Skip to main content

Saiful Nang | Kisah Orang Menang

Tajuk: Saiful Nang. Kisah Orang Menang.
Penulis: Saiful Nang
Penerbit: Puteh Press
GenrePerkongsian Pengalaman dan Idea. Motivasi.


Sinopsis dari buku:

Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low-profile, anda sebenarnya SELFISH. Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih mencari-cari jalan. Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya dari anda sendiri walaupun anda digelar "bongkak dan berlagak". Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauhkan diri apabila ada yang bertanya kepada anda.

Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular di kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah Maha Adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda.

sumber: google


Ulasan:

Mengisnpirasikan. Ya, sebuah buku yang bagi aku sangat mengujakan serta sangat menarik untuk dihadam. Buku yang sarat dengan pengisian yang sempoi dan gambar-gambar yang menarik menambahkan lagi keterujaan aku untuk menghabiskan buku ini. Walau ia nampak tebal, namun aku menjadi ralit dan tidak boleh lekang dari buku ini.

Penulis menceritakan pengalamannya yang berasal dari seorang yang lemah dan miskin, sehinggalah menjadi seorang jutawan fotografi. Walaupun bidang aku (perubatan) agak jauh dari beliau, Namun, inti serta isi pengalaman beliau boleh dijadikan pembakar semangat dalam menjalani liku-liku kehidupan.

Dari pengalaman berniaga di sekolah, sehinggalah pengalaman membina serta membentuk rumah tangganya secara tersendiri. Aku amat tertarik bagaimana beliau bangkit dari ruang lingkup kemiskinan berbekalkan kekuatan jiwa yang utuh serta pengalaman yang bernilai, beliau mampu berjaya sehingga hari ini. Hebat dan menginspirasikan.

sumber: google

Selain itu, aku amat teruja membaca bagaimana cara beliau mendidik anak-anaknya, Orked serta adik-adik. Lain dari kebanyakan kita lakukan. Membentuk anak-anak dari awal untuk bersikap rendah diri dan "learn from the bottom" begitu membuatkan aku untuk menjadikan anak-anak aku pada masa hadapan untuk lebih menghargai insan sekeliling.

Alhamdulillah, kerana Allah gerakkan untuk membaca buku hebat ini. Buat penulis, Jazakallha Khairan Katheera atas usaha mantap anda! Moga terus menginspirasikan UMMAH!




Comments

Popular posts from this blog

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Bila tiba masanya Ehhhhh, bila tiba masanya? Huhu... nak berubah pun kene tunggu masa yang sesuai kah? Allahu robbi. Sayang la macam tu bro. Semakin lama kita menangguhkan harapan dan nawaitu kita untuk berubah, semakin jatuh semangat untuk kita berubah. Kadang kala mungkin kita berasa malas atau kecewa untuk melakukan transformasi diri itu. Mana tak nya. Hari demi hari kita akan menempuh pelbagai episod hidup yang kadang kala mematikan segala harapan murni kita. Ohhhh...  nauzubillah... Hidayah perlu dicari Bak kata orang, hidayah itu perlu dicari, digali dan diterokai. Ayuh, kita lihat contoh mereka di negara barat yang sudah memeluk islam (baca = kembali kepada fitrah). Contohnya Yusof Islam, Muhammad Ali dan ramai lagi. Kebanyakkan mereka sangat rajin mengkaji dan mencari kebenaran. Mereka sanggup meng'infak'kan masa mereka demi mencari sebuah sinar kebenaran, iaitu islam. Dan alhamdulillah. Akhirnya Allah memberi hidayah kepada mereka. Ingatlah, hidayah itu tida...