Skip to main content

terima kasih akan kenangan silam

Menerjah keheningan malam ,
Sang bintang kedipnya suram,
Si rembulan pula seakan muram,
Teringat aku akan memori silam,
Berkenalan pelbagai ragam,
Berkawan pelbagai macam,

Di sana aku diajar, untuk menjadi insan terpelajar,
Di sana aku dididik, untuk menjadi insan cerdik,
Di sana aku diasuh, untuk menjadi insan berjiwa teguh,
Di sana aku dibimbing, untuk menjadi insan berdaya saing,
Di sana aku dimarah, untuk menjadi insan pemurah,
Di sana aku ditegur, untuk menjadi insan berhati luhur,
Tanpamu aku tidak mungkin sebegini,
Menjadi insan berguna kepada nusa dan agama,
Pahit getirmu membentuk diriku hanya doa dapatku balas,
Moga Illahi sentiasa memayungimu, oh guru.

Duhai sahabat,
Ukhuwah yang terbina ini,
Bersandarkan tiang kejujuran,
Bersulamkan tali keikhlasan,
Semoga si Pencipta menemukan kita semula,
Jika tidak di dunia ini,
Di Firdausi kita akan ketemu lagi,
Inilah tadir yang harus kita lalui  bersama,
Walau kita dijarakkan sejuta batu,
Namun kita masih dekat bersatu.

Kenangan silam mengajar untuk terus kehadapan,
Bangun bangit memajukan ummah,
Menjadi mutiara dalam masyarakat,
Menjadi intan dalam kehidupan,
Terima kasih akan kenangan silam…


nukilan: musafir
Tarikh: 11 Disember 2010 ( sabtu- 1.30pg )

Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...