Sejak diakhir Ramadhan, dunia politik di Malaysia melihatkan beberapa aksi politik yang macam-macam. Jika kita sedang berlumba-lumba melipat gandakan amalan di penghujung ramadhan, kita disajikan dengan suasana politik didalam pakatan rakyat. Berlakunya sedikit perpecahan didalam PAS dan penubuhan sebuah NGO baharu yang dikenali Gerakan Harapan Baru (HARAPAN BARU). Oh, ya. Aku tak berminat untuk mengulas hal NGO baharu ini sebenarnya kerana aku belum lagi betul-betul mengkaji akan hal ini. Jadi, lebih baik aku perhatikan dahulu.
Fuhh, semalam kita juga disajikan lagi dengan satu episod politik Malaysia yang melihatkan TPM kita dilucutkan jawatan dan diganti dgn TPM yang baru. Serta ada juga beberapa orang menteri serta timb menteri dilucutkan jawatan dan digantikan dengan muka baharu. Kecoh satu Malaysia.
Di Samping itu, kita juga dihidangkan dengan isu-isu besar negara seperti kes 1MDB, MARA, KWSP, Tabung Haji, Nilai Ringgit yang menjunam, GST dan lain-lain lagi. Ramai rakyat marheen yang marah dan agak berang dengan semua ini.
Benar, aku juga sangat kecewa, pelik dan marah akan semua ini. Namun, aku ingin mengingatkan diri aku dan juga mereka yang sedang membaca ini, sama-sama kita menjaga akhlak dan lidah kita. Secara jujur aku sedih melihat komen-komen yang sangat berbaur negatif seakan-akan kita tiada nilai agama dan akhlak kita kelaut!
Lebih sedih dan malang lagi, aku sedih melihat mereka yang 'beragama' yang selama ini dihormati dek kerana akhlak islamiah nya sudah hilang entah kemana akhlak itu. Muat naik status yang bagi aku sudah hilang keindahan islam itu sendiri. Sedih.
Terinagt akan satu kata-kata,"Apa yang lahir di mulut seseorang itu menggambarkan apa yang ada dihati mereka". Jadi, jika negatif yang diungkapkan, sudah pasti kita kena semak kembali hati kita itu. Mungkin hati kita tidak bersih dan sudah pudar iman nya? Nauzubillah. Moga-moga Allah menjaga hati dan iman kita.
Aku tahu kita marah dengan politikus Malaysia yang ada yang gilakan kuasa, jawatan atau ingin membolot duit rakyat. Namun, amarah kita itu harus dikawal dengan iman. Ya, memang sukar. Aku juga sedang berhati-hati untuk memuat naik status atau mengeluarkan sebarang penyataan. Ingat,
jangan sampai kita menjadi fitnah kepada agama. Nauzubillah.
Jom, kita sama-sama menjaga akhlak kita dalam berbicara dan mengeluarkan pendapat serta perasaan kita. Nilai islam itu mesti kuat! Moga Allah merahmati kita, agama kita dan juga negara MALAYSIA tercinta.
Wallahu'alam.
Carian:
Akhlak
#najibletaklawatan
#najibresign
politik malaysia 2015
orang muda tolak najib
anak muda
rombakan kabinet 2015
cabinet reshuffle

imej cari dalam google |

Di antara akhlak seorang mukmin adalah baik dalam berbicara, tekun bila mendengarkan, berwajah ceria, dan menepati janji. (HR. Ad-Dailami)
Wallahu'alam.
Carian:
Akhlak
#najibletaklawatan
#najibresign
politik malaysia 2015
orang muda tolak najib
anak muda
rombakan kabinet 2015
cabinet reshuffle
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan