Skip to main content

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim…
( Selawat )
Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis.
Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran,
Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Assalamualaikum wrb

Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang, wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang membawa maksud kepercayaan kepada Allah dan Rasul yang utuh akan melahirkan individu yang menyerlah dan berjaya.

Ikhwan ya muslimin,
Menyelusuri gagasan ideologi saya yang pertama, akidah membentuk keperibadian unggul dan kemantapan ilmu. Kita lihat sahaja keperibadian para sahabat Rasulullah seperti Saidina Umar ra, Saidina Abu Bakar as-siddiq dan lain-lain lagi. Keperibadian yang luhur dan unggul ini lahir daripada pegangan akidah yang mantap. Justeru itu, modal insan cemerlang akan tercipta natijah daripada pegangan akidah yang utuh lagi jitu. Inilah yang hendak dibentuk oleh Islam sebagaimana dinyatakan dalam surah al kahfi ayat 13,

Hadirin,



gagasan ideologi saya yang kedua, akidah mantap teras kemajuan individu secara menyeluruh. Kemajuan ini boleh ditafsirkan sebagai kemajuan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sebagaimana firman Allah swt

menurut kajian yang dilakukan oleh American National Institute of Health Research, 79% daripada hasil kajian yang dijalankan membuktikan agama dan ibadat mendatangkan kesan positif kepada pembentukan insan sempurna. Oleh itu, ini jelaslah menunjukkan bahawa akidah teras kemajuan modal insan cemerlang.

Warga inteluktual sekalian,
Seterusnya, gagasan ideologi saya yang ketiga, akidah wahana pemikiran kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, Kita lihat kejayaan ibn sina, bapa perubatan dunia, yang mahsyur dalam ilmu perubatan yang sehingga kini menjadi rujukan cendikiawan dunia. Justeru itu, akan lahir muslim hebat yang mempunyai pemikiran kreatif serta inovatif bersandarkan akidah yang mantap serta bimbingan al-quran agar tindakan mereka mendapat keredhaan Allah. firmanNya,

Gagasan ideologi saya yang keempat adalah akidah sebagai pencetus jati diri, melahirkan budaya positif. Hadirin, buka minda, buka hati. Dewasa ini kita saksikan, gejala negatif semakin menjadi-jadi. Lihatlah muda mudi tanpa segan silu melakukan perkara sumbang, seks bebas, maksiat dan sebagainya. Inikah modal insan cemerlang? Justeru itu, akidahlah sebagai benteng atau perisai bagi individu tersebut kerana modal insan yang cemerlang mempunyai jati diri yang teguh.  Sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-baqarah ayat 256.

Hadirin sekalian,
Meniti gagasan ideologi saya yang ke lima, akidah agen integrasi kaum, pengerat silaturrahim, penyambung tali persaudaraan. Kita lihat pergolakan yang berlaku di negara-negara jiran yang tiada penghujungnya hanya berpunca daripada tiadanya persaudaraan antara mereka. Melalui pegangan akidah yang utuh, jalinan tali persaudaraan dapat dieratkan. renungkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Ketika Rasulullah s.a.w sedang hampir nazak, baginda keluar dengan kepala diikat dengan sehelai kain, lalu baginda duduk di atas mimbar. Setelah memuji dan manyanjung Allah SWT, baginda bersabda:”Tidak ada orang yang paling dekat kepadaku tentang diri dan hartanya selain Abu Bakar bin Abu Quhafah. Jikalau boleh aku memilih kawan di antara segala manusia, maka kupilih Abu Bakar. Tetapi persaudaraan sesama Islam lebih utama. Tutuplah semua pintu masjid ini kecuali pintu Abu Bakar.”
 riwayat al-Bukhari

Premis ideologi saya yang keenam, akidah membentuk nilai murni, perisai budaya negatif. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Daripada Abdullah bin Amru bin al-’As r.a, katanya, “Bukanlah rasulullah s.a.w seorang yang bersifat keji dan baginda tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya.”
  Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Lihat sahaja masyarakat pada hari ini, terutamanya para belia harapan bangsa. Remuk hati ini. Maksiat menjadi hidangan, jenayah kolar putih menjadi budaya, rasuah sebagai kerja sampingan dan sebagainya. Inikah modal insan yang kita cari? Justeru itu, akidah sebagai pembentuk nilai murni dan perisai daripada budaya negatif agar akan lahir modal insan yang suci.

Rakan-rakan sekalian,
Natijahnya, bagi menjulang aspirasi dan inspirasi negara, pembangunan modal insan menjadi keutamaan, berlandaskan pegangan akidah yang teguh. Ayuh saudaraku, mantapkan akidah, perkasakan minda, majukan ummah, lahirkan modal insan yang cemerlang. Oleh itu, kemantapan akidah melahirkan modal insane cemerlang.
Sekian. 
wabillahitaufiq wal hidaya
wassalamualaikum wrt



jom like fan page FB aku! : 

Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege

SELOKA 5 IKHLAS 2010

guru ‘sporting’ gelaran diberi,                         orangnya cantik baik hati,                                                        mengajar add math senang sekali,                   inilah dia Pn Rozilawaty .                              sibuk kesini sibuk kesana, menjalankan tugas dengan saksama, gila kuasa sudah semestinya, ahmad fikri ketua kita. tanggungjawab berat digalas olehnya, berbudi bahasa tegas orangnya, semua orang mengenali dirinya, Ashrul affiq itulah dia. Ahmad Kamal empunya diri,                                   Kalau tak tanya susah hati,                              Kuat sukan kuat study,                                                Result gempak tentu sekali.                             Setiap hari setiap pagi,                                                             ‘kamen rider’ sedang menanti,                                    Ustaz irsyad gelaran diberi,                          Orangnya serius nakal sekali.                          haf