Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Aku dan usrah

Bekalan Hati Sang Murabbi

credit: google "Abang, saya tak pandai cakap macam mana nak mengendalikan usrah?" "Akak, Aimi rasa tak yakin dan tak bersedia lagi nak jadi akak naqibah ni" Sepanjang seusia setahun jagung aku dalam gerabak dakwah dan tarbiyah ini, itulah antara dialog yang mungkin pernah aku ungkapkan dulu serta asyik diulangi pada generasi yang berikutnya. Boleh jadi itu skrip lama yang sentiasa diulang tayang oleh mereka yang terbabit dalam 'geng usrah' ini terhadap abang naqib atau akak naqibah mereka bagi mengelat diri dari menjadi mata rantai penyambung dakwah. Aku berfikir sejenak, entah mengapa dialog itu aku gunakan sedangkan aku mengetahui bahawa semua manusia tidak sempurna dan aku dapat rasakan melalui medan itulah aku mampu mempertingkatkan diri menjadi lebih baik. Allahu. Nasib baik hidayah Allah itu tidak hilang dengan alasan menggunung aku itu, alhamdulillah. Duhai diriku dan insan diluar sana, ketahuilah untuk menjadi naqib mahupun naqi...

Sabarnya si murabbi

[SABARNYA SI MURABBI] Senyumannya tidak pernah lekang dibibir walau wajah tampak letih badan tampak lemah. Bicaranya seakan tidak pernah kenal erti penat. Ketawanya seakan tidak pernah bersua makna kekecewaan.  Setiap pesanannya disulami kasih sayang dan cinta bersandar Tuhan. Setiap tegurannya penuh rasa keikhlasan dalam membina. Setiap taujihatnya sentiasa menggugah jiwa serta menyirami hati yang kontang. Sabarnya si murabbi Biar berjuta kesalahan kita, dia tetap sabar dalam menegur. Menuntun kita untuk kembali akan hakikat berTuhan dengan penuh senyuman sayang. Tidak pernah ditinggikan suara malah tidak pernah ditengking hina. Hanya mutiara nasihat ikhlas yang tersusun indah untuk kita. Sabarnya si murabbi Jarak tidak pernah menjadi alasan untuknya. Demi mutarabbi tercinta, jarak yang jauh dirasakan dekat dek kerana rindu untuk bersua. Pulangnya lewat malam bukanlah penghalang bahkan satu kebahagiaan. Kerana dia tahu, jauh itu hanya fizikal dan dekat itu ad...

Perkenalan aku dengan usrah

Usrah? Hmm... Perkataan itu agak berkali juga kedengaran di gegendang telinga aku sejak dari bangku sekolah lagi. Bahkan, aku juga pernah menjadi 'abag naqib' di sekolah dulu. Pandangan pertama aku terhadap usrah ni adalah hanya sekadar satu bulatan yang akan membincangkan perkara yang sudah ada dalam sillibus. Cukup sekadar itu. Titik. Namun, semenjak lima (5) tahun dahulu ketika jasad ini sampai ke bumi Russia, semuanya berubah. Aku juga telah disentuh dan dibelai dengan penuh kasih sayang oleh usrah. kali ini agak berbeza dari apa yang aku rasai ketika berusrah dahulu. Entah kenapa. Kalau dibangku sekolah dahulu aku rasakan usrah itu seolah 'dibuat-buat' tetapi kali ini aku dapat rasakan ada cinta dan keindahan disebalik usrah itu. Masih segar dalam ingatanku, pertama kali disapa oleh bekas abang naqib aku. Ketika itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo, Mosko, entah siapa sosok tubuh itu yang hadir dengan penuh senyuman manis sambil membawa rot...

Abang naqib ni suka paksa la!

Satu keluhan yang sering kedengaran bagi mereka yang berada dalam kelompok 'budak usrah' adalah keadaan abang naqib mereka yang suka memaksa. Bahkan hal ini telah menyebabkan ada diantara mereka yg mengambil keputusan untuk 'berehat' dari usrah semua bagai ni. Tarik nafas, hembus.... Dari pengalaman aku yang ciput sepanjang berada dalam jalan ini, aku juga pernah mengalami perasaan yang persis mereka. Jauh disudut hati tidak senang dengan abang naqib yang asyik memaksa. Macam-macam la! Kene paksa datang usrah, datang daurah, datang mabit, hafal surah ini dan itu serta paksa untuk buat perkara yang kadang kala diri ini tidak suka. Nak ke usrah pun mengambil masa 1 jam pergi dan 1 jam balik, jumlahnya 2 jam. Ada juga kadang kala memakan masa 4 jam lebih pergi dan balik. Jauh. Ya sangat jauh dan memenatkan. Secara manusiawi diri ini juga pernah mengeluh akan semua ini. Mana masa aku untuk belajar, bersukan, bahkan mana masa aku untuk diri sendiri. Macam-maca...