Pejam celik pejam celik, ramadhan tahun ini kembali lagi. Allah, terasa begitu cepat masa berlalu, begitu pantas waktu bergerak. Adakah 11 bulan selepas kita menjalani madrasah ramadhan tahun lalu telah membentuk diri kita menjadi individu muslim yang lebih baik? Atau kita kembali kepada insan yang sama sahaja seperti sebelumnya? Satu perkara yang sering terjadi ketika waktu ramadhan adalah ramai diantara kita cuba 'pulun' sebanyak mungkin amal ibadah secara membuta tuli. Disini, bukanlah ingin mengatakan bahawa perkara itu tidak sihat, malah itu sesuatu yang sangat baik JIKA berlandaskan kefahaman dan ilmu! Benar, dalam bulan ramadhan ini, segala amal kita dilipat gandakan dan diberi ganjaran yg sangat besar. Malam al Qadar (lailatul qadar) contohnya menjanjikan kita malam yang lebih baik dari seribu (1,000) bulan! MasyaAllah, bukankah ianya satu ganjaran yang amat besar hanya buat ummat Muhammad SAW ini?yy Firman Allah dalam surah al-Qadr: ...
Mengejar Cita Demi Pencipta