**artikel ini ditulis oleh saya untuk blog AZAM Russia ***** “Ok, hari ni siapa mahu berkongsi rasa tentang ayat-ayat yang telah kita tilawah sebentar tadi?” ungkap murabbiku setelah selesai membaca terjemahan ayat al-Quran surah al-An’am bermula ayat 152 sehingga 165. Itu adalah rutin mingguan kami, bahkan sesi yang akan sentiasa dirindui dan dinantikan oleh kami semua. Duduk sebentar dan beriman sejenak. Pada ‘bulatan gembira’ (baca: usrah) inilah kami berukhuwah sampai diabetes mellitus, bermuhasabah sampai menjentik hati sanubari dan saling menasihati tanda cinta akan saudaranya. Krikkk...krikk…. Entah mana datang bunyi cengkerik ditengah kota Metropolitan Mosko ini. Hairan. Seperti biasa, semuanya diam, tersipu malu untuk mengeluarkan mutiara kata dari jiwa mereka termasuk juga aku. Masing-masing khusyuk melihat mushaf al-Quran walaupun pada hakikatnya tunduk kerana tidak mahu dipanggil oleh si murabbi. Kadang kala saling bertentang mata sesama ahli usrah da...
Mengejar Cita Demi Pencipta