Tips menghilangkan stress..
Assalamualaikum wrb..
Salam perjuangan..
Fuhh.. cepatnya masa berlalu. Alamak!! Exam dah nak dekat. Bnyk lagi fakta2 penting x hafal. Mcm mane ni??? Sempat ke x ni??? Alamak!!! Mak dan ayah asyik berleter je… Homework bertimbun, bile mase nk stdy nye??? TidakKKK…..!!!!
Ahh…! Adkh anda mengalami situasi ini? Tenang saje. Sabar. Disini ingin kongsi beberapa tips utk menghilangkan stress….
1. Tarik nafas panjang2.. dan hembus perlahan-lahan. Ulang untuk beberapa kali.
2. Kalau boleh, pergilah ambil wuduk dan solat sunat. Hal ini kerana dikatakan solat itu mampu merehatkan kita dan menenangkan persaan kite ni.
3. Membaca al-quran merupakn salah stu cara yang berkesan bagi menghilangkan stress.
4. Menjerit. Haa.. percaya atau tidak, menjerit mampu menghilangkan stress kite. Tp jgn lah kite menjerit depan org rmai. Kan lain jadinya. Pilihlah tempat y sesuai seperti di atas bukit, di tepi pantai dan sebagainya.
5. Menonton cerita jenaka atau membaca komik. Cerita seumpama ini mampu membuat kite ceria. Tapi awas, jgn mengambil msa y terlalu lama utk membaca atau menonton bahan tersebut.
6. Bersiar-siar dan mengambil oxygen di luar mampu mengembalikan tenaga kite.
7. Minum air mineral atau air kosong. Ini mampu membuat tubuh kite kembali bertenaga dan segar.
8. Mandi. Dengan mandi seseorg mampu kembali segar dan dapat melakukan aktiviti seterusnya dengan tidak stress.
kembalilah kepada agama. kerana agama mampu menjadi benteng pertahanan daripada godaan syaitan |
insyaAllah. Sebagai seorg muslim, tempat bergantung kita hanya pada Sang Pencipta. Mengadulah kpd Dia kerana Dia sentiasa rindukan suara dari hamba-Nya y mengharap kpd-Nya… ingatlah bhw Allah tidak kejam kpd hamba-Nya… “Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebih takat kemampuan hamba-Nya”.
Akhirul kalam, marilah kita sama2 berdoa agar Allah permudahkan urusan dan ujian kita. Serta memberikan kita satu kehidupan yang harmoni…
ukirlah senyuman. ia mampu menghilangkan stress dan ia juga merupakan sedekah.. |
p/s: segala yang baik itu datangnya dari Sang Pencipta dan y buruk itu adalah kelemahan Sang Dicipta.
Assalamualaikum wrb
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan