Skip to main content

blog "perkongsian seorang hamba" mengalami transformasi...

assalamualaikum wrb...
semoga hidup kita lebih sihat, ceria dan diberkati Allah hendaknya. insyaAllah...

kalau anda semua perasan, blog ini telah mengalami beberapa transformasi. betul tak? tujuan transformasi ini dibuat kerana untuk mewujudkan kondisi yang berinformasi, segar, jelas, ceria dan mesra pembaca.



jika dahulunya blog ini dikenali sebagai "SEBUAH PERKONGSIAN", namun kini ianya diganti dengan "PERKONGSIAN SEORANG HAMBA". hal ini kerana, aku adalah seorang hamba Allah yang rasa bertanggungjawab untuk menjalankan amanah Allah bagi berkongsi segala pengalaman hidup ini kepada anda semua. perkataan HAMBA itu sendiri sudah cukup memberi makna yang besar kepada aku. ianya membuatkan aku terfikir siapa aku sebenarnya... hanyalah SEORANG HAMBA KEPADA ALLAH....

seterusnya blog ini mengalami transformasi dari segi warna tulisan dan juga tulisan yang digunakan. jika dahulu blog ini agak 'colourful', namu setelah mengalami transformasi, warna tulisan akan dikurangkan. warna utama hanyalah putih, kerana ia melambangkan kesucian agak jelas untuk para pembaca membaca entry pada blog ini. hal ini bertepatan dengan objektif transformasi ini iaitu untuk mewujudkan blog yang jelas, segar, ceria serta mesra pembaca. 


dari segi maklumat dan isi kandungan, insyaAllah akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar ianya menarik dan berinformasi. selain itu, latar blog ini juga telah diubah. hal ini kerana tidak mahu para pembaca sekalian berasa bosan dengan latar yang sama. betul kan? huhu...

yang lama.

berwajah baru.
jadi itu sahaja untuk kali ini. selamat membaca buat anda semua. jika ada sebarang komen, anda boleh memberikan respon anda di bawah ini atau di ruang "jom borak!" atau di page facebook blog perkongsian seorang hamba. 


assalamualaikum wrb...


salam seribu kali sayang dari bumi moscow!

Comments

Popular posts from this blog

penguat segala kelemahan

menjalani kehidupan di bumi russia ini memang kadang kala dirasakan begitu lemah dan 'down'. dengan kehidupan sebagai seorang pelajar 'medic' yang sudah pasti tidak lekang dari buku-buku dan nota-nota membuatkan diri ini perlu kuat serta tabah. memang, jika difikirkan memang sangat memenatkan. terdetik juga jauh di lubuk hati ini untuk lari dari segala nota-nota dan buku-buku tersebut, tetapi hakikatnya perlu ditempuhi. ya, aku perlu kuat! demi islam, umat seAgama dengan ku dan juga demi anak bangsaku. aku perlu kuat untuk mencari sebanyak mungkin ilmu untuk dijadikan persedian ketika di alam pekerjaan nanti. duhai hati, luruskanlah niatmu. ber'iktikad'lah kerana Allah bukan kerana hal ehwal lain. duhai jiwa, mantapkanlah semangatmu, ber'azam'lah kerana ingin mencari redha Allah, duhai jasad, kuatkanlah tenagamu, ber'tekad'lah untuk melakukan yang terbaik demi Allah. pabila kamu lemah, berpautlah pada al-quran, pabila kamu ters...

esei: negeri bersih, rakyat sihat

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah) Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia. Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata “Negeri Bersih, Rakyat Sihat” pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat murni pihak kerjaan nege...

sweetnye korang... ^_^

sumbangan gambar: tun nurhanani apabila kita uplaod gambar kita bersama 'pasangan kekasih hati intan payung' kita tu, pasti akan mendapat jumlah "like" yang tinggi kan? dan mungkin komen sampai beratus-ratus. pergghhh.... hebat siott.... suke2.. auuuwwww... antara komen yang biasa la orang akan tulis, ya Allah, sweetnye korang. bak kate omputih, sweet like chocolate! semoga bahagia korang! sweetnye die... hensem dan cantik la korang. macam pinang dibelah lapan belas! huhu.. dan ape-ape lagi la komen yang kadang-kadang aku pun dah tak tahu nak baca... pening2... hehe. errkk.... tapi, betul ke apa yang kita buat tu? kita upload gambar bersama yang bukan mahram bagi kita. senang citer die tu bukan isteri/suami kita yang sah. siap duduk berpegangan tangan, duduk rapat2, bersentuhan. aishh.. tak rasa ape2 ke derrr? hurm... jom kita reflex balik diri kita ni... kita berfikir dan muhasabah diri ini... mari kita hayati satu firman Allah: "Dan jang...