Skip to main content

SELOKA 5 IKHLAS 2010



guru ‘sporting’ gelaran diberi,                        
orangnya cantik baik hati,                                                       
mengajar add math senang sekali,                  
inilah dia Pn Rozilawaty.                             

sibuk kesini sibuk kesana,
menjalankan tugas dengan saksama,
gila kuasa sudah semestinya,
ahmad fikri ketua kita.

tanggungjawab berat digalas olehnya,
berbudi bahasa tegas orangnya,
semua orang mengenali dirinya,
Ashrul affiq itulah dia.

Ahmad Kamal empunya diri,                                  
Kalau tak tanya susah hati,                             
Kuat sukan kuat study,                                               
Result gempak tentu sekali.                            

Setiap hari setiap pagi,                                                            
‘kamen rider’ sedang menanti,                                   
Ustaz irsyad gelaran diberi,                         
Orangnya serius nakal sekali.                         

hafiz hassan inilah kisahnya,
tidur di kelas perkara biasa,
suka bergurau suka bersenda,
Penyeri kelas tidak terkira.

inilah cerita seorang jejaka,
asyik berlawak penyeri suasana,
abdul mukmin sahabat kita,
Seorang sahabat suka ketawa.

Termenung teringat si buah hati,                    
Kaki TV sudah semesti,                                 
Baru balik dari tanah suci,                             
Inilah aziz pak haji kami.                               

hitam manis menawan nurani,
si baju kuning pangkat diberi,
orangnya kelakar geli hati,
Itulah Anis pujangga hati.

Orangnya kecil bising sekali,                          
Kecil-kecil cili padi,                                        
Ubaidillah jaafar nama diberi,                                
Sekali ‘serve’ tersentak hati.                           

menjadi ‘photographer’ idaman hati,
orangnya riang ria sekali,
jalan terhinjut sakit kaki,
Inilah dirinya nadhirah amani.

mulutnya satu tapi bising sekali,
suka berdebat tak kira hari,
munirah a.k.a Nippon penglipur kami,
Tanpanya sehari sunyi sepi.

Dipagi hari mengantuk mata,                                     
Hingga ke petang tidur saja,                           
Melompat katak ‘trademark’nya,                                           
Itulah syazwan jejaka Malaya.                                   

Orangnya tampan berbadan sasa,                  
Guru mengajar tidur di sana,                          
Ahmad izzat itulah nama,                            
Bermata bulat panjang rambutnya.                 

penolong kelas jawatan disandang,
orangnya pendiam manis dipandang,
rumahnya jauh di kuala berang,
Fatihah ghazali mujur tak garang.

orangnya manis ‘cute’ sekali,
baik hati baik budi pekerti,
nor raihanah nama terpatri,
Menjadi sahabat teman kami.

Muzik menjadi belaian jiwa,                           
Hati tertarik pada si dia,                                 
Ihsan yusri putih orangnya,                         
Senyuman menambat si gadis jelita.               

Subjek LK sangat diminati,                             
Orangnya ceria kreatif sekali,                        
Sekali dipandang menambat hati,                   
Nasuha ibrahim berbudi pekerti.                

Orangnya diam tetapi berisi,                          
Haiwan reptilia memang ditakuti,                  
Senyuman manis nampak gigi,                       
Inilah sahabat farah hazwani.                                  

suka bergaya itulah dia,
‘crimson-love’ pilihan jiwa,
minah celup gelaran buatnya,
Itulah dia aqilah si gadis jelita.

Inilah kisah sahabat kami,                              
Saudari fakhirah dekat dihati,                                   
Menjadi gurauan dikala sunyi,                        
Sekali disergah terkejut diri.                           

terpahat rapi dihati nurani,
itulah kisah memori kami,
moga ikatan direstui Illahi,
Ukhuwah sejati sampai mati…

5 ikhlas 2010 @ farewell party

Comments

Post a Comment

tinggalkan pesanan

Popular posts from this blog

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege

teks syarahan: kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang

Bismillahirrahmanirrahim… ( Selawat ) Ribuan terima kasih saudara/saudari pengerusi majlis. Barisan panel hakim yang sentiasa tegak berpaksikan kebenaran, Serta muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Assalamualaikum wrb Kemantapan akidah melahirkan modal insan cemerlang , wahana hebat, tajuk syarahan saya pada hari ini. Sebelum kata demi kata disusun rapi, sebelum ayat demi ayat dilontarkan, izinkan saya melakukan sedikit pendefinisian tajuk ideologi saya ini. Kemantapan boleh diistilahkan sebagai keadaan yang mantap atau stabil. Manakala akidah beerti kepercayaan dan keyakinan yang betul serta sahih yang bertapak di dasar hati tentang Allah dan Rasul. Seterusnya istilah melahirkan boleh ditafsir sebagai mengadakan atau mewujudkan. Frasa modal insan membawa erti modal yang ada pada seseorang insan, seperti ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal serta rohani. manakala Cemerlang pula menurut kamus dewan membawa maksud menyerlah atau menonjol. Konklusinya, keman