Allahu Allah.
tatkala rakyat Malaysia masih lagi dalam 'mood' raya, tiba-tiba kita dikejutkan dengan krisis di Mesir yang memuncak serta semakin meruncing. Ruang 'home' di facebook ini dipenuhi dengan gambar-gambar, berita serta perkembangan semasa yang berlaku di Mesir.

Lebih 2500 - Syahid.
Lebih 3000 - Ditangkap.
Lebih 10000 - Cedera.
Lebih 200 - Jurugambar dibunuh.
Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.
Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.
Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.
Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera.
kejam!
* * * * *
Sepanjang bulan ramadhan yang lalu, mereka (pro-Dr Morsi) mengadakan perhimpunan aman bagi membantah kudeta (rampasan kuasa) yang dilakukan oleh pihak tentera Mesir (atas sokongan Amerika dan Israel). mereka hanya menuntut demokrasi dan keadilan.

berTEMANkan al-Quran,
berTIDURkan Qiamulail
dan berSENJATAkan doa!
adakah mereka pengganas? hurmmm... dunia oh dunia.
Doa mereka untuk syahid! itu sudah pasti. ada juga diantara mereka yang telah bersedia dari awal lagi dengan kain kafan bagi menyahut seruan syahid itu.
Alhamdulillah. kini, Allah telah makbulkan doa mereka. ya. SYAHID menegakkan kebenaran. mereka telah bergembira di Syurga sana. impian mereka (juga impian seluruh umat islam) telah tercapai.
ya, kematian itu satu kepastian. Namun keadaan pengakhiran itu satu persoalan. bagi mereka, mati mereka mulia. bagaimana pula dengan kita? bagaimana pengakhiran kita nanti. Allahu. semoga kita dianugerahkan husnul khatimah! amiinn...
hidup mulia atau mati syahid!
* * * * *

Mungkin kita tidak mampu mengangkat senjata senapang mahupun bom.
namun, kita punyai senjata yang paling hebat, senjata yang tiada pada musuh iaitu DOA!
ayuh, tembakkan doa untuk mereka!
DoaUntukMesirSyriaPalestin
ikuti perkembangan mesir di
Sentiasa ameen kan doa.
ReplyDeleteInsyaAllah.. Jannah...!!
aminn
Delete