Skip to main content

Posts

Showing posts with the label umum/general

Antara bola dan mentaliti

imej: google Bola sepak. Satu permainan yang menjadi kegilaan kebanyakan masyarakat di muka bumi ini. Satu sukan yang kadang kala mampu menyatukan semua pihak dan kadang kala juga mampu memecah belahkan manusia. Sukan yang dijulang begitu tinggi di mata manusia berbanding sukan-sukan yang lain. Hebat. Tapi itu semua bukan yang aku ingin kupas untuk artikel kali ini. Sebenarnya, beberapa hari yang lalu  (19/8/2015) , aku berkesempatan untuk hadir satu perlawanan bola sepak antara Terengganu dan PDRM di Stadium Sultan Mizan , Gong Badak Kuala Terengganu. Kali pertama menonton perlawanan bola sepak secara langsung di stadium. Teruja. Sudah tentu satu pengalaman yang bagi aku agak menarik. Sama-sama bersorak apabila ada gol yang dijaringkan, sama-sama menyanyikan lagu negeri dengan penuh bangga dan sama-sama memberi semangat untuk pasukan Terengganu. Rasa aura melihat perlawanan bola sepak yang agak berbeza dan lebih syok. Namun begitu, mata aku ini kadang kala menjadi...

Celik Politik | Apa Anak Muda Mahu

"Dulu lain, sekarang lain..." *ikut rentak SM Salim. Itu yang aku lihat pada waktu dan ketika ini. Pada pandangan aku, generasi muda kini telah celik dan mampu menilai sendiri situasi politik yang berlaku sekarang. Apa yang baik dan apa yang buruk. Neraca yang mereka guna adalah segala maklumat apa yang mereka lihat dan dengar setiap hari. Jika dahulu, mereka hanya mengikut parti politik yang ibu bapa mereka anggotai. Jika keturunan itu menyokong Parti A, maka mereka pun akan tetap menyokong membuta tuli terhadap Parti A. Namun, kini semuanya telah berubah. Melihat kemajuan sistem telekomunikasi dan maklumat ini, mereka lebih terbuka dalam membuat pilihan. Mereka lebih terdedah dengan pelbagai maklumat dan dengan itu, mereka boleh menilai segala bentuk penyataan yang diunjurkan oleh mana-mana parti politik. Nah, zaman telah berubah. Minda anak mudah sudah meluas. imej: google Ketahuilah duhai para pemimpin aku, mereka kini bukan lagi termakan dek janji-janji kosong...

Akhlak, mana akhlak?

Sejak diakhir Ramadhan, dunia politik di Malaysia melihatkan beberapa aksi politik yang macam-macam. Jika kita sedang berlumba-lumba melipat gandakan amalan di penghujung ramadhan, kita disajikan dengan suasana politik didalam pakatan rakyat. Berlakunya sedikit perpecahan didalam PAS dan penubuhan sebuah NGO baharu yang dikenali Gerakan Harapan Baru (HARAPAN BARU). Oh, ya. Aku tak berminat untuk mengulas hal NGO baharu ini sebenarnya kerana aku belum lagi betul-betul mengkaji akan hal ini. Jadi, lebih baik aku perhatikan dahulu. Fuhh, semalam kita juga disajikan lagi dengan satu episod politik Malaysia yang melihatkan TPM kita dilucutkan jawatan dan diganti dgn TPM yang baru. Serta ada juga beberapa orang menteri serta timb menteri dilucutkan jawatan dan digantikan dengan muka baharu. Kecoh satu Malaysia. Di Samping itu, kita juga dihidangkan dengan isu-isu besar negara seperti kes 1MDB, MARA, KWSP, Tabung Haji, Nilai Ringgit yang menjunam, GST dan lain-lain lagi. Ramai rakyat mar...

Politik dan Generasi muda

Wow! Hari ini kecoh satu Malaysia mengenai satu lagi adegan politikus Malaysia yang tak habis-habis (grab pop corn!) . Kali ini kes DS Najib menggubar kabinetnya yang baru dan menyebabkan TS Muhyiddin dilucutkan jawatan sbg TPM. Wallahu'alam. Aku tak mahu ulas panjang mengenai politikus2 ini yang tak habis bermain wayang, nanti kan dikata aku pula tiba-tiba menjadi profesor politik segera. Haha. Tak nak la! Tetapi, apa yang menarik minat aku adalah penglibatan generasi muda kini terhadap politik. Alhamdulillah, aku tengok ada perubahan dan peningkatan dalam kalangan generasi sekarang ini untuk lebih celik politik. Jika dahulu ramai anak muda yang berpolitik 'ikut-ikut'. Apa yang mak ayah sokong, itulah yang anak-anak akan sokong. Namun kini, generasi kita dah makin pandai dan celik! Mereka boleh menilai dengan mata kepala mereka sendiri. Namun, kadang-kadang pergolakkan yang berlaku dalam politik membuatkan anak muda muak dan menyampah dengan situasi politik di Malaysi...

Kepelbagaian dalam kesatuan

"Ashrul, you boleh buatkan I kuih lapis tak? I dah lama tak makan. I suka kuih-muih melayu ni" "I bawa budu tahun ni datang Moscow. Kamu semua yang ajar I makan budu. Now, I dah suka makan budu." "Sambal belacan is my favourite. Yummmyyy" Percayakah anda kalau aku katakan dialog-dialog diatas keluar dari mulut kawan india dan cina aku? Percayalah. Itu adalah hakikat. Aku sendiri pada awalnya tidak percaya yang kawan india aku yang sudah ketagih dengan budu. Sounds weird. Nak tergelak pun ada juga. Tetapi memang aku kagum dengan mereka. Aku sendiri pun suka makan kari ayam india cicah roti canai. Jadi apa masalahnya,Kita kan Orang Malaysia!  Imej dari google Pernah makan rojak ayam? Ayam. Mee. Sayur. Jemput-jemput. Kuah kacang. Digaul sekali dan rasanya sungguh enak. Salah satu makanan kegemaran aku dan pasti aku akan mendapatkannya sebelum terbang ke bumi Russia. Entah mengapa bagi aku makanan ini sungguh unik dan signifikan dengan ke...

UPSR | Dimana hilangnya integriti?

Kertas soalan UPSR bocor? Perkara yang saban tahun telah berlaku. Cuma kali ini ia menjadi satu isu nasional yang berjaya menarik perhatian 2 orang Menteri Pelajaran kita. Satu isu yang telah menimbulkan kerisauan semua pihak dan mengharap perkara ini diselesaikan secepat mungkin. Bagi adik-adik tahun enam, mereka dikehendaki menduduki semula peperiksaan UPSR bagi kertas  Sains dan Bahasa Inggeris kertas 1 & 2 pada  30 Septermber 2014 nanti. Kesian mereka. Sudah pasti moral dan motivasi mereka sedikit sebanyak telah tergugat. Dek kerana ingin mengejar kedudukan terbaik, keputusan yang cemerlang dan ingin mendapat status sekolah terbaik, nilai keilmuan sistem peperiksaan itu sanggup diketepikan. Apakah hasilnya kelak? Anak-anak kita berjaya bukan kerana hasil titik peluh mereka sendiri. Lama-kelamaan hilanglah kredibiliti pada sistem pendidikan kita yang sekarang ini sudah sedikit sebanyak tergugat dengan isu PBS.  Jika tiada permintaan mana mungkin ...

Perancangan Ilmu Cuti Musim Sejuk

assalamualaikum wbt, semua. Allahu Allah Sudah lama tidak menjenguk blog ini, melatih jari-jemari dan memerah otak untuk menaip entry serta menginfakkan masa demi menyebarkan ilmu Allah sedikit sebanyak. Maaf. (atas sebab-sebab kekurangan diri ini) Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. Syukur kehadrat Tuhan yang Maha kuasa. Kerana kekuasaan dan pertolongan-Nya diri ini telah berjaya menamatkan Sem 5 dalam bidang perubatan (tinggal lagi 7 Sem).  Jadi, musim cuti musim sejuk menjengah kembali. * * * Sudah aku sematkan awal-awal untuk mengisi cuti ini dengan aktiviti-aktiviti serta projek-projek yang mampu mencerna minda serta sekali gus menggali telaga ilmu Allah yang maha luas demi menyebarkan kepada ummah. insha Allah. Disini bukan aku ingin berbangga diri serta 'riak' untuk memberitahu segala perancangan cuti musim sejuk. Namun, aku merasakan adalah lebih untuk mengingatkan diri ini bahawa tugas untuk ummah lebih penting. insha Allah. Tetapi, perancangan aku ini t...

PMR 2013

assalamualaikum wbt! Selamat maju jaya buat adik-adik yang menduduki PMR buat kali yang terakhir! ehhh? huhu setelah 3 tahun adik-adik berjuang, kini tiba lah masa untuk adik-adik membuktikan segala ilmu yang adik timba itu diatas medan peperiksaan. ni abang nak kasi tips sikit. heee... jangan lupa untuk: --> berdoa jaga hubungan dengan Allah meminta restu dari ibu bapa meminta dihalalkan ilmu dari guru-guru bermaafan sesama kita jaga kesihatan dan pemakanan serta keselamatan diri pastikan kelengkapan lengkap tidur awal dan bangun awal berwuduk atau berpuasa sepanjang hari peperiksaan semoga Allah permudahkan urusan adik-adik dan memberi kejayaan dalam PMR serta kejayaan didunia dan akhirat. aminnn. USAHA + DOA + TAWAKAL

Cerita Pokok dan Mancis.

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.  Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.  Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu, setiap kali ada gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar.  Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah hanya kerena gesekan kecil.  Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita. Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.  Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA. Ketika kita tua, kita...

Berkorban atau terkorban?

Berkorban atau terkorban? Huh, banyak tafsiran yang mampu kita keluarkan dari persoalan tersebut. Ianya bergantung pada sudut pandang seseorang. Untuk post kali ni, saya akan cuba membawa para pembaca untuk berfikir jauh dan mendalami sampai pening kepala lutut tu. Ehhh? Sejauh manakah pengorbanan kita demi agama? Atau adakah kita sudah terkorban jauh dari agama? Dua soalan yang berbeza namun ianya mempunyai impak yang dahhsssyyyaaatttt! KebaboooommmMMMM. Jika mereka jauh nun di Mesir, Palestin, Syria dan lain-lain lagi sudah melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka untuk berkorban demi agama. Pengorbanan mereka bukan main-main kira bulu kaki ataupun hangat-hangat najis (baca= tahi) ayam. tetapi pengorbanan mereka ber'nilai'kan nyawa dan darah! Kita? Adakah kita sudah ber'mandi'kan darah demi agama? *tersedakkkk. hukk hukkk. Ohhh, jauh sekali kot. Saya rasa kita ni asyik ber'mandi'kan peluh busuk hasil ber'gangnam stlye'...

Berpisah Bersama Amanah

Assalamualaikum wbt. Tatkala artikel ini ditulis, diriku sedang berada nun tinggi di atas awan kolumbus. Pada saat ini, pesawat Emirates Airbus 380 sedang meluncur laju di langit biru dan berada di kawasan udara India. Perjalanan dari KLIA menuju ke Dubai International Airport memakan masa lebih kurang 6 jam. Uhhhh. Bosan. namun,jasad ini masih lagi segar dan tidak mengantuk, fikiran terbayang akan bumi yang bakal aku jejak nanti, Moscow. Ya, bumi tarbiyah yang aku rindui. Pelik. Berjauhan dengan keluarga bagi sesetengah yang lain membuatkan mereka terus dihuni sedih dan pilu. Bagi aku, perjuangan mesti diteruskan. Perpisahan itu memang sedih, namun jika kita niatkan Kerana Allah, segalanya akan menjadi indah. Insha Allah. Aku jadikan perpisahan itu sebagai satu obor pembakar semangat. Aku tidak ingin air mata yang keluar di hadapan pintu perlepasaan itu hanya satu lakonan dan hipokrit. Menangis tatkala berpisah namun bermain-main dan tidak bersungguh ketika disana. Apa g...

Bergembiralah di 'sana'

Allahu Allah. tatkala rakyat Malaysia masih lagi dalam 'mood' raya, tiba-tiba kita dikejutkan dengan krisis di Mesir yang memuncak serta semakin meruncing. Ruang 'home' di facebook ini dipenuhi dengan gambar-gambar, berita serta perkembangan semasa yang berlaku di Mesir. Ketika artikel ini ditaip, seramai 2 000 lebih rakyat mesir yang tidak berdosa telah terkorban dan puluhan ribu lagi tercedera akibat serangan 'tentera anti rusuhan' mesir yang dikepalai oleh General As Sisi. ya Allah, dalam sekelip mata sahaja beribu nyawa telah pergi bertemu dengan-Mu. Mesir Berdarah! Lebih 2500 - Syahid. Lebih 3000 - Ditangkap. Lebih 10000 - Cedera. Lebih 200 - Jurugambar dibunuh. Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera. Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera. Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera. Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera. kejam! * * * * * Sepanjang bulan ramadhan yang lalu, mereka (pro-Dr Morsi) mengadakan perhimpunan aman bagi mem...

Syawal Penentu kejayaan Ramadhan

assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Allahu... Ramadhan dah pergi meninggalkan kita. Mungkinkah ada Ramadhan pada tahun hadapan? Allahu'alam. apa yang pasti, kita semua sudah melakukan yang terbaik sepanjang berada pada bulan yang mulia itu. tapi, harus kita ingat bahawa ramadhan yang baru sahaja berlalu itu adalah suatu tempoh 'persiapan' bagi kita untuk menempuh 11 bulan yang akan datang. tempoh persiapan diri yang diberikan oleh Allah itu rasanya cukup dan sangat bermakna lebih-lebih lagi dengan pelbagai ganjaran yang ditawarkan. dilipat gandakan pahala setiap amalan.  diberinya malam al-qadar. dibuka seluas-luasnya pintu taubat dan rezeki. pintu syurga terbuka dan tersergam indah. pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. syaitan digari dan dijauhkan daripada manusia serta pelbagai lagi nikmat yang ditawarkan. Namun, Penentu kejayaan kita pada bulan Ramadhan adalah ketika di bulan syawal dan bulan-bulan seterusnya. kenapa? huhhh.....

Russian Student Summer Retreat (RSSR) 2013

Allahu... Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah. tiada apa perkataan yang mampu diungkap selain puji-pujian kepada Allah swt atas segala perancangan dan aturan-Nya yang begitu indah. mungkin sebelum ini, hati berkata tidak mungkin dan tidak mampu mungkin juga hati ini berkata ianya tidak seindah yang disangka menggalas amanah yang tidak pernah sebelum ini terasa diri kerdil dan hina namun, siapa tahu akan ketentuan Illahi mengatur segala perancangan begitu indah dan bermakna adanya mereka disisi yang senantiasa menghulur tangan tanpa mengira masa siang mahupun malam membantu diri ini menjalankan tanggungjawab jazakumullah khairan kathira, semua. sebelum ini ku rasakan dirinya tidak akan hadir setelah sekian lama mata tidak bertemu setelah sekian lama tangan tidak berjabat mesra jauh sekali untuk bersama dalam perjuangan tetapi aku silap, silap dalam mentafsir dirinya sudah lain dan berubah aku kagum, bangga juga ada melihat dirinya yang begitu ingin tercari-cari a...

jerebu dan kita

assalamualaikum wbt semua! macam mana keadaan anda semua? diharap agar kita berada dalam keadaan kesihatan yang optimum. insha Allah. al-maklumlah musim2 jerebu ni kan... * * * tangan manusia keadaan jerebu di negara kita semakin pulih. alhamdulillah. pelbagai iktibar dan pengajaran yang boleh kita kutip dan albumkannya di dalam hati kita agar ia menjadi satu rujukan hidup dimasa hadapan. teringat akan satu firman Allah didalam alQuran Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) . (Q.S: Ar Ruum: 41) nah, apa yang berlaku itu sebenarnya adalah akibat dari perbuatan manusia itu sendiri. baik dilaut mahupun didarat. menyingkap bencana jerebu yang melanda negara, ia disebabkan oleh kebakaran yang berlaku di negara jiran kita. bukankah benar firman Allah itu? tepuk dada tanya iman. * * * nikmat yang hilang ...

Aku budak kampus

Alhamdulillah... Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Nampaknya adik-adik lepasan spm sudah sibuk bersiap diri untuk melangkah kaki ke alam menara gading. Yeahh.. mungkin alam ini dianggap begitu menyeronokkan. Mana taknya. Alam universiti ni telah di"gula-gula"kan dengan pelbagai seribu satu kisah dongeng kemanisan. Antaranya kebebasan, bercinta, tiada lagi pakain seragam dan sebagainya. Amat berbeda dengan alam sekolah dulu yang sentiasa terikat dengan peraturan, disiplin, pakaian seragam. Arghhh.. rimas. Eh, sekejap. Melangkah ke menara gading ini bukanlah satu kredit untuk diri kita bebas sepenuhnya. Ya, mungkin pada tahap ini kita tidak perlu lagi berpakaian seragam putih, seluar hijau sampai atas pusat (erkkkkk????), berbutang baju sampai ke tekak, bertali leher dan sebagainya. Tetapi, penampilan itu amat perlu dititik beratkan. Bak kata orang putih, "first impression". Penampilan itu sendiri menggambarkan keperibadian kita. Bukan nak...

pelajar perubatan

assalamualaikum wrh... ini artikel khas buat adik-adik yang mungkin berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sama ada di dalam mahupun di luar negara. ini adalah sedikit perkongsian yang mampu aku lakarkan. semoga bermanfaat! insha Allah, pertamanya marilah kita betulkan niat kita untuk mengambil jurusan perubatan ini. bukan niat kita untuk mendapat glamor dengan pangkat 'doktor' atau pun inginkan gaji yang lumayan. sebaliknya adik-adik, baiklah kita niatkan hanya kerana Allah. Niat kita untuk mengkaji ciptaan Allah yang sangat hebat iaitu manusia agar kita lebih dekat dengan Allah. insha Allah. selain itu, agar kita dapat menanam azam untuk membantu masyarakat dan mengajak masyarakat kembali kepada Allah melalui cara rawatan hati. berada dalam bidang kedoktoran ini amat memerlukan semangat yang kuat serta usaha yang jitu . mana tidaknya, belajar mengenai suatu ciptaan dari Maha Pencipta yang sangat unik, kompleks dan terperinci. dari setiap inci ...

berehatlah di sana...

dunia ini masih lagi menagih, ketagih bak kehausan di padang pasir mencari aosis meneruskan musafir kerna diri masih lagi jahil dan fakir ingin sekali ku timba tinta fikir sehingga jannah menjadi pengakhir oh, kami dahaga dan kelaparan dengan suntikan roh dakwah mu dengan nyalaan obor jiwa mu dengan air basahan ilmu mu dengan pentas kesantunan adab mu dengan layar qudwah hasanah mu duhai insan permata agama berehatlah kalian di taman firdausi bergembiralah kalian bersama penghuninya sungguh kalian lebih disayangi Tuhan dijemput menghadap bertemu Ar-Rahim sungguh, dirimu pergi dengan seribu ketenangan membangkitkan jutaan jiwa yang lena untuk berpeluh di medan tempur ini. perginya kalian membakar nurani mengetuk jiwa pejuang agama Illahi sedang rijal-Mu siaga bersatu hati bingkas bangun dari lenaan mimpi menyantuni ummah mendidik hati mengukir corak indahnya islami agar sinar dakwah terus tersemi di setiap ceruk dunia ini hari ini ...

ubat itu pahit?

assalamualaikum wrh uuuoolllsssss! pernah makan ubat tak? huh! aku yakin mesti semua diantara kite ni pernah makan ubat kan. dari kecik sampai besar, kalau sakit je mesti cari ubat. ape rase ubat ea? best x? hehe. yup, mostly ubat yang ada kat klinik dan farmasi tu pahit kan. kecuali la ubat utk baby yang manis n sedap tu... hehe.. *ubat cap ibu dan anak* .. biarpun pahit tak terkata, tapi sanggup telan demi nak cepat baik. ada juga yang jenis takut makan ubat la, makan ubat dgn air milo (*oppss boikot barangan NESTLE ye... hehe) dan macam2 lagi caranya. tapi, tujuan tetap satu.. untuk nak sembuh. fuhhh.. hebat. hoho. tapi ape yang terjadi last2 lepas kite makan ubat tu mengikut dos yang disarankan. ya, alhamdulillah kite akan sihat dan boleh bermain bola kembali... hoorrraaayyyyyy. bukan main hepi lagi kite. mengejar bola bagai nak rak sampai dengan kasut2 melayang.. hehe. jadi, begitu jugalah kehidupan kite ini sebenarnya. kehidupan kite kat dunia ni memang "pahit...

walau jasad di sini, biarlah hati di sana

assalamualaikum wrh. just nak share dgn korang "live streaming from Makkah" insha Allah, walau jasad kite di sini, biarlah hati kita di sana. insha Allah. semoga bermanfaat....