jika dahulu, masyarakat jahiliyah menjadikan patung-patung di sekeliling kaabah sebagai sembahan, berhala dan juga tuhan mereka. La Ta dan Uzza dihadapnya pagi dan petang siang dan malam. tatkala bersumpah, juga bersumpah atas nama LaTa dan Uzza.
menjengah ketika zaman Nabi Musa, Firaun memerintahkan masyarakat untuk menyembahnya dan menjadikan dirinya sebagai tuhan. Piramid Giza dan beberapa buah lagi menjadi simbol kekuasaan firaun, Namrud dan kawan-kawannya.
itu semua beribu-ribu tahun yang lalu. ketika itu, masyarakat ber'berhala'kan patung, matahari, firaun dan sebagainya. menjengah ke era yang lebih moden ini, ere globalisasi katanya berhalanya juga semakin moden! bukan lagi patung, bukan lagi firaun bukan lagi matahari. hurmm...
jika ditegur, dia melenting.
itu hak saya, katanya
jika disapa, dia bermasam.
tidak saya kenal, katanya.
"itu hak saya. saya berhak untuk pakai apa sahaja, buat apa sahaja yang saya suka. asalkan saya bahagia."
oh, sungguh manis bahasanya. apabila NAFSU menjadi maharaja dan berhala mereka, segala teguran serta nasihat yang diberikan dibuang jauh-jauh. kalau boleh, nun jauh ke angkasa raya. tingginya ego. taatnya kepada "berhala" mereka itu. nah, sudah berjaya si syaitan menguasai diri cucu Adam itu.
sedar tidak sedar, berhala moden ini lebih bahaya, lebih sukar untuk ditegur. jika ditegur, katanya kubur masing-masing, jangan jaga tepi kain orang, dan banyak lagi 'ungkapan emas' akan keluar daripada mulut mereka hasil tundukan 'berhala moden' tersebut.
"Zaman sekarang dah tak ada manusia yang mengaku dirinya tuhan kepada manusia yang lain seperti Firaun, tetapi masih ada manusia yang mengaku sebagai tuhan terhadap dirinya sendiri. Menjadikan nafsunya sebagai pentadbir." -Adam Aizat
ku lihat ke kiri dan ke kanan
masing-masing dengan hal sendiri
tiada senyuman terukir dibibir
tiada tegur sapa bersahutan
tiada salam bersama doa
apatah lagi nasihat menjengah
entah kemana hilangnya semua itu
mereka umpama berada di bulan
tidak endah akan tetangga
apatah lagi hendak berjabat mesra
insha Allah, semoga kita dapat 'menghancurkan' berhala yang masih ada di dalam diri ini. insha Allah! gerakkanlah amal makruf nahi mungkar. sebarkanlah salam. luaskanlah bertegur sapa. semoga Allah memelihara kita daripada 'berhala moden' ini. ameennnn.
ياَ حَيُّ ياَ قَيُّوْمُ
Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri
بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
Dengan rahmatMU aku memohon pertolongan
أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ
Perbaikilah untukku urusanku semuanya
وَلاَ تَكِلْنِيْ اِلىَ نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ
Dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan