assalamualaikum wrb.
perjalananku bermula seawal sebelum fajar as-sidiq memancarkaan cahayanya kepada alam.. |
haha... hari ni entry aku berkisar tentang apa yang terjadi pada hari ni. kira macam hari ini dalam sejarah lar pulak.. huhu.
pagiku bermula sungguh awal. mak ai...!!! kelas start pukul 8.00 pagi. awal nye tuhh,.. kelas rusia. adus, bangun-bangun dah pukul 7.00 pagi. jap2.. jangan ingat aku tak solat yeppp.. aku dan roomate bangun dalam pukul 6.00 pagi untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah.. tapi mata tak dapat tahan. mengantuk sebab tidur lewat semalam. nak tengok bola, tapi sempat jugak tengok untuk beberapa minit. lepas tu naik kat bilik untuk study. fuhh.. sampai lewat malam aku menelaah,,.. terima kasih kepada sahabatku WAFIQ dan FAKRUL (my roomate y giler) yang sama-sama menelaah semalam.. barulah nampak jalan sikit subjek bahasa rusia nih... alhamdulillah...
by the way, TAHNIAH kepada pasukan bola sepak NEGERI TERENGGANU yang berjaya membawa pulang piala FA ke negeri Darul Iman ini... alhamdulillah.. berkat doa dan sokongan kita semua, warga ganu..
peteh ganu peteh!!! |
let continue our story.. huhu.. nak dijadikan cerita, kelas rusia pada hari ini bermula pukul 8.00 pagi hingga 1.30 petang.. fuhh... lama gila belajar rusia.. adoi.. sedikit cramp lar kepala dan lidah ni... uish2.. nanti ni kena revise balik apa yang telah dipelajari tuh.. kalau tak, jawabnya sampai bila-bila aku cannot improve dengan bahasa rusia. MANA BOLEH!!! by hook or by crook, i must struggle!!!! haha... ye lar. nak hidup kat rusia, kena fluent cakap bahasa rusia.. baru senang sikit. kan...? ok. practise make perfect.
go ashrul!!! you can do it!!!
selepas je kelas, aku dan 4 orang lagi sahabat perlu bergegas ke hospital kemaman. bukan apa, nak pergi check mantox test. lepas tuh, aku juga berkesempatan untuk ke Tesmal untuk mengambil slip SPM ku.. haha. walaupun sekejap, dapat jugak aku melepaskan rindu pada warga Tesmal. memang tak sangka mereka semua happy bila tengok aku kat sana...(ye ke? haha). ni yang membuatkan aku bertambah sayang pada Tesmal... yang penting, aku dapat jumpa insan-insan yang istimewa (walaupun tak semua) dan dapat jumpa guru-guruku yang amatku sayangi. aku rasa sangat gembira... wah... kegembiraan dan kerinduan jelas terpancar pada wajah mereka (terutamanya my 'brother') huhu.. insyaAllah, i'll come again next time... wait for me...!!
happy sangat-sangat....! |
mulai esok dah ada jadual kuliah baru. waahhh.. memang perhhh lar jadual die.. memang nak kata pack sangat tu tak lar jugak tapi kelas paling lewat akan habis pukul 7.00 petang . sabar je. hanya untuk beberapa bulan. huhuhu.. i hope i can face it.. insyaAllah...
ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, berikanlah kelapangan bagiku untuk menuntut ilmu-Mu yang Maha luasnya. oh Allah, berikanlah kekuatan, kesabaran, serta ketekunan kepadaku. dengan kekuasaan-Mu jua, natijahkanlah kejayaan di dunia serta di akhirat buat diriku ini, ibu bapaku, keluargaku, guru-guruku, para sahabatku, serta semua muslimin dan muslimat di dunia ini. amin..
assalamualaikum wrb...
jumpa lagi...!
brana hang cakap cheq giler???? nak kena nie!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!hahahaha
ReplyDeletebrana tu ape yer? huhuhu
ReplyDelete