sungguh, setiap apa yang berlaku itu mesti ada sebabnya dan ianya mesti sudah menjadi ketetapan dari Allah swt.
memang kita mampu merancang dengan rapi dan 'superb' namun, kita mesti ingat perancangan Allah itu lagi sempurna dan lebih 'superb'.
tatkala kita diuji, ingatlah bahawa itu semua telah ditetapkan oleh Sang Pencipta.
Dia mengetahui segala-galanya apa yang kita tidak ketahui.
mungkin ianya mustahil bagi kita, tetapi tidak mustahil bagi Allah.
oleh itu, kepada-Nya kita kembali.
Dialah Pelindung yang mampu menyelamatkan kita, mampu membawa kita kejalan yang benar. insha Allah.
jangan berputus asa. teruslah bangkit dan teruslah berjuang.
hanya kepada Dia kita bertawakal dan berserah diri....
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan