assalamualaikum wrb
semoga hari yang kita lalui pada hari ini lebih baik daripada hari semalam. insyaAllah, hendak-Nya.
alhamdulillah, hari ini aku serta beberapa rakan yang lain berkesempatan untuk berkunjung ke salah sebuah masjid yang terdapat di rusia ini. iaitu masjid Sabornaya atau Moscow Cathedral Mosque. Masjid ini terletak berhampiran dengan Metro prospek mira. jaraknya agak jauh dari asrama kami. kira-kira satu jam perjalanan. walaupun suhu pada hari ini 5 darjah celcius ( sangat sejuk sehinggakan tangan tak rasa apa-apa), kami tetap meneruskan langkah kami untuk menjejakkan kaki ke masjid tersebut.
masjid sabornaya, masjid terbesar di moscow. |
berhadapan dengan masjid sabornaya. |
alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba jua di masjid sabornaya ini. untuk pengetahuan, masjid ini masih lagi dalam proses pembesaran. hal ini kerana, bilangan umat islam di bumi soviet ini semakin meningkat saban hari (alhamdulillah). kami juga berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang saudara islam dari bumi moscow ini, iaitu Encik Murad (maaf, gambar tak sempat nak ambil). orangnya memang baik dan sangat mesra dengan kami, walaupun kami tidak fasih berbahasa rusia.
masih dalam proses pembesaran. |
masjid sementara, bersebelahan dengan bangunan asal masjid. |
alhamdulillah, kami juga diberi kesempatan oleh Allah untuk menunaikan solat fardhu zohor berjemaah di masjid ini bersama dengan komuniti islam di sini. kagum kami dibuatnya. masjid sementara yang dibina itu penuh dengan orang ramai yang datang untuk solat berjemaah (agak jauh beza dari malaysia) termasuk golongan muda dan orang tua. aku juga berkesempatan untuk bersalam dengan imam masjid ini. beliau ada bertanyakan aku dari mana asalnya aku ini. aku menjawab, malaysia. yang aku terkejutnya, beliau tahu nama malaysia dan menyatakan malaysia itu bagus! aku bangga menjadi anak malaysia! ^_^
kawasan sekitar masjid. |
suasana di dalam masjid sementara. |
solat zohor berjemaah bersama komuniti islam rusia. |
sedikit bahan video untuk tontonan semua.
maaf, video kurang berkualiti...
semoga Agama islam terus subur di bumi rusia ini, insyaAllah... amin...
itu sahaja untuk entry pada kali ini. diharap ianya memberi sedikit sebanyak manfaat buat kita semua, insyaAllah.
Alamat:
Untuk Maklumat Lanjut mengenai Masjid ini : PAUTAN
assalamualaikum wrb.
salam seribu kali sayang dari bumi rusia.
Comments
Post a Comment
tinggalkan pesanan