Imej dari google |
Penulis: Dr Anwar Fazal, Dr Aizzat, Dr Azah
Penerbit: DUBOOK
Genre: Perkongsian Pengalaman Seorang Pegawai Perubatan.
Sinopsis dari buku:
1) kaya
2) bergaya
3) 'galmour'
4) Rasa 'superior'
Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.
Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.
Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang bekerja dalam bidang perubatan tetapi juga disarankan pada semua lapisan masyarakat.
Moga usaha kecil ini DIA terima sebagai saham akhirat. InshaAllah.
"Setiap DIAgnosis itu hakikatnya datang dari DIA. Doktor hanya perantara."
Selamat membaca.
Imej dari google |
Ulasan:
Buku kecil dan mudah dibawa ini menghimpunkan koleksi kisah pengalaman menarik penulis sepanjang berada dalam dunia kedoktoran. Melalui penulisan mereka yang agak 'sempoi' itu, ia mampu menarik serta mengasyikkan aku untuk terus menyelak helaian buku ini sehingga muka surat yang terakhir. Setiap kisah yang dipaparkan mempunyai mesej dan pengajarannya yang tersendiri dan kadang kala membuat aku berfikir panjang.
Menjadi seorang doktor bukannya mudah, namun bukan juga satu kerjaya yang membebankan apabila batu asasnya adalah demi Tuhan. Penulis cuba membawa aku untuk masuk ke dalam realiti dunia doktor dan juga suasana hospital pada hari ini. Kena lah dengan aku sebagai pelajar perubatan dan juga bakal berada dalam 'dunia' hospital nanti.
Aku sedar bahawa tugas seorang doktor bukan hanya merawat fizikal, tetapi apa yang lebih penting adalah jiwa dan rohani pesakit tersebut yang lebih utama. Berurusan dengan masyarakat yang berbilang latar belakang dan ideologi, pelbagai karenah dan sandiwara, pegangan agama yang lemah dan macam-macam lagi ada diselitkan penulis melalui kisah-kisah didalam buku ini. Justeru itu, ianya sedikit sebanyak telah memberi inspirasi dan kekuatan buat aku untuk terus berjuang dalam bidang kedoktoran ini, insha Allah.
Aku sangat-sangat galakkan kepada para pelajar perubatan atau sesiapa sahaja untuk memilik/membaca buku ini agar kita lebih bermotivasi. Selamat membaca!
I want your email address
ReplyDeletea_ffiq05@yahoo.com.my
Delete