assalamualaikum wrh...
ini artikel khas buat adik-adik yang mungkin berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sama ada di dalam mahupun di luar negara. ini adalah sedikit perkongsian yang mampu aku lakarkan. semoga bermanfaat!
insha Allah, pertamanya marilah kita betulkan niat kita untuk mengambil jurusan perubatan ini. bukan niat kita untuk mendapat glamor dengan pangkat 'doktor' atau pun inginkan gaji yang lumayan. sebaliknya adik-adik, baiklah kita niatkan hanya kerana Allah. Niat kita untuk mengkaji ciptaan Allah yang sangat hebat iaitu manusia agar kita lebih dekat dengan Allah. insha Allah. selain itu, agar kita dapat menanam azam untuk membantu masyarakat dan mengajak masyarakat kembali kepada Allah melalui cara rawatan hati.
berada dalam bidang kedoktoran ini amat memerlukan semangat yang kuat serta usaha yang jitu. mana tidaknya, belajar mengenai suatu ciptaan dari Maha Pencipta yang sangat unik, kompleks dan terperinci. dari setiap inci tubuh badan manusia ini kita perlu faham dan pelajari. dari sekecil-kecil zahrah, hinggalah sebesar-besar sistem tubuh badan manusia. tetapi, jika kita meletakkan Allah yang paling utama, kita pasti akan berasa kagum dan rendah diri melihat Maha Hebatnya Allah menciptakan segala ini mengikut aturan-Nya serta sangat terperinci.
mental dan fizikal kita juga mahu kena hebat! berjuang dalam menimba ilmu ini sangat penat dan cepat letih. lebih-lebih lagi dalam bidang perubatan yang sangat mencabar ini, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh demi memberi yang terbaik kepada pesakit kita kelak. insha Allah. keseimbangan mental dan fizikal, insha Allah mampu menjadikan perjalanan di medan jihad ini lebih lancar serta mampu mendatangkan hasil yang memuaskan. aminnn.
di samping itu, berdoalah kepada Sang Pencipta agar memudahkan segala urusan kita. aspek rohani perlu 'tip top' kata orang! dengan kita bergantung harap dan memusatkan segala pertolongan kepada Allah, nescaya Allah akan membantu kita dan menguatkan kita untuk terus berjuang.
insha Allah, berbekalkan element rohani, jasmani dan intelktual kita mampu menjadi seorang pelajar perubatan yang berakhlak dan berkaliber. amin. belajar di dalam mahupun luar negara itu sama sahaja. apa yang penting adalah niat, kesungguhan dan komitet dalam menjadi seorang siswazah. insha Allah.
wassalam.
p/s: aku rasa artikel ini juga sesuai untuk mereka yang berada di jurusan lain juga.

syukran for the tips ^_^ cuaknyaa interview medic kmb lusa ! doakan ana :)
ReplyDelete:)
Deleteinsha Allah. moga dipermudahkan. Allhummaftah!
prkongsian y baik//keep it up
ReplyDeletetq2.. heee
Delete