Teringat kata-kata salah seorang guru sejarahku ketika dibangku sekolah menengah, "korang sepatutnya dah mula berdoa untuk cari isteri yang baik agamanya. Cantik itu bonus yang penting hati. Takkan nak kahwin esok baru nak doa hari ini. Kena doa dari awal". Kalau tak silap aku, ketika ini aku ditingkatan 3.
Ditambah pula kata-kata ustazah aku, "selalu la sedekahkan al-fatihah untuk jodoh kita, minta agar dijodohkan dengan yang terbaik".
Perkara yang signifikan daripada ungkapan 'emas' itu adalah PERSIAPAN KENDIRI kita membina sebuah 'masjid' yang terkandung didalamnya sakinah, mawadah dan rahmah. Sebelum aku terima nikahnya dilafazkan, persiapan diri kita amatlah penting dan utama kerana perkara ini bukan sesuatu yang main-main. Bagi aku, perkahwinan impian adalah perkahwinan yang kekal selamanya sehingga ke syurga. Kita harus menjadikan 'tummuhat' perkahwinan itu adalah syurga! Amin.
Banyak aspek perlu dipersiapsiagakan sebelum menggenggam tangan ayah mertua atau tok kadi untuk ijab dan kabul. Dari aspek kewangan, mental sehinggalah aspek ilmu pengetahuan. Bagi seorang lelaki, perkahwinan itu akan menjadikan mereka murabbi yang akan membimbing isterinya serta keluarga untuk sama-sama berpimpin tangan ke syurga kelak. Besar amanah itu.
1) Yang paling utama, kembalikanlah segala cinta dan doa itu kepada Allah. Kuatkanlah simpulan ikatan kita dengan Tuhan yang Maha kuasa, Pemilik segala Cinta. Kerana pernikahan itu memerlukan keberkatan dari-Nya.
2) Luruskan kembali niat pernikahan itu kerana Allah. Bukan kerana cantiknya wanita itu atau kerana kawan-kawan yang lain dah selamat diijab kabulkan. Kerana, setiap perkara yang dibuat lillahi ta'ala ada barakahnya, insha Allah.
3) Perbanyakkan ibadah dan biarkannya konsisten. Doa, istikarah, dhuha, tahajud dan sebagainya. Kerana dengan amalan ini insha Allah akan menguatkan lagi simpulan tali cinta yang ingin kita bina itu kelak. *Disamping meningkatkan kualiti amalan wajib.
4) Ilmu. Ilmu adalah pokok kepada segala perkara ranting. Dengan ilmu, insha Allah kita mampu menjadi murabbi yang baik kepada keluarga. Hadirkan diri dengan majlis ilmu, tingkatkan bahan bacaan dan sebagainya.
5) Rancang kewangan. Marcapada ini segala-galanya memerlukan duit. Justeru, elok rasanya kita memperkemaskan kewangan kita agar segalanya mampu terlaksana dengan lancar. *Tetapi, jangan lupa, dengan izin Allah jua ia dapat terlaksana.
6) Plan kehidupan. Bak kata naqib aku, lakarkanlah apa yang ingin kita capai dan perancangan kita untuk masa depan. Dengan itu, insha Allah kita mampu melihat dengan jelas 'tummuhat' yang telah kita patri itu.
7) Hablun minannas. Hubungan dengan manusia. Keluarga kita adalah yang utama. Jaga hubungan dengan mereka serta mereka disekeliling kita. Kerana sokongan, restu dan doa dari mereka insha Allah akan menjamin kelangsungan pernikahan kita hingga ke syurga. Amin.
8) Tak dilupakan persediaan mental dan fizikal juga. Mentaliti hidup bujang harus diganti kerana selepas ini kehidupan itu akan berbeza. Akan menjadi nakhoda sebuah bahtera perkahwinan yang memerlukan ketahanan mental serta fizikal yang baik.
Perkataan yang tertaip diatas mungkin ada yang terlebih atau terkurang. Atas diri anda untuk menilainya. Ianya satu perkongsian rasa dari insan yang sedang mempersiapkan diri juga bagi menghadapi pertukaran status yang lain. Masanya bila? Allahu'alam. Yang penting persiapan sebelum pelayaran bahtera suci itu.
Pernikahan itu bukan sekadar pengikat dua jiwa, tetapi dua buah keluarga. Pernikahan juga bererti pembinaan sebuah 'usrah' kita yang asli. Rukunnya tetap sama: taaruf, tafahum dan takaful. Dalam usrah ini, suami itu murabbi. Binalah tsiqah dari isteri dan anak-anak terhadap diri kita. Tanpa tsiqah tiadalah ketaatan dari mereka terhadap kita, tiadalah pula tarbiyah yang terbaik buat mereka. Itulah punca keruntuhan, perbalahan dan berburuk sangka yang akhirnya membawa kemusnahan sebuah ikatan yang terbina.
Mendambakan Bahtera Sakinah, Mawadah dan Rahmah
Glossari
Signifikan : penting, bermakna
Sakinah : ketenangan
Mawadah : cinta
Rahmah : kasih sayang
Tummuhat : impian,obsesi
Murabbi : pembimbing
Patri : melekatkan
Usrah : keluarga
Taaruf : berkenalan
Tafahum : kesefahaman
Takaful : tolong-menolong
Tsiqah : kepercayaan
Tarbiyah : bimbingan
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan