Ada satu masa tu, sambil aku scroll muka buku (baca = Facebook), tetiba aku lihat satu video. Video kecurian di salah sebuah masjid di Malaysia. Oh, ya. kenapa aku cerita mengenai kes kecurian wang masjid di malaysia? sebab ada satu kisah yang menarik yang aku perolehi ketika aku berjaulah di bum Dubai.
Nak dijadikan cerita, hotel (Emirates Concorde Hotel) yang aku menginap itu hampir dengan sebuah masjid. Bukan masjid yang terkenal pun. Cuma masjid macam biasa di Malaysia namun ianya agak cantik dan baru. Kawasan itu kalau tak silap aku di Daerah Deira, Dubai. Nama masjid aku tak ingat.
Nak dijadikan cerita, selepas kami check out dari hotel tersebut, kami mengambil keputusan untuk solat zohor (jamak dan qasar Asar terus) di masjid tersebut. jadinya, kami memasuki kawasan masjid dan menuju ke tempat wuduk. Kami teragak-agak untuk meninggalkan barang-barang kami. Ya lah, macam-macam ada dalam beg tu.
Tiba-tiba datang seorang pak cik menegur kami, "You just can put your stuff here, this is Dubai," lebih kurang macam ni la kata pak cik tu. Aku melihat dirinya. Memakai coat hitam lengkap bertali leher. Dalam fikiran aku, dia ni bukan calang-calang orang. Mungkin seorang boss kot. Huhu. Kami pun terus meninggalkan beg dan pergi ke arah tempat mengambil wuduk.
Apa yang menarik perhatian aku, ungkapan "This is Dubai". Ada apa dengan Dubai? Adakah dubai tiada pencuri? Wallahu'alam. Mungkin juga keadaan ini benar. Apabila rasa keberadaan Allah sentiasa disisi, mereka jadi amanah dan bertanggungjawab dengan apa yang ada di sekeliling mereka. Atau mungkin pendapatan mereka yang cukup membuatkan mereka tidak meminta-minta. Itu hipothesis aku. Boleh jadi betul, boleh jadi salah kan.
Tetapi perkara itu benar-benar membuatkan diri aku insaf. Jika benar kita merasa Allah bersama kita, kita tak akan buat perkara yang Allah tegah. Benar bukan? Tambahan pula, isu pendapatan isi rumah atau kos sara hidup di sini yang bagi aku adalah mencukupi buat mereka. Susah nak tengok orang meminta sedekah di sini. Atau aku masih lagi tak terserempak dengan mereka. Wallahu'alam.

Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan