Kertas soalan UPSR bocor? Perkara yang saban tahun telah berlaku. Cuma kali ini ia menjadi satu isu nasional yang berjaya menarik perhatian 2 orang Menteri Pelajaran kita. Satu isu yang telah menimbulkan kerisauan semua pihak dan mengharap perkara ini diselesaikan secepat mungkin.
Bagi adik-adik tahun enam, mereka dikehendaki menduduki semula peperiksaan UPSR bagi kertas Sains dan Bahasa Inggeris kertas 1 & 2 pada 30 Septermber 2014 nanti. Kesian mereka. Sudah pasti moral dan motivasi mereka sedikit sebanyak telah tergugat.
Dek kerana ingin mengejar kedudukan terbaik, keputusan yang cemerlang dan ingin mendapat status sekolah terbaik, nilai keilmuan sistem peperiksaan itu sanggup diketepikan. Apakah hasilnya kelak? Anak-anak kita berjaya bukan kerana hasil titik peluh mereka sendiri. Lama-kelamaan hilanglah kredibiliti pada sistem pendidikan kita yang sekarang ini sudah sedikit sebanyak tergugat dengan isu PBS.
Jika tiada permintaan mana mungkin perkara ini akan terjadi. Ada pihak yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal ini dan mesti dibawa ke muka pengadilan. Itu satu hal. Yang ingin ditekankan disini adalah sifat jujur, amanah dan integriti itu sendiri. Kemana hilangnya semua itu? Dengan kemajuan teknologi yang semakin hebat, segala maklumat dapat tersebar ke seluruh pelusuk muka bumi dengan satu jari dalam masa sesaat! Tiada batas.
Sedih. Jika perkara sekecil ini kita dah tidak amanah. Bagaimana dengan perkara yang lebih besar. Kepada yang sudi membaca ini, ayuh kita mengambil iktibar dari perkara ini. Terap, tanam dan bumikan sikap amanah kedalam diri kita kerana nilai amanah ini kita akan disenangi oleh makhluk bumi dan juga makhluk langit. Insha Allah. Amanah juga kepada Allah dalam setiap perkara yang dilakukan. Jangan menipu, jangan juga curi-curi dalam perhubungan kita dengan Tuhan. Amanah sesama makhluk, amanah dengan Allah.
Amanah penghubung antara kita dengan Tuhan.
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan