“Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengertaknya, tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Qur’an.” Atau sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sesuai. Setelah itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 2/133, no. 429)
[pengajaran] Hadis ini menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam menangani orang yang jahil. Iaitu dengan cara lemah-lembut dan tidak berlaku kasar. Walaupun kencing di masjid adalah suatu kesalahan dan termasuk perbuatan membuat kekotoran di masjid, tetapi Rasulullah tidak segera memarahi pelakunya atas beberapa kemaslahatan dan sebab-sebab tertentu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menasihati dan menunjukkan contoh yang tepat kepada para sahabatnya dalam menghadapi karenah orang-orang jahil.
* * * * *
[pengajaran] Hadis ini menunjukkan akhlak dan kebijaksanaan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam menangani orang yang jahil. Iaitu dengan cara lemah-lembut dan tidak berlaku kasar. Walaupun kencing di masjid adalah suatu kesalahan dan termasuk perbuatan membuat kekotoran di masjid, tetapi Rasulullah tidak segera memarahi pelakunya atas beberapa kemaslahatan dan sebab-sebab tertentu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menasihati dan menunjukkan contoh yang tepat kepada para sahabatnya dalam menghadapi karenah orang-orang jahil.
* * * * *
Membelek sirah nabawi ini, pelbagai mutiara pengajaran dan tauladan mampu kita kutip sebagai cerminan diri serta bekalan kehidupan dihari muka. Sungguh indah akhlak junjungan Nabi kita, Muhammad SAW. Melihat arab badwi yang kencing didalam masjid Nabi, Baginda tidak cepat melatah dan menghukum. Sebaliknya Baginda dengan lemah lembut bertanya dan menerangkan akan hal yang sebenar.
Lain ceritanya dengan sahabat yang lain yang sangat marah dengan tindakan arab badwi tersebut. Bukan bermaksud ingin memperkecilkan sahabat, namun inilah aturan Allah mengcorak kisah inj agar manusia dikemudian hari mampu mengambil pengajaran dari tindakan mereka itu. Rasulullah melarang sahabat daripada menghukum arab badwi tersebut, sebaliknya Baginda menerangkan dengan penuh berhikmah bahawa tempat ini adalah masjid, tempat untuk beribadah. Nasihat dan bertanya, bukan untuk terus menghukum. Bukan sengaja arab badwi itu membuang air didalam kawasan masjid, tetapi kerana ketidaktahuannya.
Begitulah dalam kehidupan kita dalam masyarakat yang berbilang bukan sahaja agama dan bangsa, tetapi kefahaman terhadap islam itu sendiri. Melihat sesuatu perkara yang aneh dan bertentangan dengan nilai islam, jangan kita cepat melatah dan menghukum seseorang itu dengan nafsu amarah kita. Boleh jadi kerana mereka tidak tahu serta arif terhadap agama atau waqi' setempat yang agak sensitif terhadap sesuatu isu.
Ingatkah kita bahawa ada peristiwa yang telah menggemparkan kita suatu ketika dahulu dimana ada seorang mak cik berbangsa cina telah memakai baju bercorakkan ayat al-Quran? Peristiwa ini telah membuka mata aku untuk bersikap menyelidik dahulu daripada terus menghukum. Banyak media terutamanya media sosial yang terus menghentam mak cik tersebut. Dimanakah akhlak kita sebagai seorang muslim? Boleh jadi mak cik tersebut tidak tahu akan perkara itu adalah salah. Boleh jadi juga mak cik tersebut menganggap dengan perbuatan demikian boleh membanggakan umat islam. Tetapi pada hakikatnya perkara itu adalah salah.
Tugas kita sebagai duta dan ikon islam yang selama ini asyik melaungkan inginkan negara islam, hukum hudud dan sebagainya. haruslah memainkan peranan bagi menyelidik terlebih dahulu dan memberi penjelasan yang sewajarnya, bukan terus menghukum, memaki, memarah serta mengajak masyarakat mengeji perkara tersebut. Islam mengajar kita untuk bertindak dengan betul dan berhikmah.
Ingat, bertindaklah dengan hikmah dan waras dalam setiap perkara terutamanya dalam berdakwah. Kerana perbuatan kita itu sentiasa diperhatikan kerana 'dakwah bil hal' adalah metod dakwah yang sangat berkesan.
Hikmah bukan amarah.
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan