assalamualaikum wrb..
privet, kak dela?? ( hi, how are you_in Russia)
huhu.. pada entry kali ni, tergerak jiwa ini ingin berbicara mengenai kefakiran membawa kepada kekufuran.
pernah terdengar satu kisah benar yang agak mendukacitakan bagi kita penganut umat islam. kisah ini terjadi di salah sebuah negeri di pantai timur malaysia.
di sebuah kampung yang agak terpencil, jauh dari arus pemodenan, tinggal sebuah keluarga yang sangat miskin. kehidupan keluarga ini ibarat makan pagi kais pagi dan makan petang kais petang. kadang kala mereka terpaksa menahan kelaparan dek kerana tidak mempunyai wang untuk membeli wang. jika ada pun makanan, hanyalah nasi yang berlaukkan garam dan gula. tidak pernah menjamah daging lembu, jauh sekali ingin menjamah lauk ayam. jauh berbeza dengan kita yang hampir setiap hari disajikan dengan lauk pauk yang cukup enak lagi lazat.
kehidupan mereka amat daif. tempat berteduh mereka dibawah pondok buruk yang hanya tunggu masa untuk menyembah bumi. kelihatan cahaya matahari banyak menembusi ruang dalam pondok usang itu, menandakan atapnya yang banyak berlubang. jika hendak dibandingkan, tempat berteduh mereka tidak ubah seperti reban ayam. tiada satu perabot pun yang menjadi perhiasan tempat berteduh mereka.
selain itu, anak-anak mereka juga terpaksa melupakan hasrat untuk menerima pelajaran yang sempurna seperti kanak-kanak yang lain. mereka terpaksa bekerja demi menampung perbelanjaan mereka. lebih-lebih lagi bapa mereka menghidap angin ahmar. kehidupan mereka bertambah teruk apabila ibu mereka pula dijangkiti penyakit HIV. begitu besar ujian yang dihadapi mereka sekeluarga. jiwa mereka menjadi tertekan dan iman mereka mulai lemah.
pada suatu hari, datang mubaligh kristian ke rumah mereka. mubaligh tersebut menyampaikan dakyah-dakyah dan janji-janji yang menarik. akhirnya, keislaman mereka sudah luntur dek kerana iman yang begitu lemah. mereka mempersoalkan kenapa Allah mentakdirkan mereka seumpama itu. tidak seperti insan lain yang kaya dan bahagia. mereka terpedaya dengan dakyah-dakyah mubaligh yang menjanjikan kekayaan jika mereka memeluk agama kristian. hanya kerana wang, agama sanggup mereka korbankan.... kerana kefakiran, seseorang terjerumus kepada kekufuran....
persoalannya disini, kenapa jadi begini? kemanakah para pendakwah islam? apakah peranan kita sebagai saudara islam? mahukah kita hidup senang lenang sedangkan jiran kita dalam kesempitan? dimanakah sifat wasatiyah dalam kehidupan seorang mukmin?
"kejarlah dunia seperti kamu akan hidup seribu tahun dan beribadahlah kamu seperti kamu ingin mati esok"
sama-sama kita bermuhasabah diri dalam mencari kelemahan. mungkin kadang kala manusia terlepas pandang. marilah kita membantu antara satu sama lain. bukankah Tuhan menjadikan manusia untuk melengkapi antara satu sama lain? oleh itu, sama-samalah kita perbaiki diri dan memajukan diri dalam mencari redha Allah... bersatulah kita demi memajukan ummah.
ya Allah, selamatkanlah umat-Mu, pelharakanlah iman kami ini, jangan Engkau goyahkannya dengan bisikan syaitan laknatullah. Engkau jadikanlah kami ini jutawan di dunia dan juga jutawan di akhirat. amin....
p/s: segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu kelemahan saya.
assalamualaikum.
salam satu ummah...!
privet, kak dela?? ( hi, how are you_in Russia)
huhu.. pada entry kali ni, tergerak jiwa ini ingin berbicara mengenai kefakiran membawa kepada kekufuran.
di sebuah kampung yang agak terpencil, jauh dari arus pemodenan, tinggal sebuah keluarga yang sangat miskin. kehidupan keluarga ini ibarat makan pagi kais pagi dan makan petang kais petang. kadang kala mereka terpaksa menahan kelaparan dek kerana tidak mempunyai wang untuk membeli wang. jika ada pun makanan, hanyalah nasi yang berlaukkan garam dan gula. tidak pernah menjamah daging lembu, jauh sekali ingin menjamah lauk ayam. jauh berbeza dengan kita yang hampir setiap hari disajikan dengan lauk pauk yang cukup enak lagi lazat.
_gambar hiasan_ kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.. |
_gambar hiasan_ keadaan tempat berteduh yang uzur.., |
_gambar hiasan_ adakah anak-anak patut berada di sini??? |
persoalannya disini, kenapa jadi begini? kemanakah para pendakwah islam? apakah peranan kita sebagai saudara islam? mahukah kita hidup senang lenang sedangkan jiran kita dalam kesempitan? dimanakah sifat wasatiyah dalam kehidupan seorang mukmin?
"kejarlah dunia seperti kamu akan hidup seribu tahun dan beribadahlah kamu seperti kamu ingin mati esok"
sama-sama kita bermuhasabah diri dalam mencari kelemahan. mungkin kadang kala manusia terlepas pandang. marilah kita membantu antara satu sama lain. bukankah Tuhan menjadikan manusia untuk melengkapi antara satu sama lain? oleh itu, sama-samalah kita perbaiki diri dan memajukan diri dalam mencari redha Allah... bersatulah kita demi memajukan ummah.
marilah kita bersatu demi ISLAM....! |
p/s: segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu kelemahan saya.
assalamualaikum.
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan