assalamualaikum wrb...
eemm... pada kali ini, rasa mahu berkongsi mengenai tips-tips menuju PUNCAK. di sini, ingin berkongsi sedikit tips dan pengalaman untuk diri penulis juga serta yang lain...
p/s: setiap yang baik itu hasil ilham daripada yang Maha Agung dan segala kepincangan itu adalah kelemahan diri ini yang serba kekurangan.
assalamualaikum wrb...
eemm... pada kali ini, rasa mahu berkongsi mengenai tips-tips menuju PUNCAK. di sini, ingin berkongsi sedikit tips dan pengalaman untuk diri penulis juga serta yang lain...
it's up to you...... |
1. NIAT
dalam melakukan apa jua perkara, NIAT ataupun NAWAITU adalah sesuatu yang amat penting. jika NIAT kita elok, maka eloklah pengakhirannya... insyaAllah... NIATlah dalam hati kita untuk belajar kerana ALLAH, LILLAHITA'ALA. hal ini kerana, jika hati kita berNIAT kerana Allah, insyaAllah, apa yang kita belajar akan diberkati. jika ianya diberkati, maka kejayaan akan menanti kita kelak.kuasa minda mampu mengubah segalanya... |
2. "MIND SET"
"argghh... tak minat lah subjek ni.... malas lah nak study..." pernah tak kita rasa macam tu? sudah pasti kan? dalam menuntut ilmu ni, MIND SET adalah sesuatu yang paling penting. jika kita sudah meletakkan bahawa sesuatu subjek itu sukar atau bosan, maka secara automatiknya kita tidak berminat dengan subjek tersebut. oleh itu, mulai saat ini kita perlu tukar MIND SET kita. "wow... best lar subjek ni.." , "learning english and mathematics is fun...!!!". insyaAllah, dengan meletakkan bahawa belajar sesuatu subjek itu adalah mudah dan menarik, kita akan lebih mudah menerima ilmu tersebut.kita mesti meletakkan target yang jauh.... |
3. TARGET
TARGET? letaklah sasaran pencapaian kita dalam minda kita ini. untuk lebih berkesan, tulislah TARGET kita itu dengan size yang besar (senang untuk dilihat) dan tampalnya di tempat yang selalu kita gunakan. sebagai contoh di cermin, meja study dan lain-lain lagi. insyaAllah, ini akan membuatkkan kita lebih bermotivasi dan sentiasa ingat akan MISI kita untuk mencapai TARGET tersebut. selain itu, ini merupakan satu doa untuk kita. jika selalu disebut dan dilihat, insyaAllah, ianya pasti akan termakbul...
4. USAHA
USAHA tangga kejayaan. betul tuh. USAHA adalah bahagian yang amat penting. tanpa USAHA, semuanya tidak akan berjaya. "Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri..". sudah terang lagi bersuluh. kejayaan tidak datang bergolek. insyaAllah, jika kita berUSAHA sudah tentu Tuhan akan menolong kita.jadikanlah keluarga sebagai pendorong semangat kita.. |
5. RESTU
"keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa...". oleh yang demikian, mintalah RESTU dari kedua-dua orang tua kita. mintalah RESTU juga daripada semua guru-guru kita. insyaAllah, dengan RESTU mereka, jalan kita untuk menuju kejayaan akan lebih mudah.
6. DOA dan TAWAKAL
Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. setelah kita berusaha, berDOAlah kepada yang Maha Berkuasa. jika boleh, berDOAlah jua untuk kejayaan rakan-rakan yang lain dan semua umat islam. "DOA kepada saudaranya insyaAllah mudah diangkat oleh Allah...". sesudah itu, sebagai seorang muslim, berTAWAKALlah kepada Allah. dan ingatlah, apa-apa pun jua natijahnya nanti, itulah yang terbaik buat diri kita ini.perancangan Allah adalah yang terbaik. "Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi takat kemampuan hamba-Nya..."
sesungguhnya, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan ketentuan Allah jualah yang menetapkan segalanya. semoga kejayaan milik kita semua dan bukan sahaja di dunia, tetapi yang lebih penting adalah kejayaan di akhirat kelak yang hakiki. insyaAllah.
assalamualaikum wrb...
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan