Skip to main content

Posts

Showing posts with the label duniaku/ my world

pelajar perubatan

assalamualaikum wrh... ini artikel khas buat adik-adik yang mungkin berhasrat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan sama ada di dalam mahupun di luar negara. ini adalah sedikit perkongsian yang mampu aku lakarkan. semoga bermanfaat! insha Allah, pertamanya marilah kita betulkan niat kita untuk mengambil jurusan perubatan ini. bukan niat kita untuk mendapat glamor dengan pangkat 'doktor' atau pun inginkan gaji yang lumayan. sebaliknya adik-adik, baiklah kita niatkan hanya kerana Allah. Niat kita untuk mengkaji ciptaan Allah yang sangat hebat iaitu manusia agar kita lebih dekat dengan Allah. insha Allah. selain itu, agar kita dapat menanam azam untuk membantu masyarakat dan mengajak masyarakat kembali kepada Allah melalui cara rawatan hati. berada dalam bidang kedoktoran ini amat memerlukan semangat yang kuat serta usaha yang jitu . mana tidaknya, belajar mengenai suatu ciptaan dari Maha Pencipta yang sangat unik, kompleks dan terperinci. dari setiap inci ...

Festival Maslenitsa di Rusia [gambar]

assalamualaikum wrh. sedikit informasi dari bumi Rusia (bumi dari tempat aku menimba ilmu ^_^) tahukah kita bahawa setiap tahun, bagi meraikan berakhirnya musim salji di Rusia, mereka akan menyambut satu perayaan yang dikenali sebagai Festival Maslenitsa. Salah satu tradisi Maslenitsa adalah patung jerami wanita mewakili musim sejuk. Ia dibakar pada hari terakhir perayaan. seorang wanita sedang membakar "pancake" ketika perayaan Maslenitsa.  Timbalan Gabenor Wilayah Vladimir sedang membakar "pancake". 17 Mac menandakan berakhirnya perayaan tradisional tujuh hari  Maslenitsa atau Perayaan Pancake. Perayaan diserikan dengan muzik tradisional rakyat Rusia, menari dan persembahan teater. Pembakaran patung jerami  Maslenitsa di St Petersburg. antara aktiviti ketika perayaan. kanak-kanak perempuan sedang "pancake" adalah simbol utama Maslenitsa. antara permainan ketika festival. ketika festival Maslenitsa ...

exam mood

assalamualaikum wrh. apa khabar iman kita ye kali ni? harap2 sihat, kuat dan cergas semua. amiinnn.. pertamanya, maaf la. tak berapa nak sempat untuk update dan menulis entry terbaru sebab dalam exam mood sekarang ni ( tengok tajuk entry la.. hehe ^_^ ). tapi insha Allah, akan terus menulis dan berkongsi ilmu dengan korang lepas je exam nanti ye. insha Allah, aku/saya/ana akan mula exam pada 15hb januari nanti and habis 24hb januari. doakan ye... *buat muke tak malu ni. hehe. btw, sesape y same mood dgn aku skrg ni, aku nak share sumthing la. ini yang aku terapkan dalam hati dan mungkin juga boleh diguna pakai oleh sesape y rase nak gune jugak ye.. hoho. "JASAD YANG MENJAWAB PEPERIKSAAN INI ADALAH MILIK-MU ALLAH, JASAD YANG MENILAI PEPERIKSAAN AKU INI ADALAH JUGA MILIK-MU ALLAH, KEPUTUSAN YANG AKAN AKU TERIMA ITU JUGA ADALAH MILIK-MU ALLAH, OLEH ITU, WAHAI TUHAN YANG MAHA PENYAYANG LAGI MAHA PEMURAH, ANUGERAHKANLAH AKU SEBAIK-BAIK KEPUTUSAN DAN KEJAYAAN......

Moscow bersalji ^_^

Huhh... sejukkkkk... Wahhh... snowing la hari ni... ^_^ alhamdulillah. Allah telah memberikan aku nikmat untuk merasai ciptaan serta aturan Allah yang sangat hebat. Bersyukur kerana aku dipilih dan diberi peluang untuk berada di negara 4 musim ini. Tatkala entry ini ditaip, snow sedang menjalankan kewajipannya untuk memutihkan bandaraya metropolitan Moscow. SubhanaAllah. Maha suci Allah yang telah menjadikan pelbagai kejadian agar kita berfikir bertapa hebatnya Allah. Tahun ini kali kedua aku dapat merasai salji putih dan suhu dibawah takat beku. Alhamdulillah. nikmatnya apabila winter itu muncul. Kenapa? haa... 1. Waktu siang menjadi singkat. Dalam 8 jam sahaja. Sekejap je kan? Sekarang ni waktu subuh dalam pukul 7.30 pagi dan syuruk dalam pukul 9.30 pagi. Then, maghrib pula dalam pukul 5 petang. Tgk, beruntung tak kalau puasa masa ni? dlm pkul tujuh pg tu boleh je lagi nk sahur. Pastu berbuka puasa pukul 5 ptg. Nikmat... hehe. 2. Waktu malam lebih lama. Kenapa aku kate best?...

Ditegur

"Ya Allah, lamanya aku tidak menjejakkan kaki ke 'rumah-Mu'," detik hati ini... Sejak dua tiga minggu ini, kurasakan sangat rindu untuk beriktikaf di rumah yang penuh ketenangan itu, masjid. Ya, memang benar. Aku akui sukar bagi aku untuk menjejakkan kaki apatah lagi bersujud di dalam rumah Allah dek kerana kehidupan dibumi asing bagi islam ini. Perjalanan menuju ke masjid ini tidaklah begitu jauh hanya memakan masa hampir 1jam sahaja. Namun, kerana kemanisan dunia telah memberatkan kaki serta hati ini untuk singgah di sana. Fuhhh.. sangat memerlukan pengorbanan dan iktikad yang kuat.... "dari niat, terlahirnya perbuatan" gmbr hiasan Alhamdulillah, hari ini Allah telah ringankan kaki ini untuk melangkah dan terus melangkah menuju rumah-Nya. Dulu aku pernah ke sini. Masih teringat lagi akan cebisan memori kali pertama aku melabuhkan diri, sujud menunaikan kewajipan seorang mukmin. Alhamdulillah×100. Tak terkata di mulut ini kecuali melahirk...

Berkorban dan pengorbanan

Berkorban apa saja Harta dan juga nyawa... Alhamdulillah ×100 syukur kehadrat Allah yang telah memberikan peluang kepada kita untuk merasai, menikmati dan merayakan Aidiladha 1433H ini. Aidiladha atau hari raya korban ini membawa seribu satu makna buat aku dan juga mungkin mereka yang lain. Meluaskan lagi erti kata 'korban' itu, menuntut aku untuk terus menghayati apa sebenarnya yang terkandung secara tersirat mahupun yang tersurat. Tahun ini merupakan tahun ke dua aku beraya aidiladha di bumi asing ini. Demi ilmu dan cita-cita, aku korbankan segalanya. Berjauhan dengan keluarga di Malaysia lebih menjadikan diri aku ini menghayati erti pengorbanan yang sebenar. Ya, jauh di lubuk hati terasa juga hiba dek kerana sedang keluarga dan saudara mara berkumpul serta merayakannya, aku disini berjihad di medan ilmu untul dibawa pulang kelak...  "Tak mengapa, demi ilmu, demi keluarga, demi agama dan demi umat, pengorbanan itu akan menjadi saksi di akhirat kelak," puj...

panggilan dari Dia

apa khabar semua? semoga sihat dan sejahtera la ye. terima kasih kerana sudi jenguk belog aku yang tak seberapa ni. hukhuk... anda pernah gagal? anda pernah rasa berputus asa? anda rasa kesunyian? aku rasa kebanyakkan manusia di muka bumi ini pernah merasakan semua ini kan. termasuklah dengan diri aku yang hina ini. mana ada orang di dunia ini selalu berjaya. mereka pasti pernah gagal juga. kerana gagalah, mereka itu mampu berjaya mencipta kejayaan yang sangat cemerlang. ini janji Allah. setiap yang gagal pasti akan berjaya . kita sebagai hamba-Nya perlu yakin kepada Allah yang suatu hari nanti sinar kejayaan akan datang kepada kita. insha Allah. Allah is calling you, answer it. sebenarnya, kegagalan itu adalah satu "panggilan" dari Allah kepada kita agar kita kembali dekat kepada-Nya. mungkin selama ini kita sangat jauh dari Dia dan kita lupakan Dia. mungkin juga Dia sangat rindu akan kita. sebab itu Dia anugerahkan kegagalan itu supaya kita da...

Allah rindu akan kita

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... segala salam dan puji-pujian buat Rasul junjungan... "sesungguhnya Allah tak akan menguji hamba-Nya melebihi takat kemampuan hamba-Nya.." duhai hati bersabarlah duhai jiwa bertahanlah duhai iman tingkatkanlah duhai kasih suburkanlah duhai cinta sematkanlah dikala diuji ingatlah teman Allah rindu seorang insan suara rintih meminta keampunan titisan keinsafan bukti penyaksian bertuahlah diri sebagai pilihan cinta dan kasih jadi santapan buat hamba-Nya sepanjang zaman. apa lah ujian kita yang tak seberapa ini jika ingin dibanding dengan Rasulullah kan? aduss.. kerdilnya diri ini. ya Allah, lemahnya iman ini. baru ujian yang tak seberapa dah mengeluh, dah cakap macam2... nipisnya iman aku, ya Allah... Iman sebeginikah yang ingin memasuki syurga-Mu? hurmm... ya Allah, alhamdulillah.. segala pujian untuk-Mu. sesungguhnya tarbiyah yang Engkau berikan ini adalah sesuatu yang sangat istimewa. Engka...

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

musim luruh dalam diri

Melihat pokok yang kehijauan bertukar menjadi kuning keemasan. Itulah tanda musim luruh telah datang. Buat mereka yang berada di negara yang mengalami 4 musim memang best dan syok melihat keindahan ciptaan Allah kan. Seriously, mase time2 ni la ramai yang tidak akan melepaskan peluang utk ber'posing' sakan dibawah daunan yang kekuningan... cewahhh, macam filem hindustan pun ade. Hehe. ------------------------------------------------------------------------------ Merenung sejenak keindahan alam ciptaan Robbul 'izzati, membuatkan diri aku sebak dan rasa terhina. Adakah diri aku dan iman ini juga kekeringan serta berguguran seperti dedaun tersebut? Allahu Robbi. Adakah iman layu dan sepi? dimanakah kesegaran dan kehijaun itu? Persoalan2 itu menerjah jauh ke dalam seketul daging kecil yang ibarat raja kehidupan. Andai itu adalah benar, aku perlukan baja dan air secukupnya. Air ibadat dan baja keikhlasan itu perlu aku cari dan terus mencari agar tiada lagi musim luruh ...

betulkan niat

assalamualaikum... fuhhh.. kemain susah aku nak mengupdate entry terbaru kan? huhu. maaf bebanyok la ye...  macam2 halangan dan dugaan untuk mengupdate blog ni... hehe. ok, insha Allah, perjalanan aku sebagai student medic dah bermula hampir sebulan. banyak subjek baru yang perlu aku "biasakan" dan perlu aku membibitkan rasa cinta tuh. bukan senang untuk jatuh cinta tau! hehe. tu la. dalam mengharungi dunia sebagai seorang PELAJAR niat tu haruslah sentiasa dibetulkan... "untuk apa kita belajar dan mencari ilmu?" persoalan itu harus kita sentiasa menanyakan kepada diri kita ini agar kita sedar akan tujuan dan matlamat kita dalam menuntut ilmu ini. insha Allah, MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH kan3. insha Allah, smoga Allah memberkati segala jihad kita dalam menuntut ilmu ni kan... (tetiba teringat akan arwah rakan seperjuangan yang meninggal dunia dalam kemalangan menuju ke university di moscow ni. al-fatihah. rujukan: kemalangan pelajar di rusia ) so, bile kita...

pengajaran dari bumi St. Petersburg

assalamualaikum wrh... ingat lagi post sebelum ni? [ klik di sini ] aku ada cakap yang aku telah berjalan-jalan makan angin di bumi St. Petersburg ni. so, ada satu kisah yang aku rasa sesuai untuk aku merancakkan lagi blog aku ni.. dah tak ade idea lain dah ... ok, begini kisahnye... alkisah semasa aku dan kawan2 yang lain sampai di bumi ini, kami merancang untuk melawat serta bersolat di sebuah masjid. jadi, selepas mencari hotel dan melepaskan penat kami seketika, kami meneruskan "misi" mencari masjid tersebut. alhamdulillah, ianya tak lah jauh yang kami sangkakan. amat mudah bagi kami untuk mencarinya... alhamdulillah. ketika kami sampai di hadapan pintu masjid, ada seorang lelaki tua (penjaga masjid) melihat kami. kami bertanya untuk masuk dan solat di sini. namun, kami tidak berkesempatan. kenape? haa... sebab awal lagi. waktu asar pun tak masuk lagi. emm... fikir punye fikir, perut pun dah mengeluarkan isyarat. kami ape lagi, mencari kedai halal dan memenuhi ke...