Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kesusasteraan/literature

Di Ruang Udara Palestina

diatas ruang udara Palestin Dari kejauhan aku melihat mu Bumi yang masih lagi dijajah, Dari awan aku memandang Bumi yang penuh kemuliaan. Ampun aku kerna tidak mampu Hanya memandang hanya melihat, Ampun aku kerna tiada daya Hanya mengharap semua ini berakhir; Tapi bila, aku pun tiada kuasa Hanya berdoa untuk terbaik Dari-Mu Tuhan Maha Kuasa. Duhai saudaraku dibawah sana, Tabahkan hati seteguh akidah mu Rela bermandi darah demi agama, Aku malu aku cemburu Keberanian umpama tidak kenal mati Sedangkan aku masih lagi dibelenggu wahan, Tidurmu alasnya bumi bumbungnya langit Sedangkan tidurku beralaskan tilam berselimutkan mimpi. Duhai saudaraku dibwah sana, Teruslah berjuang demi kesucian agama Itu peluang bagi mu mencapai syurga Apa lagi seindah balasan bersama Sang Rasul kita Didalam Jannatul Firdaus kekal selamanya; Beruntunglah kamu! Beruntunglah! Sedang aku masih lagi bertarung nafsu Antara dunia ataupun pejuangan ...

Jaulah Mencari Erti Hidup Hamba Yang BerTuhan

Didalam pesawat Austrian Airline menuju bumi Jordan Diufuk langit ku lihat kebesaran-Mu Melukis indah buat tatapan si perindu, Jalur lurus bermandi cahaya merah Tiada kata tiada bicara madah Keagungan itu Engkau persembah Agar jiwa kerdil ini kenal erti pasrah Pasrah bukan erti menyerah Namun untuk terus bangkit gagah. Duhai Tuhan pemilik langit nan indah Dengarlah rintihan hati yang gundah Hanya kepada-Mu doa ku persembah Agar Engkau ubati jiwa yang resah Meniup semula ruh dan hamasah Untuk terus menapaki jalan dakwah Agar bersama menuju istiqamah jannah Walau ranjau duri datang menyengah Tidak jatuh tidak patah tidak lemah Tangkas bangkit melangkah gagah Bak mujahid memburu syahadah. Duhai Tuhan pemilik langit nan indah, Musafir ini mencari erti hidup Sebagai hamba yang berTuhan Sebagai hamba yang sering terleka, Aku damba jaulah mengenal-Mu Aku damba jaulah musafir hati Mengenal diri mengenal Tuhan Mencari hati yang mati Mencari Jiwa yang tandus. ...

Tautan fillah

Mulanya dikau tidak ku kenali Mata saling berpandangan senyuman meniti Tangan dihulur pipi bertemu pipi Tanda tautan sebuah memori Bermulanya kisah ikatan hati Masa silih berganti pasti Siang berganti malam Hari berganti minggu Bulan berganti tahun Si kecil sudah menjadi syabab perkasa Si muda sudah menjadi si tua Benih kecil menjadi pepohon rendang Si bunga mekar bertukar buah ranum Semuanya berlari berkejaran fitrah dituruti Yang lepas adalah sejarah Lipatan sejarah wajar hayati Adakalanya kita dilanda badai Saling mencuka antara dua hati Bertegur tidak bersapa tidak Dimana silap cuba dicari Diri diinsafi jiwa menangisi Maaf dipinta mewakili diri Mengharap ikatan terus tersemai rabitah kita kerana redha-Nya yang dicari bukan sekadar sebuah ikatan ikatan fillah bertiangkan syahadah ikatan fillah berpasakkan akidah kerana Dia kita bertemu kerana Dia juga kita berpisah perpisahkan kita hanya pada jasad namun pertemuan hati kekal hingg...

Sahabat, teruskan perjuangan!

Buatmu sahabat yang jauh dimata, Buatmu sahabat yang dekat dihati. Benar, hidup ini ada kisahnya ada juga jalannya, Kisah kita berbeda jalan kita juga berbeda, Namun, tujuan kita tetap sama Natijah kita juga tetap sama Ya sama, aku kamu dan juga dia. Mengejar syurga mendamba mardhatillah Mungkin kini jalanmu penuh duri Terpaksa menongkah ranjau jalan berliku Terasa pahit, pedih dan buntu Jiwa diselubungi resah gelisah Terasa akan putus asa dibisik si iblis durjana Akan adakah yang lebih baik hari esok? Duhai sahabat, Yakinlah dengan janji Tuhanmu Percayalah pada qada' dan qadar-Nya Ingatlah semuanya sudah tertulis Tercatat di Luh Mahfuz akan rezekimu, Hari esok akan menunggumu pasti Sebuah sinar kejayaan bergemerlapan Terbitnya sang pelangi indah Setelah turunnya si hujan rahmat Sahabat, teruskan perjuangan !

Di Bumi ini

di bumi ini aku dicampak hati ku kuat memberontak gusar ku iman ini dipijak gundah ku jiwa ini dirompak tanpa tujuan tersesat kelak di bumi ini aku bertemu bertemu dengan cinta-Mu cinta yang selamai ini ditunggu cinta yang selama ini ditagih rindu indahnya aturan kekuasaan-Mu di bumi ini aku dibaja dengan iman dan takwa berukhuwah atas jalan agama bekerja atas semangat agama belajar demi mencari agama bumi ini banyak memberiku kekuatan bumi ini banyak mengajar aku erti Islam bumi ini banyak mengatur tatahidup ku bumi ini banyak membuka hati dan minda ku di bumi ini ya, di bumi ini aku bersyukur kehadrat-Mu ya Allah meletakkan aku di bumi ini.. oh bumi ini...

Kisah Si Bunga

Bunga itu cantik Bunga itu memikat Bunga itu menawan Ya, Bunga itu ada kisahnya Kisah sang penagih cinta Kisah sang pejuang bahagia Tatkala ianya kembang melata Kelopak mekar mendongak gembira Dedaun hijau melambai mesra menari-menari tanda gumbira Semuanya indah berlaka! Namun, Masa silih berganti Waktu silih berkerjaran Sudah tiba masa tua Senja menyapa menjemput pergi Dipandang tidak dipuji tidak Dulunya diagung sekarangnya dihina Sebelumnya cantik selepasnya buruk Itulah hakikat itulah realiti Sepertinya kita manusia Apa yang ada apa yang dipuji Tidak kekal tidak juga selamanya Kita pasti pergi pasti juga tidak kembali meninggalkan segala hal duniawi Cantik, rupa, dan harta Tiada berguna dialam sana hanya amal menjadi bekal Hanya iman harta warisan Membawa dulang ibadah sebagai santapan Untuk bertemu Sang Pemilik Alam Mengharap jannah menagih redha Allah... Insha Allah. #sesungguhnya segala yang dianugerahkan oleh Allah ini hanyalah sementa...

bersama rahmat-MU

Ilahi, gembirakan hamba dengan kurnia-Mu Jua dengan rahmat dan tambahkan keyakinan Peliharalah hamba dari jalan yang sesat Kuatkan hamba dengan zahir jalan syariat Ilahi, agar hamba dapat lihat cahaya Pada wajah dan jua tujuan mana saja Ilahi, bentengkanlah hamba dengan syariat Bahgiakan hamba dengan cinta-Mu dan redha-Mu Anugerahi ku dengan sempurnanya warisan Janganlah kau masyhurkan hati dari selain-Mu Ilahi, cahayakan zahir bahkan batinku Sucikan hati hamba dengan nur kenabian Perliharakan hamba dari sakit dan fakir Dan dari kejahatan mereka yang durjana Ilahi, perlihara luhur jalan tariqat Dari kejahatan mereka yang merosakkan Lepaskan hamba dari hawa dan kepentingan Rasakan hamba lazat mesra dan kemurnian Ilahi, tuangkanlah pada hamba minuman Yang suci daripada samudera warisan Layanlah hamba dengan ihsan-mu nan budiman Jalankan hamba pada syariat pendidikan. LIHAT VIDEO --> "bersama rahmat-mu"   ...

pahit manis kehidupan

laut itu kadang kala pasang kadang kalanya surut, langit itu kadang kala cerah kadang kalanya mendung mentari itu kadang kala terik kadang kalanya redup angin itu kadang kala kencang kadang kalanya hembus sepoi begitulah juga dengan kehidupan kita di bumi Allah ini kadang kala ianya indah kadang kalanya suram indahnya aturan Allah dengan manis dan pahit kehidupan itu akan lahirlah satu coretan hidup yang indah jika tiada pahit tiada jugalah manisnya juga tiada garam tiada jugalah gulanya jika tiada sedih tiada jugalah gumbiranya jika tiada air mata tiada jugalah senyuman manisnya jika tiada gundah tiada jugalah bahagianya jika tiada ujian tiada jugalah kejayaannya Allahu Akbar. ayuh hati, kuatlah ayuh jiwa, kentalah ayuh iman, mantaplah wassalam...

amanah yang terlupa

senangnya kita di sini senda gurau menyapa diri tiada derita untuk ditangisi hidup bahagia bersulam damai meniti hari mencapai mimpi namun deritanya mereka di sana kedamaian hanya impian semata hidup sentiasa bersiap siaga tidurnya berselimut sepucuk senjata menanti hari menjejak syurga duhai insan duhai saudara kota suci itu amanah kita di situlah Islam melontarkan harumannya kota itu milik ummat kita tempat penyaksian agungnya peristiwa kini, kota suci itu sudah dicabul dirampas rakus si durjana menceroboh tanpa segan silu umatnya dibunuh tiada kemanusian tanah suci menjadi merah mengalirnya darah para syuhadah itulah perjuangan mereka menjaga amanah yang kita lupa namun kita, amanah itu hampir kita lupa amanah yang mungkin tak terdaya jauh kita menghunus senjata jauh juga untuk ke sana tak bersalahkah kita pada mereka? duhai sahabat, sedarlah kita akan amanah jika diri tidak mampu dikirimkan ...

si bidadari

Manusiakah itu? Kejamnya kamu pada si anak kecil, Jasad yang suci dibakar hitam Dibunuh tanpa belas ihsan, Riangnya hilang dalam tangisan Sendanya pula pergi dalam kenangan. Apakah kamu tidak mengerti? Si anak kecil juga mahukan kehidupan Kehidupan yang pernah kamu lalui itu, Bermain umpama anak kecil yang lain Melompat ke sana ke mari Berkejaran sesama teman Menikmati alam penuh keriangan. Pernakah kamu terfikir? Dia juga mahu hidup seperti kamu, Pernahkah kamu terfikir? Andai dia adalah anakmu, Pernahkah kamu terfikir? Andai kamu bapa si kecil itu. Apa yang kamu rasai? Duhai si bidadari syurga, Tenanglah kamu di alam sana, Tiada lain melainkan syurga buatmu, Insan suci dari dosa dan noda, Sabarlah ayah, sabarlah ibu, Di akhirat kelak, Dia pasti menunggumu di pintu syurga, Memimpin tangan membina kehidupan abadi, Semoga dirimu dirahmati, adik nadirah... AL FATIHAH tarikh: 13.03.2012 masa: 00.10 am tempat: meja belajar, hostel pushkin, moscow, russia tujuan: menunjukkan rasa sedih...

bicara bumi suci

BICARA BUMI SUCI Bumi ini kepunyaan kita, Bumi ini juga adalah hak kita, Dan bumi ini adalah Bumi Kita, Bumi yang dahulunya satu kebanggaan, Terpancar indah Nur Islam darinya, Tersergam megah kekuatan tamadun, Lambang kesepakatan ummah keutuhan akidah. Kini itu semua hanya mimpi indah semalam, Kerna hari ini bumi itu sudah tidak suci, Dirobek maruahnya oleh si pendusta, Dikotori bumi yang suci dengan darah dan nyawa, Si mawar engkau jadikan santapan nafsu, Tanpa sekelumit simpati dan malu, Engkau nafikan hak si anak kecil, Dibunuhnya sebelum sempat mereka dewasa, Apakah engkau itu manusia? Atau hanya manusia bertopengkan haiwan. Duhai saudara, Tabahlah hati sabarlah jiwa, Berjuangmu demi kesucian agama, Dengan iman dan gentar tiada, Menjaga maruah dari si pendusta, Dari terus diperlekeh dicerca, Demi Allah demi agama, Pedang dan doa menjadi senjata, Menegakkan Islam untuk insan bernyawa, Menantimu disana balasan syurga, Andai mampu aku pergi, Akan ku jejak bumi bertuah itu, Andai...

ikatan persahabatan...

Sungguh indah aturan Illahi, Hingga tiada apa menghalangi, Aku berterima kasih pada mu ya rabbi, Fitrahku seorang hamba sujud mensyukuri Inilah yang dinamakan ukhuwah suci, Quran dan doa menjadi tiang seri. Aku hanya insan yang lemah dan hina, Seringkali aku alpa untuk membimbingnya, Hingga aku tersedar dari lena, Rasa sayang masih lagi bertahta, Untuk memimpinnya hingga akhir nyawa, Langkah menuju jalan diredhaiNya. Untuk mu duhai saudaraa, Kita bersahabat kerana Dia, Hanya Dia yang mampu kita panjatkan doa, Usah kita lupa akan Kebesaran Nya, Walau jarak berbatu memisahkan kita, Allah tahu apa yang terbaik buat kita, Hanya saat dan waktu menentukan ia. Fikirlah kau dan aku, Ingatlah kau dan aku, Lengkapkanlah diri dengan Ilmu, Laksanakanlah amanah sebagai hamba Allah, Agar hidup disinari cahaya barakah, Hingga akhir hayat seorang hamba.... nukilan: musafir

cinta suci...

"aku berlindung daripada syaitan yang direjam..." "dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..." assalamualaikum wrb, kalam suci pembuka bicara. semoga diri ini terus diberi kekuatan dan kenikmatan iman oleh Allah, insyaAllah.  Allahmdulillah, kita masih lagi diberi peluang untuk mendapatkan CINTA SUCI daripada Illahi. cinta yang mampu membimbing kita ke arah jalan yang lurus. seringkali kita lupa dan alpa akan Si Dia yang Maha Pemberi Cinta Suci. kenapa? mengapa? kenapa kita agungkan Cinta kepada sang makhluk berbanding cinta kepada Sang Pemberi Cinta? sombong dan bongkaknya kita... dibuai cinta sesama makhluk sehingga terlupa akan amanah sebagai seorang Hamba yang buruknya makhluk dikatakan indah yang comotnya makhluk dikatakan cantik yang dosanya makhluk dikatakan pahala yang haramnya makhluk dikatakan halal kenapa? mengapa? kenapa kita tidak jujur dalam berkata-kata sedangkan Cinta Suci bepaksikan kejujuran? alangkah berbu...

taubatku...

Rembulan bersinar memecah suram, Bintang berkelip menghiasi malam, Serangga menyanyi memecah kelam, Bangkit hamba meninggalkan tilam, Sujud menghadap si Pencipta alam, Menyembah Tuhan agama Islam. Dosaku umpama gunung bertimbun, Hati gundah jiwa kekusutan, Mengingatkan khilafku kepada ar-Rahman, Menjadi igauan sepanjang kehidupan, Meniti di minda zaman berzaman, Mengungkap memori meninggalkan kesan, Merubah diri membentuk lakaran. Aku tahu Dia Ar-Rahman, Memaafkan hamba tanpa perkiraan, Aku berdoa tanda penyesalan, Berjanji aku meninggalkan kesilapan, Membaiki diri membetul kelakuan, Agar hidup penuh keberkatan... P/s: Semoga Allah sentiasa mengampunkan segala dosa yang pernah kita lakukan dan menjadikan kita hamba-Nya yang bertaqwa. Amin... nukilan: musafir

selamat tinggal cinta...

Cinta... Ungkapan yang nampak cantik dan indah, Madah yang diungkapkan tatkala hati bersulam suka dan sayang, Rijal dan nisa' berebut-rebut untuk mendapatkan cinta, Yang kadang-kadang tak pasti akibatnya. Aku benci cinta... Kerana cinta aku lalai, kerana cinta aku leka, Kerana cinta aku alpa dengan dunia, Kerana cinta aku semakin jauh dengan Tuhan yang menciptakanku, Kerana cinta aku hampir ke alam perzinaan, Kerana cinta juga aku hampir tersungkur menyembah bumi, Kerana cinta aku lupa Akhirat. Cinta... Kau sangat merbahaya, Membawa ke alam kemaksiatan, Dunia yang penuh noda dan dosa. Kini aku menyesal, Cinta yang ku cari selama ini ibarat bunga, Yang akhirnya akan layu dan jatuh ke tanah jua, Hanya cinta kepada Allah itu yang abadi selamanya. Cinta... Selamat tinggal sebelum membina Baitul Muslim, Selamat datang selepas membina rumahtangga, Selamat tinggal cinta yang penuh noda, Selamat tinggal... sumber:  www.iluvislam.com BUAT DUI...

muhasabah jiwaku...

Termenung aku mengimbau masa lalu,  Mengamati rentetan kehidupan, Mencari secangkir sinar keluhuran, Buat bekalan di akhir penantian masa. Menapak aku di bumi-Mu ini dengan penuh leka, Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab, Aku cuba bertahan di pasak kesabaran, Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran. Setiap detik yang mendatang menyentap benakku, Mampukah aku meneruskan perjalanan, Meredah belukar kebal duniawi, Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi. Ya Allah yang Maha Mendengar, Berikanlah aku cahaya petunjuk-Mu, Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya, Masih teraba-raba di laluan yang rata. Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi, Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun, Kurniakan aku kemanisan Cinta-Mu, Agar aku diizinkan mencium haruman syurga-Mu. sumber: http://www.iluvislam.com assalamualaikum wrb... BUAT DUIT?  KLIK DISINI

kerana aku sayang kamu...

assalamualaikum wrb.... apa khabar sahabat? harap-harap sihat dan ceria selalu... huhu.  insyaAllah... sajak daripada  http://www.iluvislam.com  ini ditujukan khas buat semua sahabat yang mengenali diri ini atau yang tidakmengenali... ____________________________________________________________________ Diamku tak bererti aku membenarkan Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan Bisingku tidak bererti aku menyalahkan Bukan juga melukakan Tapi kerana aku amat menyayangimu Maka aku cuba sedaya yang termampu Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya Di bumi yg terbentang luas ini Kerana sayangku kepadamu Maka aku cuba... dan terus mencuba! Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan Andai aku jumpa jalan Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang Aku akan! Itu janjiku! Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris Terguris dengan tindakanmu Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya Dan ...