Assalamualaikum wbt.
Tatkala artikel ini ditulis, diriku sedang berada nun tinggi di atas awan kolumbus. Pada saat ini, pesawat Emirates Airbus 380 sedang meluncur laju di langit biru dan berada di kawasan udara India. Perjalanan dari KLIA menuju ke Dubai International Airport memakan masa lebih kurang 6 jam. Uhhhh. Bosan.
namun,jasad ini masih lagi segar dan tidak mengantuk, fikiran terbayang akan bumi yang bakal aku jejak nanti, Moscow. Ya, bumi tarbiyah yang aku rindui. Pelik. Berjauhan dengan keluarga bagi sesetengah yang lain membuatkan mereka terus dihuni sedih dan pilu. Bagi aku, perjuangan mesti diteruskan. Perpisahan itu memang sedih, namun jika kita niatkan Kerana Allah, segalanya akan menjadi indah. Insha Allah.
Aku jadikan perpisahan itu sebagai satu obor pembakar semangat. Aku tidak ingin air mata yang keluar di hadapan pintu perlepasaan itu hanya satu lakonan dan hipokrit. Menangis tatkala berpisah namun bermain-main dan tidak bersungguh ketika disana. Apa gunanya air mata itu? Uhhhh.
Dimanakah amanah kita kepada ibu bapa?
Adusss, persoalan yang cukup berat. Biarlah ia menjadi peringatan buat diriku ini. Musafir aku yang jauh dari keluarga sebenarnya satu perjuangan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah, seorang anak dan seorang pelajar. Tiada yang mengawal dan mengarahkan kita. Hanya diri kita keseorangan.
Duhai diri. Pergilah bermusafir. Teruskan berjuang. Demi agama, keluarga dan negara mu.
Tiada yang lain ingin dipinta. Hanya doa dan restu dari insan yang tercinta di bumi tanah tumpahnya darahku, Malaysia. Hanya doa yang mampu menjadi senjata yang paling hebat di medan jihad ini. Insha Allah.
Ya Allah, kuatkanlah diriku, tabahkanlah jiwaku, dalam menempuh ranjau kehidupan yang telah Engkau catatkan kepadaku. Permudahkanlah laluan itu, berkatilah langkah aku ini. Ya rabb, sungguh Engkau Maha Kuasa lagi Maha Perkasa. Aminnnn...
ASHRULAFFIQ
A380
KUL-DUB
280813
A380
KUL-DUB
280813
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan