Berubah kepada yang lebih baik
Aku percaya, setiap insan di atas muka bumi ini inginkan perubahan kearah yang lebih baik. Betul kan? Siapa yang inginkan kehidupan mereka terus dieselubungi dengan perkara-perkara yang membawa mereka ke arah keburukan. Oh, tiada kemajuan itu namanya!
Meniti kehidupan sehari demi sehari tanpa sebarang kemajuan itu adalah sangat mendukacitakan. Hari-hari berlalu dengan sia-sia dan kosong, tiada sebarang keuntungan. Bak kata Najwa Latif, "Ooo.. kosong...kosong...".
Bahkan, didalam sesuatu perniagaan adakah kita ingin melihat perniagaan kita mundur serta tidak kompeten dan graf keuntungan syarikat menjunam melepasi garisan y sehingga mencecah paras negatif? Rugi...rugi... Sampai bila kita mahu berada pada 'level' lama?
Sampai bila kita ingin melihat diri yang semakin hari semakin dimamah usia ini terus berselimutkan perkara-perkara negatif yang langsung tidak menatijahkan keuntungan kepada diri ini?
ohhooooiiiiiii!
Malu dan segan
"Amboi Cik Kiah, dah bertudung ye kau sekarang.... Mimpi apa semalam?"
"erkkkk.... ni ke Kak Ton yang aku kenal? Dah bertudung litup dah...."
"Aik Azman, kau dah disampuk jin mana ni? Sejak bila jadi alim semacam ni..."
Apabila kita ingin perubahan, sudah tentu kita akan mendapat pelbagai kata-kata ejekan, atau dalam bahasa terengganu, "menganjing". hehe. uh, igauan inilah yang membuatkan kita, orang-orang yang nak berubah ini berasa tertekan, malu sertasegan dengan mereka.
hurmmm.... kita mesti kuat! mesti! sebagai seseorang yang nak "merempit ke syurga", kita perlu memandang perkara ini hanyalah sesuatu yang biasa. usah kita membesarkan perkara kecil ini. uhh, banyak lagi perkara besar yang mesti kita fikir dan lalui. abaikan mereka, fokus dan terus fokus.
jika kita mengambil perkara ini sebagai sesuatu yang besar, sudah tentu, proses hijrah kita akan terbantut. biarlah apa yang mereka hendak kata kepada kita. yang pasti KITA ADA ALLAH sebagai penguat serta pendukung penghijrahan kita ini. insha Allah...
Kepada Dia kita memohon
insha Allah, memohonlah kepada Allah supaya kita tidak malu dalam melakukan proses perubahan ini. insha Allah, dia Maha Pemberi kekuatan.
semoga kita sama-sama terus kuat dan istiqamah dalam jalan ini. walau jalan ini berliku dan penuh ranjau, percayalah di penghujungnya pasti akan tiba sesuatu yang SANGAT AWESOME!
Kuat dan terus kuat!
Merempit ke Syurga!

Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan