assalamualaikum wbt, semua.
Allahu Allah
Sudah lama tidak menjenguk blog ini, melatih jari-jemari dan memerah otak untuk menaip entry serta menginfakkan masa demi menyebarkan ilmu Allah sedikit sebanyak. Maaf. (atas sebab-sebab kekurangan diri ini)
Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.
Syukur kehadrat Tuhan yang Maha kuasa. Kerana kekuasaan dan pertolongan-Nya diri ini telah berjaya menamatkan Sem 5 dalam bidang perubatan (tinggal lagi 7 Sem). Jadi, musim cuti musim sejuk menjengah kembali.
* * *
Sudah aku sematkan awal-awal untuk mengisi cuti ini dengan aktiviti-aktiviti serta projek-projek yang mampu mencerna minda serta sekali gus menggali telaga ilmu Allah yang maha luas demi menyebarkan kepada ummah. insha Allah.
Disini bukan aku ingin berbangga diri serta 'riak' untuk memberitahu segala perancangan cuti musim sejuk. Namun, aku merasakan adalah lebih untuk mengingatkan diri ini bahawa tugas untuk ummah lebih penting. insha Allah. Tetapi, perancangan aku ini tak la gempak mana, biasa-biasa sahaja. Berpegangkan konsep "mencari kelapangan dalam kesibukkan" aku memilih untuk mengkaji ideologi yang ada di muka bumi ini, serta mengkaji tokoh dan juga sejarah. Semua ini aku niatkan kerana Allah dan berobjektifkan 'ummatik' iaitu demi ummah. Antara perancangan adalah:
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Projek Musim Sejuk 2014
1) Kajian Ilmiah
Sosialisme, kapitalisme, sekularisme, liberalisme, komunisme, sejarah muslim russia, isu arab spring, Lenin, Karl Max, Stalin, Ibn Qayim, Jalaluddin Rumi.
2) Jejak Masjid
Мечеть Ярдям (Masjid Yardyam)
3) Winter Gathering
Program yang dijalankan oleh jejaka Moscow (aku join partner je.. ^_^)
4) Menulis Blog
insha Allah, akan menyambung kembali amanah sebagai penulis blog 'Merempit ke Syurga' dengan tajuk dan topik yang sesuai. Doakan!
5) Membaca Buku
-Reclaim Your Heart (Yasmin Mogahed)
-Di Mana DIA di Hatiku (Ustaz Pahrol Mohd Juoi)
-al-Muntalaq (Sheikh Ahmad al-Rashid)
-Perubatan Islam dan Sains Moden (Dr Danial Zainal Abidin) *kalau ada extra time.
* * *
Harapan dan doa.
Sungguh diri yang kerdil ini meminta doa daripada kalian yang membaca agar segala perancangan aku ini dapat berjalan dengan lancar. Namun, harus diingat bahawa perancangan Allah itu adalah jauh lebih baik.
insha Allah, segala hasil kajian, pengalaman serta ibrah akan aku kongsikan didalam blog ini. Ingin sekali lagi aku tegaskan bahawa segala perancangan di atas itu aku dedikasikan khas buat ummah terutamanya yang sudi membaca blog aku ini. Doakan.
Nantikan kemunculan entry terbaru dalam masa terdekat. insha Allah.
wassalam.
Salam sayang dari insan kerdil,
Ashrul Affiq
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan