Skip to main content

Posts

Showing posts with the label islam adalah cara hidup/islam is the way of life

Pengalaman Puasa di Perantauan (Rusia)

Puasa selama lebih kurang 19 jam di bumi Rusia pada mulanya aku rasakan agak mustahil. Bermula kurang lebih pukul 2.30 pagi sehingga kurang lebih jam 9.30 malam! Namun, semuanya hilang. Entah kenapa aku merasakan ruh ramadhan pada tahun ini amat berbeza sekali. Aku dapat rasakan bahawa ramadhan kali ini penuh dengan makna dan kenikmatan yang hanya Allah sahaja mengetahuinya. Penat? Tidaklah! Walaupun berpuasa selama 19 jam, ditambah pada waktu musim panas dengan mengahadiri kuliah lagi, aku agak kurang berasa penat, lapar dan dahaga. Betul, tak tipu. Betul lah kata orang, kalau kita niat mahu berpuasa, Allah akan permudahkan segala urusan puasa kita. Cuba tak makan 19 jam pada hari biasa, lembik dibuatnya! huhu. Seusai berbuka di Masjid Kathedral Mosko Berbuka puasa di masjid Satu perkara yang menjadi bucket list aku sepanjang bulan ramadhan lalu adalah untuk berbuka puasa bersama masyarakat setempat. Alhamdulillah, dalam kesibukkan aku untuk peperiksaan akhir semesta Allah...

Ramadhan Menjadi Saksi

Seronoknya menjadi anak kecil. Berlari ke sana ke mari dengan penuh gelak tawa dan riang ria. Seakan dunia ini langsung tiada masalah baginya. Tiada apa yang perlu difikir, tiada apa yang perlu dirisau, semua kehidupannya disayangi, dibelai dan dicintai. Malah mereka suci dari segala dosa dan noda. Ahli syurga. Berbeza dengan aku. Kehidupan seorang dewasa yang banyak menuntut hak dan tanggungjawab. Banyak juga perkara yang tidak sepatutnya aku lakukan sehingga membawa aku jauh dari erti hidup berTuhan. Aku hilang arah tuju, hilang akan matlamat aku hidup diatas muka bumi ini. Aku menarik nafas panjang. “Ya Allah, adakah tempat aku disisi Engkau nanti...,” gertus hati ini yang sedang menangis. Aku berjalan menuju bangku menghadap sungai Mosko yang mengalir tenang sambil si burung saling berlumba dan bermain-main bersama mereka. Angin bertiup penuh kelembutan seolah telah membawa aku termenung panjang melihat dan merenung segala peristiwa jahiliyah silam yang pernah ak...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...

Di sebalik Kota Soviet

suasana solat sunat aidilfitri di salah sebuah masjid di Moscow. sumber: google “Sementara itu, di Mosko Rusia lebih 60 000 umat agama islam membanjiri Masjid Sabornaya bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri....” Aku terus menoleh ke kaca TV. Telinga aku begitu tajam apabila mendengar perkataan ‘Mosko Rusia’ yang disampaikan oleh pemberita salah sebuah stesen televisyen tempatan tersebut. Entah mengapa aku amat sensitif apabila disebut perkataan itu, mungkin kerana aku sedang belajar di sina atau mungkin pengalaman di sana yang membuatkan aku begitu dekat dengan negara bekas jajahan komunis itu. “Ramainya orang. Sampai melimpah kat jalan raya,” ujar ayah aku. “Ya ayah. Mursyid pernah lihat sendiri dengan mata kepala Mursyid ni. Memang rasa teruja bila solat bersama mereka,” balas aku. Tiba-tiba fikiran aku terbang tinggi hingga ke Kota Metropolitan Mosko. Aku mengimbau kembali apa yang aku lihat dan rasai disana. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sana, pelb...

Masjid dan pencuri

Ada satu masa tu, sambil aku scroll muka buku (baca = Facebook), tetiba aku lihat satu video. Video kecurian di salah sebuah masjid di Malaysia. Oh, ya. kenapa aku cerita mengenai kes kecurian wang masjid di malaysia? sebab ada satu kisah yang menarik yang aku perolehi ketika aku berjaulah di bum Dubai. Nak dijadikan cerita, hotel (Emirates Concorde Hotel) yang aku menginap itu hampir dengan sebuah masjid. Bukan masjid yang terkenal pun. Cuma masjid macam biasa di Malaysia namun ianya agak cantik dan baru. Kawasan itu kalau tak silap aku di Daerah Deira, Dubai. Nama masjid aku tak ingat. Nak dijadikan cerita, selepas kami check out dari hotel tersebut, kami mengambil keputusan untuk solat zohor (jamak dan qasar Asar terus) di masjid tersebut. jadinya, kami memasuki kawasan masjid dan menuju ke tempat wuduk. Kami teragak-agak untuk meninggalkan barang-barang kami. Ya lah, macam-macam ada dalam beg tu. Tiba-tiba datang seorang pak cik menegur kami, "You just can put your st...

Akhlak, mana akhlak?

Sejak diakhir Ramadhan, dunia politik di Malaysia melihatkan beberapa aksi politik yang macam-macam. Jika kita sedang berlumba-lumba melipat gandakan amalan di penghujung ramadhan, kita disajikan dengan suasana politik didalam pakatan rakyat. Berlakunya sedikit perpecahan didalam PAS dan penubuhan sebuah NGO baharu yang dikenali Gerakan Harapan Baru (HARAPAN BARU). Oh, ya. Aku tak berminat untuk mengulas hal NGO baharu ini sebenarnya kerana aku belum lagi betul-betul mengkaji akan hal ini. Jadi, lebih baik aku perhatikan dahulu. Fuhh, semalam kita juga disajikan lagi dengan satu episod politik Malaysia yang melihatkan TPM kita dilucutkan jawatan dan diganti dgn TPM yang baru. Serta ada juga beberapa orang menteri serta timb menteri dilucutkan jawatan dan digantikan dengan muka baharu. Kecoh satu Malaysia. Di Samping itu, kita juga dihidangkan dengan isu-isu besar negara seperti kes 1MDB, MARA, KWSP, Tabung Haji, Nilai Ringgit yang menjunam, GST dan lain-lain lagi. Ramai rakyat mar...

Politik dan Generasi muda

Wow! Hari ini kecoh satu Malaysia mengenai satu lagi adegan politikus Malaysia yang tak habis-habis (grab pop corn!) . Kali ini kes DS Najib menggubar kabinetnya yang baru dan menyebabkan TS Muhyiddin dilucutkan jawatan sbg TPM. Wallahu'alam. Aku tak mahu ulas panjang mengenai politikus2 ini yang tak habis bermain wayang, nanti kan dikata aku pula tiba-tiba menjadi profesor politik segera. Haha. Tak nak la! Tetapi, apa yang menarik minat aku adalah penglibatan generasi muda kini terhadap politik. Alhamdulillah, aku tengok ada perubahan dan peningkatan dalam kalangan generasi sekarang ini untuk lebih celik politik. Jika dahulu ramai anak muda yang berpolitik 'ikut-ikut'. Apa yang mak ayah sokong, itulah yang anak-anak akan sokong. Namun kini, generasi kita dah makin pandai dan celik! Mereka boleh menilai dengan mata kepala mereka sendiri. Namun, kadang-kadang pergolakkan yang berlaku dalam politik membuatkan anak muda muak dan menyampah dengan situasi politik di Malaysi...

Kotor mereka demi kita!

Aku pasti, tatkala menjelang hari raya pasti ramai yang merungut akan sampah yang berlonggokan dan tidak dikutip. Siap ada yang maki hamun lagi. ahhh. aku geram dengan perangai mereka yang asyik nak komen dan menghentam tak tentu pasal ni. Tahukan anda, pekerja-pekerja yang mengutip sampah atau aku lebih selesa memanggil mereka 'jurutera kebersihan' ini sanggup berkorban masa, tenaga malah berkorban untuk TIDAK memakai baju raya malahan mengambil keputusan untuk TIDAK beraya bersama famili mereka semata-mata ingin memastikan kebersihan kawasan sekitar lebih terjamin. imej: google Kita nak merungut lagi ke? Tak sedar ke yang kita sebenarnya yang 'menghasilkan' sampah sarap yang banyak. Lebih-lebih lagi pada musim perayaan ini. Sampah sarap yang dihasilkan adalah dua kali ganda! Banyak tu. Aku tertarik artikel yang ditulis didalam satu portal berita untuk Negeri Terengganu ( link ). Artikel mengenai jurutera kebersihan yang sanggup bergelumang dengan kotoran de...

Hikmah bukan amarah

“Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengertaknya, tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Qur’an.” Atau sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sesuai. Setelah itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/133, no. 429) [pengajaran] Hadis ini menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam mena...

Cari gajah depan mata

Gajah di hadapan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak pula. Peribahasa itu ditujukan kepada semua masyarakat terutamanya pihak berkuasa agama dan mereka yang terbabit dalam pencegahan maksiat di 'Negara Islam' Malaysia. Bukan niat dihati ingin memperlekehkan serta mempertikai tugas dan amanah yang dilakukan oleh pihak-pihak tersebut tetapi sebagai ahli masyarakat marheen yang sudah pedih mata melihat perkara mungkar yang semakin hari semakin menjadi.  Pernah ada kes pegawai pencegahan maksiat mengejar pelaku maksiat sehingga melibatkan kematian pelaku tersebut. Pernah ada juga kes serbuan terhadap pasangan yang telah berkahwin oleh pegawai pencegahan maksiat. Kedua-dua kes ini untuk pengetahuan umum dilakukan oleh pelaku maksiat secara tertutup dan sembunyi tanpa penampakkan dihadapan khalayak ramai. Bukan ingin memperlekeh kerja dan kewibawaan pegawai-pegawai tersebut, tetapi ingin menimbulkan beberapa persoalan terhadap organisasi-organisasi terbabit. ...

sedia sebelum berkelana

Teringat kata-kata salah seorang guru sejarahku ketika dibangku sekolah menengah, "korang sepatutnya dah mula berdoa untuk cari isteri yang baik agamanya. Cantik itu bonus yang penting hati. Takkan nak kahwin esok baru nak doa hari ini. Kena doa dari awal". Kalau tak silap aku, ketika ini aku ditingkatan 3. Ditambah pula kata-kata ustazah aku, "selalu la sedekahkan al-fatihah untuk jodoh kita, minta agar dijodohkan dengan yang terbaik". Imej dari google Perkara yang signifikan daripada ungkapan 'emas' itu adalah PERSIAPAN KENDIRI kita membina sebuah 'masjid' yang terkandung didalamnya sakinah, mawadah dan rahmah. Sebelum aku terima nikahnya dilafazkan, persiapan diri kita amatlah penting dan utama kerana perkara ini bukan sesuatu yang main-main. Bagi aku, perkahwinan impian adalah perkahwinan yang kekal selamanya sehingga ke syurga. Kita harus menjadikan 'tummuhat' perkahwinan itu adalah syurga! Amin. Banyak aspek perlu dipe...

Cabaran bakul ais

Heboh dan menjadi ikutan diserata dunia. Masing-masing ingin menyahut cabara bakul ais ini. Entah kenapa bagi aku perkara ini hanya satu perkara yang sia-sia dan erkkk... Tak tahu macam mana nak terjemahkan perasaan aku terhadap cabaran ini. Hurmm. Buang masa, buang duit. Membazir! Sedikit penerangan bagi sesiapa yang terfikir apa kejadah cabaran bakul ais ini sampai juling mata itu dibuatnya. Ok, bismillah. Sebenarnya 'cabaran bakul ais' ini atau nama fofularnya "Ice Bucket Challenge" dibuat atas kesedaran dan solidariti terhadap pesakit-pesakit saraf atau ALS. Senang cerita sebagai satu kempen untuk mewujudkan kesedaran kepada awam mengenai penyakit ini.  Dikatakan kesan kesejukkan yang dialami oleh 'pemain' cabaran ini seakan seperti apa yang dirasakan oleh para pesakit ALS tersebut. Tapi, ALS tu apakah? Ok, jom kita baca sedikit fakta mengenai ALS ini. ALS ( amyotrophic lateral sclerosis)  adalah salah satu jenis penyakit yang tergolong d...

Pintu itu masih terbuka

Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, Laut mana yang tidak dilambung ombak, Hati mana yang tidak dirundung derita, Jiwa mana yang tidak diundang duka, Manusia mana yang tidak dibasahi dosa. Dari mula kita dilahirkan, kita bertatih sebelum berlari. Kadang kala kita terjatuh, namun kita bangkit kembali melangkah maju kehadapan. Perjalanan menuju Cinta Tuhan itu kadang kala tersungkur jua dek tersepak batu nafsu yang sengaja dicampakkan oleh syaitan. Benar, kita ingin berubah dan mencari makna kehidupan dan 'deen' yang sebenar. Namun, kerana nafsu dan iman kita yang senipis kulit bawang ini kita lemas dengan godaan dunia dan syaitan tersebut. Allahu rabbi. Ampunillah kami. Duhai insan, Itu lumrah kehidupan. Allah itu maha Pencipta. Dicipta-Nya dengan cukup sempurna dan indah agar setiap manusia itu mengambil iktibar serta pengajaran dari setiap apa yang berlaku. Percayalah duhai insan, Allah itu tidak sekejam apa yang disangka. Sungguh lemas kita itu sebenarny...