assalamualaikum wrb....
salam sejahtera dan salam persahabatan....
orang kata, hidup di negara orang memang memerlukan banyak ketabahan dan pengorbanan. itulah yang aku pelajari.
pada hari jumaat yang lalu, aku serta beberapa kawan lelaki yang lain berkesempatan untuk menunaikan solat jumaat di pejabat kedutaan Malaysia di russia. perjalan dari asrama ke kedutaan mengambil masa dalam 1 jam juga. kami berjalan, menaiki bas dan juga metro (kereta api bawah tanah).
|
berjalan kaki menuju ke perhentian bas. |
|
ketika di dalam METRO. |
|
ketika di dalam bas. |
|
suasana di sekitar kawasan kedutaan. |
|
ke bangunan kedutaan malaysia di russia. |
|
Embassy of Malaysia. |
perasaan memang excited sebab first time nak solat jumaat di negara orang dan juga first time nak pergi embassy. huhuhu... khutbah kat sini disampaikan dalam bahasa malaysia oleh pegawai kedutaan. rasanya teks khutbah yang dibaca di russia ini sama dengan masjid negara. so, agak menarik lah... huhu. boleh berjumpa dengan pegawai-pegawai kedutaan dan juga masyarakat malaysia di bumi soviet ini... alhamdulillah...
|
ketika di dalam dewan untuk solat jumaat. |
|
khutbah dibacakan oleh wakil pegawai kedutaan. |
|
dapat berjumpa dengan masyarakat malaysia di russia. |
|
menjamu selera selepas solat. |
setelah selesai solat, kami juga diberi sedikit taklimat ringkas oleh wakil kedutaan malaysia. mereka mengingatkan kami agar menjaga keselamatan diri dan belajar bersungguh-sungguh...
|
taklimat ringkas. |
|
memasak nasi goreng untuk makan malam. |
itu saja kot untuk post kali ini. moga kita sentiasa dibawah naungan rahmat Allah.. insyaAllah..
salam sayang dari moscow!
assalamualaikum wrb...
=)
ReplyDelete