imej: google |
Sebenarnya, beberapa hari yang lalu (19/8/2015), aku berkesempatan untuk hadir satu perlawanan bola sepak antara Terengganu dan PDRM di Stadium Sultan Mizan , Gong Badak Kuala Terengganu. Kali pertama menonton perlawanan bola sepak secara langsung di stadium. Teruja. Sudah tentu satu pengalaman yang bagi aku agak menarik.
Sama-sama bersorak apabila ada gol yang dijaringkan, sama-sama menyanyikan lagu negeri dengan penuh bangga dan sama-sama memberi semangat untuk pasukan Terengganu. Rasa aura melihat perlawanan bola sepak yang agak berbeza dan lebih syok.
Namun begitu, mata aku ini kadang kala menjadi tidak sedap untuk memandang beberapa perkara atau gelagat manusia ketika di stadium tersebut. Pertamanya aku agak kecewa dengan sikap segelintir masyarakat kita yang langsung tidak menitik beratkan mengenai hal kebersihan. Sisa makanan dibiarnya begitu sahaja. Kulit kuaci dibiarkan bersepah di tempat duduk selepas asyik mengunyah kuaci sambil layan bola sepak. Adusss... sedih!
Selain itu, menonton bola ini sangat menguji akhlak dan adab kita. Mana tak nya. Jika bola tak masuk dalam gol, macam-macam perkataan keluar dari mulut ini. Tambahan pula, jika pengadil buat keputusan yang berat sebelah, bersempur kata-kata maki hamun terpancul dari mulut kita. Nak diburukkan lagi keadaan, ada segelintir yang melontar objek-objek kearah padang justeru akan mengakibatkan keadaan yang kotor dan bersepah! Kalau silap hari bulan, mungkin ada kecederaan dan sesuatu yang tak diingini berlaku. minta jauh.
Selain itu, menonton bola ini sangat menguji akhlak dan adab kita. Mana tak nya. Jika bola tak masuk dalam gol, macam-macam perkataan keluar dari mulut ini. Tambahan pula, jika pengadil buat keputusan yang berat sebelah, bersempur kata-kata maki hamun terpancul dari mulut kita. Nak diburukkan lagi keadaan, ada segelintir yang melontar objek-objek kearah padang justeru akan mengakibatkan keadaan yang kotor dan bersepah! Kalau silap hari bulan, mungkin ada kecederaan dan sesuatu yang tak diingini berlaku. minta jauh.
Ahhh… Jangan anda semua salah anggap. Aku bukan ingin ‘mengutuk’
orang sendiri dan bukan juga aku nak kata tiada yang baik serta positif
langsung. Perkara ini semua juga satu muhasabah untuk diri aku ini sebagai
salah seorang warga tempatan yang cintakan kebersihan dan juga semangat
kesukanan. Sama-sama kita pertingkatkan
perkara-perkara yang agak kurang memuaskan ini. Ayuh!
imej: google |
Tambahan pula, baru-baru ini aku cukup kagum dengan satu
gambar yang menjadi ‘viral’ di internet mengenai penyokong JDT yang mengutip
sampah selepas tamat perlawanan. Satu ‘attitude’ yang sangat dan patut
dicontohi serta diamalkan oleh semua peminat bola sepak tempatan. Nah, ada yang positif kan. Bravo!
imej: google |
Di samping itu juga, aku juga harus memberi ‘credit’ kepada
peminat bola sepak tempatan kerana boleh beratur dan mengikut giliran untuk
memasuki stadium. Tiada lagi berebut-rebut untuk memasuki stadium. Tahniah! Perkara ini harus menjadi budaya yang berterusan
agar kita mampu melahirkan warga yang tinggi sivik nya dan semuanya menjadi lancar
serta tenteram.
Natijahnya, aku berharap kita semua mampu meningkatkan lagi mentaliti serta kesedaran sivik kita sebagai warga negara yang bertanggungjawab terhadap negara kita ini.
Semoga mutu sukan dinegara kita semakin menjulang tinggi seiring dengan adab
dan akhlak peminat sukan di Malaysia. Insha Allah. Majulah sukan untuk negara.
#sehatisejiwa
carian: Negeri bersih rakyat sihat, bola sepak, bersih, terengganu terbersih.
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan