"dakwah itu satu kewajipan, belajar itu satu amanah"
"usah kerana pelajaran kita tinggalkan dakwah dan
usah kerana dakwah kita abaikan pelajaran"
dakwah dan pelajaran itu mesti seiring. tidak tempang dan tidak pula senget. dan ingatlah jalan ini panjang. sumpah panjang serta memenatkan. tetapi, percayalah hasilnya kelak akan manis, semanis madu (atau mungkin lebih manis daripada itu!)
jika diri terasa letih, tunduklah menghadap Sang Pencipta, mohonlah kekuatan dari Maha Kuasa itu.
jika diri terasa sedih, hamparkanlah sejadah merintih kepada Si Dia, mohonlah kecekalan hati.
insha Allah, semoga dakwah ini bukan penyebab kepada kegagalan kita dalam pelajaran. Namun, ianya sebagai penyebab kepada kejayaan kita. tetapi, usah abaikan pelajaran atas nama 'dakwah'. takut-takut menjadi fitnah kepada 'kesucian dakwah' itu sendiri. biarlah mereka (baca = dakwah dan pelajaran) bergerak bersama-sama, saling memimpin, saling melengkapi untuk menuju redha Allah. insha Allah. amiinnn.
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)
dakwah bukan pembawa kegagalan,
tetapi pendokong sebuah kejayaan!
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan