assalamualaikum wrb...
|
Bangsa Melayu, Bangsa Berdaulat |
sedih....! itu sahaja yang dapat menggambarkan perasaan ini melihat nasib bangsa melayu kita yang semakin terumbang-ambing. sedarkah kita wahai orang melayu yang kita sekarang ini
dijajah di tanah air kita sendiri? sedarkah kita bahawa hak kita sebagai orang melayu dan bumiputera semakin terhakis serta sentiasa dipertikaikan? bangunlah wahai bangsaku yang masih lena dibuai mimpi indah....!
|
budaya lepak yang merugikan bangsa. |
di manakah anak bangsa melayu yang diharap dapat membela nasib kita ini? mana perginya bangsa melayu yang dahulunya dikagumi dek kerana keberanian seperti Hang Tuah? hurm... termenung seketika. melihat data-data dan statistik yang dikeluarkan.... ramainya anak bangsa melayu yang berada di
PUSAT SERENTI. ada juga yang lena diulik mimpi
gejala sosial. dan ada juga yang terumbang-ambing entah ke mana hala tujunya. apabila
merokok menjadi menu harian bangsa melayu,
melepak menjadi aktiviti rutin,
seks rambang sebagai santapan lazat,
pembuangan bayi adalah hobi,
pergaulan bebas menjadi keutamaan, maka timbul persoalan,
dimanakah letaknya agama mereka? apa sudah jadi dengan bangsaku ini??? kerana terpengaruh dengan budaya barat, semuanya hancur berkecai. budaya barat yang kotor itu telah meresap masuk dalam bangsa melayu kita dek lemahnya benteng
JATI DIRI bangsa melayu.
|
bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa. |
|
merokok yang mendatangkan seribu satu kerugian. |
|
apa sudah jadi??? |
|
masalah sosial yang semakin hari semakin meruncing. |
mana identiti kita yang dahulunya dikagumi kerana nilai-nilai bangsa yang unik dan menarik??? bilakah semua ini akan berakhir...? modal insan inilah yang diperlukan demi memartabatkan serta memajukan bangsa dan negara. jika mereka
"musnah" akibat ledakan itu, maka rugilah kita. aset negara yang sangat berguna itu akhirnya menjadi
"sampah" yang tiada gunanya lagi hanya menyusahkan kita semua kelak...
sedarkah kita bahawa sekarang ini segalanya dikawal oleh bangsa lain?
kuasa ekonomi telah dirampas takhta oleh bangsa lain.
kuasa politik kita juga sekarang ini sedang menyalakan lampu amaran supaya kita berhati-hati. oleh itu,
apakah yang kita ada? nak ke kita dipimpin oleh mereka yang bukan bangsa melayu? fikirkanlah...
ayuh
BANGSAKU...! marilah kita sama-sama
berubah. bangkitlah dari lenaan tidur yang nyenyak itu. inilah masa untuk kita
bertindak agar tidak terlambat. berubah demi kemajuan bersama. bak kata Hang Tuah,
"tidak melayu hilang di dunia...". ayuh
BANGSAKU..! kita bergerak seiringan, seia sekata, senada sesuara, menebus maruah bangsa yang kian dirobek...!
|
semoga suatu hari nanti bangsa kita akan menjadi bangsa yang digeruni. insyaAllah. |
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubahnya sendiri...".
|
marilah kita sama-sama berdoa agar bangsa kita terus bertahan. |
Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa. Engkau bukakanlah pintu hati saudara sebangsa dan seagama dengan ku yang masih lagi asyik dengan keseronokan dunia yang sementara itu. Engkau jauhilah kami dari kelalaian, kelekaan serta Engkau luruskanlah jalan kami dalam menuju syurga-Mu. tingkatkanlah jati diri kami serta iman kami agar kami menjadi bangsa serta umat-Mu yang dirahmati. satukanlah bangsa kami, kuatkanlah bangsa kami dan peliharalah bangsa kami. sesungguhnya Engakaulah tempat kami bergantung harap. amin...
p/s: entry ini bukan berbaur perkauman atau memusuhi mana-mana kaum. kita kan 1Malaysia. segala salah dan silap harap maaf. segala yang baik itu datangnya dari Tuhan Sekalian Alam dan yang buruk itu adalah dari kelemahan penghuni alam tersebut.
assalamualaikum wrb...
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan