Skip to main content

katakanlah

assalamualaikum wrh.
sejak kebelakangan ini, melihat serta berada dalam masyarakat yang serba moden, sudah menjadi trend generasi Y untuk mengeluarkan bait-bait kata yang agak "enak" didengar. kejelekkan bahasa yang ditutur telah membuatkan suasana (biah) masyarakat agak bercelaru dan seakan-akan keruh, tiada nilai.

What the F*cK, 
b*tch, 
si*l, 
bod*h, 
sh*t

banyak lagi perkataan yang tidak elok serta tidak bermoral telah menjadi 'zikir' dibibir sahabat-sahabat saya diluar sana... dimana hilangnya jati diri gen-Y kita? kenapa kita perlu melafazkan kata-kata yang 'indah' itu sedangkan Allah telah berfirman dalam surah al-baqarah, ayat 83.

".....katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; ....."
al Baqarah : 83


oleh itu, ingin aku memperingatkan diri aku serta marilah kita sama-sama menjadikan  frasa-frasa yang baik sebagai susunan kata seharian kita. jadikanlah bahasa al-quran sebagai pengganti. gantilah perkataan-perkataan yang tidak elok itu dengan kata-kata yang boleh membawa kita mengingati Allah. insha Allah.

ketika ditimpa musibah, banyakkan istighfar.
ketika ingin marah, banyakkan mengucap.


Kerana Kata-kata itu Doa

wassalam.


Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

sweetnye korang... ^_^

sumbangan gambar: tun nurhanani apabila kita uplaod gambar kita bersama 'pasangan kekasih hati intan payung' kita tu, pasti akan mendapat jumlah "like" yang tinggi kan? dan mungkin komen sampai beratus-ratus. pergghhh.... hebat siott.... suke2.. auuuwwww... antara komen yang biasa la orang akan tulis, ya Allah, sweetnye korang. bak kate omputih, sweet like chocolate! semoga bahagia korang! sweetnye die... hensem dan cantik la korang. macam pinang dibelah lapan belas! huhu.. dan ape-ape lagi la komen yang kadang-kadang aku pun dah tak tahu nak baca... pening2... hehe. errkk.... tapi, betul ke apa yang kita buat tu? kita upload gambar bersama yang bukan mahram bagi kita. senang citer die tu bukan isteri/suami kita yang sah. siap duduk berpegangan tangan, duduk rapat2, bersentuhan. aishh.. tak rasa ape2 ke derrr? hurm... jom kita reflex balik diri kita ni... kita berfikir dan muhasabah diri ini... mari kita hayati satu firman Allah: "Dan jang...