Skip to main content

Cabaran bakul ais

Heboh dan menjadi ikutan diserata dunia. Masing-masing ingin menyahut cabara bakul ais ini. Entah kenapa bagi aku perkara ini hanya satu perkara yang sia-sia dan erkkk... Tak tahu macam mana nak terjemahkan perasaan aku terhadap cabaran ini. Hurmm. Buang masa, buang duit. Membazir!


Sedikit penerangan bagi sesiapa yang terfikir apa kejadah cabaran bakul ais ini sampai juling mata itu dibuatnya. Ok, bismillah. Sebenarnya 'cabaran bakul ais' ini atau nama fofularnya "Ice Bucket Challenge" dibuat atas kesedaran dan solidariti terhadap pesakit-pesakit saraf atau ALS. Senang cerita sebagai satu kempen untuk mewujudkan kesedaran kepada awam mengenai penyakit ini. 

Dikatakan kesan kesejukkan yang dialami oleh 'pemain' cabaran ini seakan seperti apa yang dirasakan oleh para pesakit ALS tersebut. Tapi, ALS tu apakah? Ok, jom kita baca sedikit fakta mengenai ALS ini.

ALS (amyotrophic lateral sclerosis) adalah salah satu jenis penyakit yang tergolong dalam penyakit saraf motor  atau Motor Neuron Disease (MND). Penyakit ini disebabkan pengerasan (menjadi tak berfungsi) otot yang disebabkan oleh kerana otot tak menerima input bekalan untuk hidup dan tumbuh. Tokoh yang terkenal seperti Stephen Hawking juga merupakan salah seorang pengidap ALS.

Ada faham? Alhamdulillah. 

AIR DAN PEMBAZIRAN
Bagi aku yang juga seorang pelajar perubatan yang masih lagi bertatih dan dahagakan ilmu perubatan, aku rasa tak perlu sampai nak buat semua ini. Ia satu pembaziran air walaupun hanya sebakul sahaja. Tetapi, sebakul itu mampu mengukir senyuman dan merembes kilang air mata kesyukuran bagi saudara kita di Somalia, Gaza dan sebagainya yang sangat mendambakan bekalan air bersih.


Dah terlanjur bercakap tentang pembaziran air, disini aku nak ingatkan diri aku yang lemah ini serta anda dan anda yang tengah makan keropok tu, agar jimatkanlah penggunaan air terutama ketika mengambil wuduk. Allah, malu la kita orang islam tetapi tidak mempraktikkan apa yang islam gariskan. Tak percaya cuba ke tempat wuduk di masjid atau kat mana-mana dan perhatikan. Ramai yang mengambil wuduk dengan penggunaan air yang sangat banyak sampai lecun satu badan. Adakah Nabi mengajar kita seperti itu? Tepuk dada tanya iman.

KEMPEN ATAU SUKA SUKI?
Berbalik mengenai kempen 'ice bucket challenge' ini, timbul persoalan dikotak fikiran aku ini berjayakahnkempen kesedaran tersebut? Adakah ianya hanya sekadar satu trend, suka suki, gelak tawa yang tidak langsung menimbulkan kesedaran atau hanya mahu fofular? Pening sudah.

Rasanya objektif itu sudah mantop tetapi caranya agak pelik dan tidak sesuai. Mungkin kita boleh lakukan dengan cara lain yang lebih berkesan, tiada pembaziran dan sebagainya. Mengutarakan masalah tanpa penyelesaian bukan tujuan aku. Disini ada beberapa cadangan dari manusia yang lemah seperti aku ini:

1) Terbitkan iklan/filem pendek/dokumentasi mengenai penyakit ALS.
2) Kempen dilaman sosial yang bagi aku lebih murah, menjimatkan masa dan tahap ketersampaian yang sangat tinggi.
3) Tabung untuk pesakit

KESIMPULAN
Alhamdulillah, bagi aku usaha yang dijalankan ini amat dan cukup baik sekali. Sungguh mulia niat mereka menjalankan kempen ini bagi menimbulkan kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakit ALS. Namun, sedikit sebanyak ianya ada ruang untuk diperbaiki. Semoga tahap 'awareness' yang subur dalam masyarakat kita diteruskan untuk segenap aspek dan isu.


Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman...