suasana solat sunat aidilfitri di salah sebuah masjid di Moscow. sumber: google |
“Sementara
itu, di Mosko Rusia lebih 60 000 umat agama islam membanjiri Masjid Sabornaya
bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri....”
Aku
terus menoleh ke kaca TV. Telinga aku begitu tajam apabila mendengar perkataan
‘Mosko Rusia’ yang disampaikan oleh pemberita salah sebuah stesen televisyen
tempatan tersebut. Entah mengapa aku amat sensitif apabila disebut perkataan
itu, mungkin kerana aku sedang belajar di sina atau mungkin pengalaman di sana
yang membuatkan aku begitu dekat dengan negara bekas jajahan komunis itu.
“Ramainya
orang. Sampai melimpah kat jalan raya,” ujar ayah aku.
“Ya ayah.
Mursyid pernah lihat sendiri dengan mata kepala Mursyid ni. Memang rasa teruja
bila solat bersama mereka,” balas aku.
Tiba-tiba
fikiran aku terbang tinggi hingga ke Kota Metropolitan Mosko. Aku mengimbau
kembali apa yang aku lihat dan rasai disana.
Pertama
kali aku menjejakkan kaki ke sana, pelbagai perasaan bercampur baur. Sedih
meninggalkan keluarga di tanah air, gembira dapat melihat negara orang dan
takut. Takut bukan kerana akan dirompak atau sebagainya, yang ini aku serahkan
bulat-bulat kebergantungan aku pada Yang Maha Kuasa. Takut aku pada diri
sendiri. Entah, bolehkan aku ‘survive’
untuk hidup dalam sebuah negara yang masih lagi berfikiran komunis, tambahan
pula isu islamophobia yang kuat di eropah ketika ini.
“Allah, aku
ingin mengenal cinta-Mu,” bisik hati kecilku.
* * *
Alhamdulillah,
kelas hari ini habis awal. Subjek Neurology yang diajar oleh Profesor Dasha
Gromova amat memenatkan minda dan tubuh badan aku. Susah? Sudah tentu kerana
ilmu Allah itu Maha Hebat lebih-lebih lagi kita sedang mengkaji satu susuk yang
dikatakan sebaik-baik kejadian. Sudah tentu memerlukan kesungguhkan dan minat
yang tinggi.Maka, amat benarlah firman Allah didalam surah At-tin, ayat 3:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam
bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)”
Seusai
kelas tersebut, aku mengambil langkah bersama sahabat baik aku, Hakimi untuk ke
masjid yang bagi aku sangat indah dan agak baru, Masjid Memorial. Tempatnya
agak unik dan menarik kerana terletak di belakang sebuah tugu atau kawasan
untuk memperingati peristiwa perang dunia yang ke-2.
Sedangkan
kawan perempuan sekelas dengan aku ada yang mengambil peluang untuk balik serta
berehat di rumah dan ada juga yang pergi ke kedai halal untuk mengisi perut
yang sudah lama berkeroncong. Alhamdulillah, semenjak aku berada di Mosko ini,
aku melihat semakin banyak kedai halal yang tumbuh bak cendawan. Peningkatan
yang agak memberangsangkan ini mungkin sekali faktor utamanya adalah pemintaan
yang tinggi. Ya lah, mana mungkin jika sesuatu perniagaan itu tidak mendapat
sambutan akan tumbuh melata.
‘Sleduyushchaya stantsiya, Park Pobedy’
(Stesen berikutnya, Park Pobedy)
“Jom, Hakimi.
Kita dah sampai,” ujar diriku.
Menaiki
kereta api bawah tanah, atau di sini lebih dikenali sebagai Metro adalah rutin
bagi kami. Ini lah pengangkutan yang menghubungkan kawasan diseluruh Moscow dan
apa yang membuatkan aku cukup kagum dengan teknologi Metro ini adalah
kecekapannya. Mana kan tidak, mempunyai 196 buah stesen, 12 jalur laluan dan
yang paling hebat adalah setiap 30 saat satu kereta api akan sampai. Hebat,
bukan?
Moscow Metro. sumber: google |
Kami
berjalan menuju ke masjid sambil melalui sebuah dataran yang sangat bersejarah.
Ala-ala tugu negara di Malaysia. Di kiri dan kanan dihiasi pokok-pokok maple
yang bertukar warna menjadi merah kekuningan. Kalau waktu musim luruh ni,
memang sangat, subhanallah. Hebat ciptaan Allah.
Park Pobedy (taman kemenangan). sumber: google |
Jam
menunjukkan pukul 12 tengah hari.
“uhh, masih
awal. Satu jam lagi baru masuk waktu zohor. Tetapi masjid dah penuh,” Gertus
hati kecil aku ini. Sangat kagum dengan islam yang diamalkan di sini.
Melangkah
kaki memasuki ruang solat masjid di bahagian bawah tanah. Mencari sudut yang
terbaik, lantas kami terus menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid. Sementara
menunggu waktu solat jumaat, imam di sana menyampaikan tazkirah sepenuhnya
dalam bahasa kebanggaan mereka, Bahasa Rusia. Walaupun aku tidak faham seratus
peratus, tetapi ada juga beberapa perkara yang aku boleh agak.
Khatib
mula membaca khutbah secara bersahaja dan tidak menggunakan teks. Khutbahnya
yang padat, ringkas dan cepat memudahkan jemaah yang mempunyai hal selepas itu.
Al maklumlah, di luar masjid sana, sangat ramai jemaah yang duduk didalam saff sehunggakan
beberaba batang jalan raya terpaksa ditutup. Mungkin kerana itu khatib
memendekkan bacaan khutbah agar tidak mahu sebarang tanggapan negatif masyrakat
setempat tentang ‘perhimpuan mingguan’ ini.
Jemaah
semakin ramai mengambil tempat. Ruang solat di dalam masjid sangat penuh. Duduk
pun berhimpit-himpit dan sangat sempit. Pernah satu ketika, aku ditarik oleh
salah seorang jemaah dek kerana jarak antara aku dan dia hanya dalam setengah
jengkal tetapi tidak bersentuhan. Begitu mereka menitik beratkan kesempurnaan
saff. Kagum. Lain suasananya di Malaysia. Saff pun tidak penuh, tambahan lagi
jarak antara jemaah pun agak luas. Bukankah saff yang betul dan lurus itu sebahagian dari kesempurnaan solat? Terfikir.
Masjid Memorial, Moscow. Sumber: google |
* * * *
“Eh, Fahmi.
Kau perasan tak semakin ramai wanita Rusia bertudung?” tiba-tiba satu soalan
melantun dari lidah aku.
“Ya la. Aku
pun perasan juga. Semenjak kita datang sini empat tahun lalu, makin ramai aku
tengok ‘awek ruski’ memakai tudung. Tambahan pula dah banyak kedai halal yang dibuka.”
Balas Fahmi sambil memakan shaurma
ayam kegemaran kami.
Kami
meneruskan bersembang sambil menikmati shaurma
ayam yang menjadi rutin kami tatkala kelaparan ketika di kampus. Melihat akan
perubahan ini, aku merenung jauh. Betapa cahaya islam itu mula bersinar di bumi
soviet ini. Alhamdulillah.
Menurut
senior aku, jika dahulu mereka ingin mendapatkan bahan mentah halal amat susah.
Apatah lagi kedai atau restauran halal. Kini, semuanya senang. Pergi sahaja pasaraya
Auchan, semua barang ada. Dari ayam halal sehinggalah lidah lembu atau daging
kuda yang halal. Semuanya mudah dan senang untuk dicari. Apa lagi alasan kita
untuk tidak memilih yang halal, bukan?
"Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi
baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu
mengikuti langkah-langkah syaitan; Kerana Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
yang nyata bagimu" (Surah al-Baqarah, 2:168).
* * * *
“Ayah, nak
tahu tak kat sana Mursyid pernah solat sambil hujan di atas jalan raya. Waktu
tu solat jumaat. Mursyid dan kawan serumah datang lewat. Terpaksa la solat
diatas jalan raya. Memang sesak dan ramai orang. Sehinggakan ada polis yang
menjaga kami,” aku memulakan perbualan setelah melihat kembali kisah solat
sunat Aidilfitri di Mosko di dalam akhbar.
“Allahu Akbar!
Ramai orang islam kat sana,” sampuk ibu aku sambil membawa juadah raya.
“Ya bu. Kadang
kala kita tak tahu mereka ini islam sehinggakan kita jumpa dengan mereka
ataupun mereka sendiri yang memberitahu,” balas aku kembali.
Melihat
suasana di Mosko membuatkan aku terharu mengenangkan nasib mereka. Berada di
negara yang bukan islam dan masih islam dipandang sinis lagi bukan sesuatu yang
mudah bagi mereka. Namun, mereka cukup tabah dan kuat. Mereka memahami islam
dengan mendalam kerana islam itu adalah kehendak serta pilihan yang mereka buat
atas dasar mereka benar-benar meyakini islam itu adalah kehidupan. Bukan islam warisan seperti kita. Oleh itu, sudah
pasti mereka menganut dengan hati dan jiwa mereka. Malu kita yang dilahirkan
terus menjadi islam. Sejauh manakah islam sebagai cara hidup kita?
Aku menguak
tingkap dan memandang jauh ke arah sawah padi yang terbentang luas. Menghijau
menyejukan mata yang memandang, menenangkan hati yang gusar. Aku berfikir,
benarlah disebalik Kota Soviet ini, aku menemui cinta-Nya yang hakiki. Terima
kasih Allah.
p/s: Cerpen ini aku hasilkan untuk karya PPIM Moscow.
carian:
carian:
kehidupan di Mosko
Moscow Russia
Islam di Russia
Makanan Halal
Pelajar perubatan
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan