assalamualaikum wrb.
semoga hidup anda sentiasa berada dibawah rahmat dari Yang Maha Esa.
hari ni khutbah jumaat cukup menarik. khatib yang membaca khutbah jumaat tu pun best. intonasi, kawalan suara yang cukup baik. membuatkan jemaah khusyuk mendengarnya ( x sure ada x y tidur). dalam teks khutbah tu khatib ada cakap satu ayat yang agak menarik,"tutuplah auratmu sebelum dirimu dikafankan...!".
teringat aku akan kata-kata salah seorang mangsa tsunami aceh (maaf kerana terlupa nama tersebut),"peliharalah aurat kita kerana jika kita membuka aurat ketika hidup, Allah akan membuka aurat kita ketika kita meninggal dunia kelak..". nak ke kita diaibkan ketika meninggal dunia kelak? menurutnya, bencana tersebut banyak memberi pengajaran kepada penduduk aceh. kita dapat lihat peringatan Allah buat hamba-Nya. Hanya yang sedar akan mengambil peringatan dan pengajaran.
sedih...! melihat ramai sahabat-sahabat dan saudara seagama denganku yang mengabaikan perintah Allah ini. kenapa? susah sangat ke nak tutup dan jaga aurat tu? tak faham lar. kalau yang perempuan tu rilex je nak free hair dan pakai baju ketat-ketat. ada juga yang pakai tudung memang dah cantik, tapi pakaian pula yang sangat ketat. pernah terdengar hadis nabi.."diakhir zaman nanti akan ada kaum wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang.." (lebih kurang lar bunyi hadis tu. x sure). bertelanjang itu bermakna, memakaia pakaian yang membentuk tubuh. sama-sama kita renungkan hadis tersebut.
kalau yang laki nye pakai seluar atas lutut dan macam-macam lagi lar. hurm... tak tahu nak cakap macam mana lagi. tak salah untuk kita bersukan. islam juga tak melarang penganutnya untuk bersukan. tapi, patuhilah adap-adap bersukan itu. janganlah pakai seluar pendek sampai menampakkan aurat. salah ke kalau pakai seluar yang panjang? tak boleh bersukan ke? sedangkan Nabi Muhammad sendiri aktif bersukan. antaranya berkuda, berenang, memanah dan bergusti.
kalau tegur, dia cakap, "habis, kalau tutup aurat tu baik ke? masuk syurga ke?..". tapi kena ingat yang pasti, tak menutup aurat tu cornfirm masuk neraka kan? ha... ingat tuh... macam-macam manusia zaman sekarang. kalau dah tegur tuh, dah cakap baik-baik, masih degil jugak. ingat, kita ni mati tak tahu bila. entah-entah tak sempat kita bertaubat, ajal memanggil kita. sedarkah kita bahawa tak menutup aurat ni adalah sesuatu yang sangat kejam. kenapa? kerana kita telah menarik orang disekeliling kita seperti mak, ayah, adik beradik dan lain-lain lagi masuk neraka sekali hanya kerana kita yang tak menutup aurat ini.
lepas tu ada yang kata,
"apa yang engkau kisah tentang aku? kubur masing-masing...".
"yes... memang lar kubur masing-masing, tetapi yang dibimbangkan kalau kubur kau tuh sebelah aku. tak sanggup aku nak dengar kau menjerit terseksa kerana kemungkaran yang telah kau lakukan tuh. aku nak tinggal kat sana dengan aman lar...".
oleh itu, wahai saudaraku sekalian. marilah kita sama-sama menjaga aurat dan diri kita ini. memang manusia pernah melakukan kesilapan. namun, masih belum terlambat untuk kita kembali ke pangkal jalan. aurat itu adalah maruah kita. jagalah ia seperti harta yang paling bernilai buat kita.
ya Allah, peliharakanlah diri kami ini. jauhilah kami dari segala maksiat dan perkara yang keji. engkau bukakanlah pintu hati saudara kami yang masih jauh terpesong daripada landasan-Mu, Ya Allah. Ya Rahman, engkau berkatilah kehidupan kami ini, engkau sudahilah kehidupan kami ini dengan kalimah syahadah. sesungguhnya engkaulah Tuhan Yang Maha Agung. Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. amin...
p/s: pesanan ini buat insan yang hina ini juga. segala yang baik itu adalah kurnian Yang Maha Bijaksana dan yang silap itu adalah kelemahan manusia yang jahil ini.
assalamualaikum wrb...

semoga kehidupan kita di alam sana tenang dan dipelihara oleh Allah. |

Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan