Skip to main content

program transformasi mahasiswa ke luar negara...

assalamualaikum wrb...
apa khabar iman saudara serta saudari sekalian? diharap agar ianya dalam keadaan yang terbaik. insyaAllah.



seperti yang diberitahu dalam entry yang lepas, (menghadiri kursus kenegaraan mahasiswa ke luar negara...). aku telah menghadiri kursus PROGRAM TRANSFORMASI MAHASISWA KE LUAR NEGARA. kursus ini wajib dihadiri oleh semua mahasiswa yang akan berangkat ke luar negara.

emm.. macam-macam yang aku rasai sepanjang kursus ni. mula-mula agak excited nak join kursus ni. mula-mula sampai, mase tuh dah pukul 6 lebih. so, kiteorang ni dah terlewat untuk taklimat. sampai-sampai saje, kami diberi tempat penginapan. antara mereka yang jadi roomates aku ialah ajwad, fakrul, auny, fakhri dan khairil. mula-mula buka pintu bilik tuh, perhhh...! terkejut beruk masing-masing. bile amat cantik dan selesa. tak rasa pun macam tengah berkursus. rasa macam tengah bercuti. ye lar. nama tempat ni pon BUKIT KELUANG BEACH RESORT. memang lar cantik kan...


ok. pada malam tu, bermula lah kursus ini. macam biasa, bila dah sebut kursus BTN, mesti lar ceramah yang banyak. tapi ada satu slot ceramah yang amat aku gemari. iaitu slot bersama tokoh. tak silap aku, tokoh ni ialah prof. dr. zainy. dia seorang tokoh yang amat hebat. kagum aku dibuatnya. insyaAllah, aku akan ikut jejak langkahnya. amin...




next, slot LDK. slot ni kami dbahagikan kepada 7 kumpulan. aku adalah kumpulan 7. fasilitator aku ialah en. marzuki atau lebih mesra cg marzuki. dalam slot ni, aku banyak dapat pengetahuan baru dan info-info terkini pasal negara. agak best lar jugak...


ahli kumpulan 7 bersama cg marzuki


emm.... antara aktiviti lain adalah, BBQ, riadah ke pantai, terawih bersama, tazkirah subuh, dan lain-lain lagi. anyway, program ini banyak memberi aku pengalaman baru. dan banyak juga mengajar aku erti persahabatan sejati. insyaAllah, segala ilmu yang aku peroleh ini akan aku guna pada masa hadapan demi bangsa, agama dan negara aku....insyaAllah...


assalamualaikum wrb...
salam 1Malaysia...!





Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...