Ada satu masa tu, sambil aku scroll muka buku (baca = Facebook), tetiba aku lihat satu video. Video kecurian di salah sebuah masjid di Malaysia. Oh, ya. kenapa aku cerita mengenai kes kecurian wang masjid di malaysia? sebab ada satu kisah yang menarik yang aku perolehi ketika aku berjaulah di bum Dubai. Nak dijadikan cerita, hotel (Emirates Concorde Hotel) yang aku menginap itu hampir dengan sebuah masjid. Bukan masjid yang terkenal pun. Cuma masjid macam biasa di Malaysia namun ianya agak cantik dan baru. Kawasan itu kalau tak silap aku di Daerah Deira, Dubai. Nama masjid aku tak ingat. Nak dijadikan cerita, selepas kami check out dari hotel tersebut, kami mengambil keputusan untuk solat zohor (jamak dan qasar Asar terus) di masjid tersebut. jadinya, kami memasuki kawasan masjid dan menuju ke tempat wuduk. Kami teragak-agak untuk meninggalkan barang-barang kami. Ya lah, macam-macam ada dalam beg tu. Tiba-tiba datang seorang pak cik menegur kami, "You just can put your st...
Mengejar Cita Demi Pencipta