Gajah di hadapan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak pula.
Peribahasa itu ditujukan kepada semua masyarakat terutamanya pihak berkuasa agama dan mereka yang terbabit dalam pencegahan maksiat di 'Negara Islam' Malaysia. Bukan niat dihati ingin memperlekehkan serta mempertikai tugas dan amanah yang dilakukan oleh pihak-pihak tersebut tetapi sebagai ahli masyarakat marheen yang sudah pedih mata melihat perkara mungkar yang semakin hari semakin menjadi.
Pernah ada kes pegawai pencegahan maksiat mengejar pelaku maksiat sehingga melibatkan kematian pelaku tersebut. Pernah ada juga kes serbuan terhadap pasangan yang telah berkahwin oleh pegawai pencegahan maksiat. Kedua-dua kes ini untuk pengetahuan umum dilakukan oleh pelaku maksiat secara tertutup dan sembunyi tanpa penampakkan dihadapan khalayak ramai. Bukan ingin memperlekeh kerja dan kewibawaan pegawai-pegawai tersebut, tetapi ingin menimbulkan beberapa persoalan terhadap organisasi-organisasi terbabit.
Kenapa mereka yang melakukan maksiat secara tertutup ditangkap dan diserbu sedangkan pelaku maksiat secara terang-terangan masih bebas seronok melakukan maksiat? Kenapa tidak ditangkap dan dihukum mereka yang melakukan maksiat secara terbuka itu sedangkan mereka yang melakukan maksiat secara tertutup ini sekurang-kurangnya masih memiliki sifat malu terhadap komuniti? Yang bermaksiat secara terang-terangan itu sudah hilang etika dan norma-norma ketimuran bahkan hilang akhlak islam itu sendiri. Bukan ingin mempertahankan atau menggalakkan pengzinaan yang tertutup itu, tetapi ingin menyatakan bahawa yang paling utama untuk ditangkap adalah mereka yang melakukan maksiat secara terbuka kerana mereka mampu mempengaruhi serta merosakkan masyarakat yang lain juga.
Perihal mereka yang melakukan maksiat secara tertutup adalah urusan mereka dengan Allah. Kita tidak mampu menghakimi mereka kerana mereka sekurang-kurangnya masih takut dan malu. Yang jelas terpampang di muka akhbar, majalah dan kaca televisyen malah dihadapan mata kita secara sangat terbuka itu sepatutny perlu 'dikejar' dahulu oleh pihak yang berwajib dan juga masyarakat yang sedar akan 'amar makruf nahi mungkar'. Golongan yang tidak tahu malu inilah yang menjadi parasit atau barah dalam masyarakat kita. Jika dibiarkan mungkin akhlak anak muda marcapada ini akan terus tenggelam dan hanyut dibawa arus kejelekan.
Di samping itu, kita sering melaungkan peningkatan gejala sosial dan seumpamanya dalam kalangan komuniti kita pada hari ini tetapi langkah pencegahan dan 'dakwah' itu agak sepi dan agak tidak efisen. Oleh yang demikian, untuk masyarakat yang sedar akan tanggungjawab itu marilah kita sama-sama melakukan apa yang termampu. Berdakwahlah secara berhikmah dan pastikan niat serta cara kita betul, insha Allah. Saranan serta harapan aku kepada pihak berkuasa terutamanya badan pencegahan maksiat, jabatan agama dan lain-lain adalah untuk menumpukkan perhatian kepada perkara-perkara maksiat yang berlaku secara terang-terangan seperti pemakaian dan perlakuan para artis di kaca televisyen, masyarakat yang ber'dating' dan sebagainya. Carilah 'gajah' dihadapan mata kita sebelum mencari 'kuman' di seberang laut.
Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk terus memulih serta merawat masyarakat yang sedang tenat ini. amin. Terima kasih kepada pihak berwajib atas amanah yang telah dilaksanakan sebelum ini dan juga yang akan datang. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang mekarnya syiar islam, insha Allah.
Generasi bebas maksiat!

Imej dari google |

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga mengingatkan, “Sesiapa yang melihat di kalangan kamu suatu kemungkaran, maka tegahlah ia dengan tangannya. Sekiranya tidak mampu, maka tegahlah dengan lisannya (perkataan). Sekiranya tidak mampu, maka tegahlah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, 1/167, no. 70)
Generasi bebas maksiat!
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan