Wow! Hari ini kecoh satu Malaysia mengenai satu lagi adegan politikus Malaysia yang tak habis-habis (grab pop corn!). Kali ini kes DS Najib menggubar kabinetnya yang baru dan menyebabkan TS Muhyiddin dilucutkan jawatan sbg TPM. Wallahu'alam. Aku tak mahu ulas panjang mengenai politikus2 ini yang tak habis bermain wayang, nanti kan dikata aku pula tiba-tiba menjadi profesor politik segera. Haha. Tak nak la!
Tetapi, apa yang menarik minat aku adalah penglibatan generasi muda kini terhadap politik. Alhamdulillah, aku tengok ada perubahan dan peningkatan dalam kalangan generasi sekarang ini untuk lebih celik politik. Jika dahulu ramai anak muda yang berpolitik 'ikut-ikut'. Apa yang mak ayah sokong, itulah yang anak-anak akan sokong. Namun kini, generasi kita dah makin pandai dan celik! Mereka boleh menilai dengan mata kepala mereka sendiri.
Namun, kadang-kadang pergolakkan yang berlaku dalam politik membuatkan anak muda muak dan menyampah dengan situasi politik di Malaysia. UMNO dengan kes 'kibas pemimpin' nya, MIC dengan krisis presiden nya, MCA yang kehilangan kepercayaan kaum Cina, PAS dengan isu wala' nya, PKR dgn krisis Anuar, DAP dengan isu perkauman serta sensitiviti agama yang selalu dimainkna dan macam-macam lagi. Hmmm... Ada benarnya juga kenapa ada segelintir anak muda yang tak mahu mengambil tempat dalam politik Malaysia.
Ketahuilah semua, kita generasi muda ini yang sedar akan kepincangan politik yang berlaku di Malaysia seharusnya mengubahnya! Tangan-tangan kita lah yang membetulkan segala masalah yang berlaku ini. Usah lari dari potilik, usah buta politik! Pemuda adalah pemimpin masa hadapan negara. Masa depan negara di bahu kita semua.
Daftar mengundi, turun mengundi apabila menjelang PRU nanti. Lepas tu jom mengkaji buku-buku politik islam, maqasid syariah dan lain-lain. Penuhkan jiwa dan diri kita dengan kefahaman islam yang benar agar politik kita berteraskan syariat Allah. Selain itu, lengkapkan diri kita dengan ilmu. Ambil tahu isu-isu semasa seperti 1MDB, MARA, KWSP, TABUNG HAJI dan lain-lain lagi. Jangan jadi katak dibawah tempurung. Sayangkan Negara kita dan hentikan semua wayang ini.
Nah, senarai ahli kabinet yang 'ditendang' keluar dan mereka yang 'ditarik' masuk dalam jemaah menteri yang baru. Teringat kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, "Bunga Tanjung semakin harum apabila gugur..."
carian:
#CabinetReshuffle
Muhyiddin Yassin
Pembubaran Kabinet 2015
Zahid Hamidi
Najib Razak

"Negaraku, ku ucapkan takziah atas ujian berat yang menimpamu. Semoga Allah mengeluarkan engkau dari dukacita ini..." DR MAZA
Nah, senarai ahli kabinet yang 'ditendang' keluar dan mereka yang 'ditarik' masuk dalam jemaah menteri yang baru. Teringat kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, "Bunga Tanjung semakin harum apabila gugur..."
sumber: malaysiakini |
carian:
#CabinetReshuffle
Muhyiddin Yassin
Pembubaran Kabinet 2015
Zahid Hamidi
Najib Razak
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan