu tu Allah sedang menjahit sejadah keimanan kita.

kadang2 kita cuba menahan kesabaran sehingga menitis air mata ! namun ketahuilah,air mata itulah yang akan menyirami api neraka . 

ucaplah Alhamdulillah,kerana Allah sedang menguji kesabaranmu dan keimananmu.itu tandanya Dia masih sayangkanmu .

<3kerana setiap sentuhan ujian Allah adlah kasih sayangNya ♥

Allah tahu.
wassalam

moscow, Russia
4.00 am

Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...