Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Iqra'

Pelukis Jalanan

Tajuk:   Pelukis Jalanan Penulis:   Teme Abdullah Penerbit:  IMAN Publications Genre :  Perkongsian Pengalaman, travelog serta motivasi. Sinopsis dari buku: Kisah si pelukis jalanan. -Dapat biasiswa ke luar negara -Terkandas di A-Level -Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri -Kerja di fast food restaurant untuk servive - Bank account balance = 0.00 -Ditikam belakang oleh rakan sekelas -Sebulan makan nasi+telur+garam -Mula melukis di jalanan -Lukisan mula menempah nama di Instagram -Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan *** "Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku." -Teme Abdullah Ulasan: Teme. Apakah itu? Nama yang pada mulanya amat janggal bagi aku namun setelah membelek mukabuku ( facebook ) milik beliau, aku kagum dengan lukisan-lukisan beliau. Unik dan...

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk:  Saiful Nang. Kisah Orang Menang . Penulis:   Saiful Nang Penerbit:  Puteh Press Genre :  Perkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi. Sinopsis dari buku: Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda. sumber: google Ulasan: Mengisnpirasikan. Ya, s...

DIAgnosis

Imej dari google Tajuk:   DIAgnosis. Penulis:   Dr Anwar Fazal, Dr Aizzat, Dr Azah Penerbit:  DUBOOK Genre :  Perkongsian Pengalaman Seorang Pegawai Perubatan. Sinopsis dari buku: Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu: 1) kaya 2) bergaya 3) 'galmour' 4) Rasa 'superior' Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran. Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa. Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan ...

Ikhwah Pakai Jeans

Tajuk:   Ikhwah Pakai Jeans. Penulis:   Inche G abban a (penulis blog Angel Pakai Gucci). Penerbit:  Ibooks Genre : Motivasi dakwah. Sinopsis dari buku: Buku ini menampilkan koleksi artikel yang telah dimuat naik di blog Angel Pakai Gucci. Pelbagai topik yang telah disentuh oleh penulis antaranya peribadi seorang dai'e, cara-cara menjadi pendakwah yang hebat dan pelbagai lagi. Melalui penulisan yang sangat sempoi ini, penulis juga menyelitkan unsur teguran keras secara yang sangat menarik terhadap para du'at yang bersama-sama memikul amanah dalam berdakwah. "Jarum halus" yang digunakan penulis itu nampaknya berjaya menegur pembaca secara santai dan berkesan. Disamping itu, penulis juga menyelitkan beberapa buah puisi yang diciptakannya sendiri. Puisi yang menaikkan hamasah para pendakwah dan juga rasanya mampu juga menaikkan obor semangat kepada semua yang membacanya. Ulasan: "Wallahi, Inche Gabbana telah membawa nuansa dakwah tarbiyah kep...

Di Mana DIA di Hatiku

Tajuk: Di Mana DIA di Hatiku. Penulis: Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Penerbit: Karya Bestari. Genre: Motivasi dan Pembinaan Rohani Sinopsis dari buku: Kita perlukan Allah lebih daripada kita perlukan udara. Kalau hidup tanpa Allah, apalah guna kita hidup. Hati akan mati, hidup hilang erti. Tanpa-Nya, kita akan hilang arah dan diri sentiasa gelisah. Jiwa akan terasa kosong sekalipun punya nama, rupa dan harta yang melimpah-ruah. Orang yang cintakan Allah akan tenang dengan mengingati-Nya. Orang yang takutkan Allah pasti bergetar hati apabila mendengar ayat-ayat-Nya. Andai cinta dan takut Allah ada dihati, kita seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki dan abadi. 'Di Mana DIA di Hatiku' adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih, ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redha-Nya. Sesungguhnya Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Semoga pe...