Assalamualaikum wrb..
Apa khbr? Harapnya sihat lar yepp..
Emmm… nak buat entry ape plak ye kali ni? fikir punye fikir… tibe2 terlintas kat minda ni nak buat entry tentang CINTA… wow! Mcm panas je….. huhu.. bkn rancangan MELODI ni yepp..
C.I.N.T.A
Ada apa tentang CINTA???
CINTA monyet???
CINTA pndang pertama???
Fuhh.. sesuatuy sgt subjektif utk kite discuss.. setiap individu mempunyai pendpt atau pegangan masing2 mengenai soal CINTA.
Kebanyakkan daripada kita jika disebut tentang CINTA, rata2 memikirkan soal pasangan mereka atau org y mereka syg. Emmm… jika dilihat senario semasa, kebanyakkan remaja hanyut dek dilambung panahan CINTA. Memang itu adalah lumrah, naluri remaja secara semulajadinya. Tapi ramai remaja kita terlampau mengikut hawa nafsu mereka dalam bercakap soal CINTA.
“kami x bercinta, kami teman tapi mesra je…”
Tp AWAS..!! syaitan sentiasa berada disamping kita. Ia selalu berusaha utk menggoda manusia supaya terjerumus ke lembah maksiat. Mula2 ye lar teman tp mesra. Selepas itu?? Mula lar nk bermesej2.. bertanya khabar… Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
“kami tgh bincang soal pelajaran nih…”(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid. Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "
Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Oleh itu, sy berpesan kpd dr sy dan pembaca sekalian, jauhilah perkara y mendatangkan kemungkaran Allah…
CINTA Allah adalah CINTA hakiki.... |
p/s: sgala y baik itu dtgnya dari Allah dan y lemah itu diri saya sendiri..
assalamualaikum wrb
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan